Sudah lama dok amalkan diet tapi berat tak turun-turun? Minum Jus Mate 5 berkoyan-koyan tapi masih tak jalan? Tahukah anda bahawa kemungkinan ketika mengamalkan diet ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang lalu menjadikan diet itu tadi sia-sia.
Meh aku nak kongsikan 4 'common mistake' yang menjadi punca kegagalan diet:
1. Tinggalkan waktu makan (skip meals) yang sepatutnya. Ketahuilah bahawa perbuatan ini bukan membantu kita mengurangkan kalori tetapi sebaliknya. Cuba bayangkan perut yang tak diisi dari pagi santak ke malam. Agak-agak tiba masa nak makan tu berapa banyak jenis makanan yang dok terbayang dalam kepala? Sudah jumpa makanan yang dibayangkan takkan nak tengok saja, mestilah ngap selagi ada. Betul tak?
2. Kepercayaan tentang WAJIB kurangkan makan ketika berdiet. Teeet.. Salah. Ada jenis makanan yang kita perlu makan dengan banyak kalau betul-betul nak diet. Yezza! Sang hijau, bukan daus pozi tetapi sayur-sayuran. Masa makan sila penuhkan pinggan masing-masing dengan tauge, kobis, kacang panjang bla..bla..bla.. Itu baru diet namanya.
3. Perancangan yang bijak tahap Albert Einstein. Pastikan sebelum diet rancang segala aktiviti yang menyihatkan, sediakan jadual sajian makanan yang seimbang dan jangan berhenti selagi matlamat kilogram belum tercapai. Diet yang hentam keromo maka hasilnya adalah debab. Mau?
4. Jauhi rutin harian anda yang boleh menjejaskan diet. Dalam seratus kali lalu lalang depan McD / Big Apple / Starbucks tak mungkin sekali pun tak menyinggah untuk merasa makanan kegemaran. Jadi jauhi semua anasir-anasir ini dari hidup anda.
Tak cukup 4? Nah, sila ambil baki tips diet di sini.
Blog Pilihan Hari Ini
No comments:
Post a Comment