Blogging adalah Perkara Serius | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, August 5, 2010

Blogging adalah Perkara Serius


Siapa kata blogging ini perkara main-main? Tak kiralah blogger picisan atau blogger hebat kita semua masih tertakluk di bawah undang-undang. Aku pun tak berapa arif tentang hal ini. Masa ambil subjek Foundation Law dulu pun paras hidung saja keputusan. Nampak sangat aku dan law tiada chemistry. Hee.




Berbalik semula kepada topik asal. Apa mimpi aku tiba-tiba nak berbual serius sebegini rupa? Ekceli aku baru balik dari blog RM dan belajar banyak perkara yang bermanfaat dari entri yang aku tunggu sejak semalam. Aku gerenti ramai yang sudah baca. Anggaplah ini sebagai ulasan atau pendapat peribadi untuk dikongsikan kepada semua pembaca R4T. Eceh, ramai nau ke pembaca cik kak.

Ada lagi ke yang belum baca entri tu? Ha..meh baca entri panas ini lepas tu datang sini balik. Cerita aku belum habis lagi. Hee.

Entri panjang lebar tersebut memberi 1001 ilmu baru dan pengajaran kepada semua blogger di Malaysia. Terima kasih RM kerana sudi berkongsi pengalaman berharga itu. Antara fakta menarik yang aku nak kongsikan (kalau salah betulkan ye) kepada u ols semua:

1. Setiap blog yang menjalankan perniagaan mesti didaftarkan even berniaga secara virtual. Tak nak daftar tak apa, sila cari untung banyak-banyak buat bayar saman nanti.

Setakat yang aku tahu blogger yang sudah mendaftar blog melalui SSM ialah blogshop Aisumi's Style. Blogger yang masih belum berbuat demikian, baik segerakan untuk kesenangan di masa hadapan.

2. Blog yang ada sumber pendapatan dari pengiklanan atau apa saja servis yang disediakan perlu ada satu fail dan rekodkan segala transaksi keluar masuk (kewangan). Atau bahasa mudahnya buatlah buku akaun sebuah untuk blog masing-masing. Catat segala payment yang diterima dari Nuffnang, Inniti, ManggaAds, pengiklanan sendiri dan sebagainya.

Aku pun dah mula nak buat ni. Mana tau satu hari nanti ikut jejak langkah RM berjaya dengan blog. Moh aminkan ramai-ramai.

Dan yang terpanas, aku ada terbaca balasan komen yang buat kita melopong dan berfikir sejenak. Meh aku tolong kopipeskan untuk u ols.

"Salam…untuk pengetahuan cik ****, LHDN ada division yg buat pengkhususan untuk org besar2. Contohnya macam sultan ,perdana menteri, menteri kabinet & diplomat, their file is under unit VIP. Memang LHDN akan monitor mereka semua ni. Bagi yang tak declare income tax, mereka akan dikenakan taksiran anggaran & kalau tak bayar, kena denda @ di larang ke luar negara, tindakan mahkamah, kaveat harta & lain-lain. (kalau nak tau pegi la mana2 ofis LHDN,tanya) Jangan nak tulis ikut sedap mulut je ye? Untuk Red Mummy: Kalau tiada apa2 salah, buat apa takut ye tak? anyway, nice blog…" - rakyat biasa

Baca entri penuh RM. Banyak ilmu yang boleh kita dapat.

Blog Pilihan Hari Ini
NaS' LeTTeRs

Entri Ramadhan Al-mubarak Datang Lagi : "alhamdulillah.....ramadhan xsampai 10 hari jerk.. xsabar2 nak merasai nikmat ramadhan.. harap2 aku bersedia... huhu..... " - @nashsmart



No comments: