Ada sesetengah orang lebih selesa buat persiapan Hari Raya Aidilfitri sebelum puasa dan ada juga yang suka melakukannya pada hujung Ramadhan kerana lebih terasa bahang nak raya. Betul tak?
Semalam dengan jasa baik kekanda tersayang, aku bersama emak dan 2 orang adik telah melakukan sesi borong baju raya di bandaraya Kota Tinggi. Kawan tempat kerja emak yang cadangkan untuk beli baju raya di sini sebab murah-murah dan banyak pilihan.
Tahun ini baju raya tak ditempah macam tahun-tahun lepas, emak cakap beli yang dah siap lagi senang dan jimat kos. Selamat tinggal tukang jahit. Hee.

Sesiapa yang nak shopping baju raya kena singgah semua kedai yang ada sebelum buat pilihan nak beli yang mana satu. Tips membeli-belah kalau nak dapat harga murah di sini, kena borong di satu tempat sahaja sebab tuan kedai boleh turunkan harga ikut kehendak pembeli yang beli banyak. Kalau setakat beli sehelai tak dapeklah.

Blog Pilihan Hari Ini
No comments:
Post a Comment