Entri Balas : Ribena Mempunyai Arak @ Alcohol? | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, August 9, 2010

Entri Balas : Ribena Mempunyai Arak @ Alcohol?


Aku tertarik dengan entri dari belog
Kaizen Shinobi yang mengupas isu Ribena dikatakan mengandungi alkohol. Sama macam beliau, aku dari kecik memang dihadapkan Ribena setiap hari. Setiap kali emak pergi mall mesti rembat barang sebotol dua untuk aku dan adik. Cuma sudah besar godang ni kena cari sendirilah.

Macam biasa aku mulakan operasi men'gugel' untuk mencari maklumat yang paling tepat untuk dirujuk. Memang betul kata Kaizen sudah lama isu ini diperdebatkan antara blogger dan kaki forum. Aku teringat iklan di radio mengatakan kita boleh semak status halal sesuatu produk sekiranya meragui logo halal yang dipamerkan. Ini penemuan yang aku dapat:

Klik kasi gedabak

Kalau u ols nak tahu status sijil halal tu dah tamat ke belum, palsu atau tidak, boleh semak di Portal Rasmi Halal Malaysia, klik pada Direktori Halal Malaysia di sidebar kanan laman web tersebut. Hek eleh, link aku dah bagi tak payah susah-susah.

Kalau lihat pada print screen yang aku buat segala keturunan Ribena adalah halal dan sijilnya masih sah/valid. Apa yang aku faham kalau dah dapat sijil halal ni maknanya kita dah boleh tolak tepi keraguan sebab ada pihak yang telah mengesahkan ke'halal'an minuman tersebut. Lain punya cerita biar depa jawab di akhirat sok. Tak gitu?

Selain itu aku juga jumpa isu ini dibincangkan di laman web rasmi PPIM dan di sini aku kongsikan pendapat dari ahli forum:

'Hal Ribena dan alkohol ini penah kami bincang di emel pejabat. Mengikut pengetahuan saya, setiap bahan yang kaya dengan gula akan mengalami fermentasi beralkohol (alcoholic fermentation) terutama dalam keadaan anaerobic (tanpa udara) sekiranya ada pencemaran yeast (ragi). Dalam kes Rabina, ada 2 kemungkin berlaku :

1. Alkohol (disini ethyl alcohol) terbentuk hasil fermentasi gula.
2. Alkohol digunakan sebagai pelarut untuk pewarna

Dalam kedua-dua kes di atas, kandungan alkohol adalah terlalu sedikit dan mengikut sesetengah pendapat, ia dibolehkan.

Wallahu-alam '

School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology, UKM Bangi

Sumber: RIBENA ada kandungan arak???

Apa pendapat u ols pulak?

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Cara Memenangi Hati Wanita : "tips yang menarik ni.. baru dikatakan pasangan romantik." - Mr.Z


No comments: