Blog Pilihan Hari Ini | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, August 21, 2010

Blog Pilihan Hari Ini


Perasan tak
Segmen Blog Pilihan Hari Ini sudah ilek dari entri? Tak perasan tak apa, aku tak marah pun. Ramai dok tanya macam mana nak terpilih untuk segmen tu. Ekceli aku sudah bagitau sebelum ini tetapi mungkin ada yang terlepas pandang.

Meh aku nak habaq sekali lagi. Segmen Blog Pilihan Hari Ini aku buat tanda penghargaan kepada blogger yang rajin komen pada entri aku. Tiada kriteria khusus untuk jadi blog pilihan sebab aku pilih secara rawak dan berdasarkan komen yang menarik.

Senang cerita semua pilihan di atas budi bicara aku sendiri. Konsep segmen ini sangat mudah, u ols komen dan aku pilih mana satu belog bertuah yang mungkin featured dari entri sebelumnya. Itu sahaja.

Berbalik kepada cerita asal, aku nak habaq bahawa segmen itu tidak lagi ditepek pada hujung entri selepas ini.

Kalau sebelum ini u ols akan nampak macam gini:


Tetapi sekarang segmen itu sudah bertukar jadi macam gini: Aku dah alih ke atas header entri sebab bro sop & hanis aleeya cakap kena scroll bawah nau baru jumpa. Hee. Mekaseh kepada mereka kerana tegur kesilapan ni.

Halamak! gambau kemetot nau. Kliklah kasi gedabak sikit ye. Untuk pengetahuan semua perubahan ini tiada sebab musabab yang serius, saja nak tukar ikut selera aku. Hee.

Akhir kata dari aku selamat berkomen. Kalau rajin komen mesti naik punya nama belog u ols. Cayolah!

Intensedebate ni menyusahkan tak? Komen please. Mekaseh.


No comments: