Belog Ohsem: August 2010

Jom selongkar

Tuesday, August 31, 2010

Aimi's Fabulous Textile


Panggilan kehormat kepada kaki-kaki shopping online! Yang bukan kaki shopping online pun moh belek sama. Ini ada satu lagi blogshop yang tahap wajib singgah dan borong untuk u ols.
Aimi's Fabulous Textile memang F.A.B.U.L.O.U.S!!!

Hari Raya dah nak tiba, baju raya mungkin sudah siap hanger barang namblas, lapanblas pasang ye dok? Hee. Kepada tukang jahit baju raya sendiri mungkin boleh rembat kain-kain cun yang ada di blogshop ini. Kalau u ols bukan tukang jahit boleh juga order untuk majlis-majlis lain lepas raya. Rumah terbuka, rumah tertutup, kenduri kendara dan segala macam majlislah yang ada nanti. Rugi woh kalau tak beli!

Bak kata tuan belog:

Aimi's Fabulous Textile.
Di sini ada menjual bermacam-macam jenis kain yang cantik, menarik dan yang paling penting harganya yang amat berpatutan.
Selamat Bershopping! :P

Selain kain Aimi's Fabulous Textile juga menjual aksesori yang cun untuk u ols pilih sebagai kegunaan sendiri atau hadiahkan kepada prang lain. Aksesori terkini yang ada di Aimi's Fabulus textile adalah handbag hook sebaguna. Setakat ini aku belum pernah jumpa lagi dijual di pasaran, memang unik! Tak percaya meh tengok gambau:

Seperti yang u ols boleh tengok, kegunaannya untuk gantungkan handbag pada meja masa tengah makan di luar. Kalau gantungkan macam tu takdelah rosak handbag yang dibeli mahal-mahal. Selain tu, boleh juga dijadikan hiasan pada handbag apabila tak digunakan. Ada macam-macam design yang u ols boleh pilih. Moh pakat ramai-ramai cuci mata di:

Alah membeli menang memakai!




Monday, August 30, 2010

Perompak Tanda pada Rumah Sebelum Buat Kerja


Email yang aku terima menyatakan perompak sekarang ada strategi baru untuk melakukan kegiatan pecah rumah dengan membuat simbol/tanda/remark pada rumah sebagai rujukan. Tiba-tiba aku teringat perompak dalam cerita P. Ramlee - 3 Abdul. Eh, 3 Abdul ke?

Heh. Nampaknya bukanlah taktik baru tetapi kemungkinan besar depa dok mengaplikasikan ilmu dalam cerita lagenda ini untuk kegiatan tak senonoh tersebut. Betapa kuatnya pengaruh filem kan? Ada baik dan buruknya yang tersendiri.

Ini adalah tanda-tanda yang mungkin digunakan untuk buat simbol/tanda/remark pada rumah yang dijadikan sasaran mereka.

Makna simbol:
  • [+] atau [-] bemaksud pemilik tidak di rumah di siang hari/malam
  • [Θ] bermaksud tinggal sendirian atau menyewa
  • [...] bermaksud tinggal 3 orang ahli keluarga
  • [√] rumah pernah dirompak sebelum ini
  • [*] bermaksud sasaran
  • [X] bermaksud bukan sasaran, tidak selamat
Kalau ada tanda-tanda pelik pada dinding atau mana-mana bahagian rumah anda baik laporkan kepada polis sebab kes ini telahpun diberitakan dalam akhbar tempatan berbahasa Cina.

Geng nuffies atau blogger yang faham berita ini meh tolong translate boleh?Aku takat sapa 'ni hao ma' bolehlah. Hee. Surat khabar apa tak pula dihabaq yang penting keluaran dari negara kitalah.

Sumber: pointriderrepublican.typepad.com

Oleh itu berwaspadalah wahai sekalian manusia, lagi pulak hari raya dah nak tiba yang tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri, harta benda dan minta jauhlah segala bahaya dan bencana. Sebarkan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat untuk peringatan bersama.

Guna taktik keji untuk kepentingan diri sendiri. Menyampah!




Sunday, August 29, 2010

Cashout ke-2 Sebelum Raya


Cek untuk
cashout pertama mungkin dalam perjalanan, setelah lebih kurang setahun bersama Nuffnang dapat juga merasa rezeki dari R4T dan belog lama. Ini semua gara-gara hilang sekejap di dunia blogging, kalau tidak mungkin sudah 3,4 kali juga aku cashout. Hee. Macam bagus je ayat!

Sumber: tekkaus.com

Alhamdulilah, rezeki bersama R4T ini sangat murah kerana dalam masa 3 bulan aktif semula dalam dunia blogging aku sudah boleh tekan butang cashout. Nilai RM itu hal kedua, yang pertama ialah kepuasan (satisfaction) dengan usaha yang selama ini dilakukan telah menampakkan hasil walaupun tak segah mana angkanya.

Berkat usaha selepas cashout pertama pada 27 Julai lalu sehingga hari ini 29 Ogos, kemungkinan aku akan buat cashout kedua sebelum hujung bulan ini jika tiada aral melintang. Nilai yang ada sekarang seperti dalam gambau di atas belum termasuk 3 buffered earning yang masih berjalan.

Angka selepas RM itu sangat bermakna buat blogger yang baru nak hidup seperti aku walaupun mungkin ada yang berbisik 'banyak tu pun nak kecoh! . Ini juga menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai impian aku.


Terima kasih daun keladi kepada semua blogger yang sudi berkunjung ke R4T menyumbang trafik dan setinggi penghargaan buat u ols yang klik iklan yang muncul di sini. Mungkin aku tak mampu nak balas budi baik u ols tetapi setiap kebaikan pasti akan dibalas baik.

Tiada niat nak membangga diri, sekadar catatan memori untuk masa depan.




Tutorial Petak Iklan di Blog


Ramai blogger yang request daripada aku tutorial untuk buat petak iklan di blog masing-masing. Aku memang ada pasang niat nak buat tutorial tapi asyik lupa memanjang.


Sumber: seowebdesigncompanyindia.com

Ekceli aku pun mencari jugak tutorial ini tapi tak jumpa sampailah aku buat sendiri menggunakan kekdah try & error. Aku guna HTML biasa je dan hari ini aku nak kongsikan dengan u ols. Meh sama-sama cekidout macam mana nak tepek petak/ruang iklan di blog masing-masing.


1. Reka/design petak iklan mengikut saiz yang diinginkan menggunakan photoscape, photoshop atau apa-apa software yang dok ada dalam pc/lappy masing-masing. Contoh petak iklan di R4T yang sedia ada macam gini:

Photobucket Photobucket Photobucket

2. Kemudian uploadkan gambar petak iklan tersebut ke photobucket/image shack atau laman web hosting gambar lain untuk mendapatkan URL gambar tersebut.

3. Tambah widget HTML dan masukkan kod di bawah:



Nota:
  • Gantikan dengan [a href=] dengan url etnri iklan anda
  • Gantikan dengan [img src=] dengan url gambar petak iklan anda
  • &nbsp adalah kod untuk menjarakkan antara kedua imej. Gunakan jika perlu.
  • Letakkan kod HTML tadi mengikut bilangan petak iklan yang u ols perlukan. Kalau nak 3 petak boh kod yang sama 3 kali pada widget HTML tadi.
4. Dah puas hati? Save dan letakkan widget HTML pada mana-mana bahagian blog anda untuk dijadikan tapak iklan.

Selamat mencuba!




Saturday, August 28, 2010

Jom Buka Puasa dengan hanya RM3!


Banyak restoran yang buat promosi buka puasa yang murah tahap gaban sempena bulan Ramadan ini. Aku ada dapat email satu restoran di KL menawarkan hanya RM2 untuk ngap segala juadah buka puasa yang disediakan.


Tapi dengar cerita ada syaratnya, kalau u ols tak habis makan segala tok naduk yang telah dibubuh dalam pinggan kena bayar double tau. Sejauh mana kebenarannya aku tak boleh nak sahkan sebab belum pernah cuba lagi singgah berbuka di kedai yang dimaksudkan.

Itu cerita di KL, tetapi untuk orang-orang Johor Bahru ada juga satu restoran yang aku terjumpa masa dok merayau minggu lepas. Restoran Kita Semua menawarkan harga RM3 sahaja untuk juadah berbuka puasa yang mereka hidangkan sepanjang bulan Ramadan.

Moh tengok gambau bukti yang aku sempat snap:


Nama Restoran : Restoran Kita Semua (Masakan Melayu, Masakan Nusantara) 24 Jam
Alamat: No 9, Jalan Dato Teh Ah Boon, Tampoi 81200, Johor Bahru, Johor

Kalau datang dari Air Hitam/Kulai/Skudai u ols akan jumpa Giant Hypermarket Tampoi dulu, jika datang dari Johor Bahru / Singapura pulak u ols akan jumpa Plaza Angsana dan Menara Jati (a.k.a Hasil). Jalan Dato Teh Ah Boon ini kurang familiar jadi meh tengok peta kenduri yang aku edit baik punya khas untuk u ols:
(mekaseh gugel map!)


Klik kasi gedabak

Disebabkan aku jumpa restoran ini tengah hari, maka tak dapeklah nak masuk dan cuba sendiri promosi tersebut. Ada lagi 2 minggu kita berpuasa mungkin satu kali kena singgah juga ke sini.

Mak Jenab, Kak Leha, Abang Leman yang sudah penat shopping raya dan berhabis sakan di Plaza Angsana bolehlah singgah. Jimat pun jimat!


U ols pernah cuba tak? Meh kongsikan di kotak komen.




Friday, August 27, 2010

My Unique Blog


Rumah 4 Tingkat dapat award istimewa dari tuan belog
Riwayat Hariku, tak lain tak bukan bro Sop. Kembang kempis aku baca komennya tentang R4T. U ols nak baca jugak? Nah bacalah:

"Blog R4T dimiliki oleh Kie-yu iaitu seorang gadis yang sangat aktif dalam dunia blogging. Sop mula mengenali beliau di alam blog apabila beliau rajin meninggalkan komen. Boleh dikatakan setiap entry baru beliau akan terjah dan meninggalkan komen yang membina. Apabila sesi blogwalking, rupanya blog RH antara puluhan blog yang beliau lawat dan tinggalkan komen." [baca lagi]

Ada lagi bro komen tapi u ols pergi kelik link tu untuk baca sepenuhnya. Saja nak bagi saspen sikit. Hee. Meh tengok award yang aku dapat dari bro Sop:

Hamboi comeynyeeee... menatang apa ntah yang suka benor tu. Kena dengan nama award - Unik! Mekaseh daun keladi bro. Aku sangat tergaru terharu kerana dalam banyak-banyak blog yang ada bro pilih R4T. sob sob sob.. *kesat air mata*

Belog Riwayat Hariku juga sangat unik pada mata aku. Banyak informasi berguna yang boleh kita dapat dan yang paling penting tiada 'bahasa rempit' digunakan dalam penulisan beliau. Kalau terjemah guna google translate pun tiada masalah. Universal gitu!

Macam biasalah, award selalunya guna konsep tag mengetag jadi aku nak pass juga kepada 1 blog yang bertuah. Berjam jugak lah jenuh dok fikir mana satu blog yang nak dipilih sebab semua blog yang aku follow memang the best!

Setelah dihitung, ditimbang, ditambah, ditolak bahagi, aku memilih belog ini sebagai penerima award seterusnya:


Kidnap lagi banner beliau. Mintak izin ye sygs!

Tak payah kenalkan kot sebab u ols mesti dah kenal dengan tuan punya banner ni. Komen aku tentang blog ini:
  1. Entri yang dihasilkan sangat dekat dengan pembaca. Maksudnya setiap kali dia menceritakan sesuatu takdelah berat sangat/complicated sampai tak tidur malam dok fikir.
  2. Dia rajin review produk-produk yang beliau sendiri dah cuba dan cara penulisannya sangat mempengaruhi pembaca. Salah seorang pembaca yang sangat dan selalu terpengaruh adalah aku! Ada potensi jadi promoter la dear. *winks*
  3. Tuan belog sangat menjaga hubungannya dengan pembaca. Tak hairanlah nama belog beliau ada dalam bloglist kebanyakan blog lain. Setiap kali tak dapat tunaikan sesuatu permintaan pembaca beliau minta maaf berkali-kali walaupun pada aku bukanlah besar sangat kesilapan itu. Semua kena ingat yang nobody is perfect ok!
  4. Salah satu keistimewaan belog ini ialah giveaway yang tak putus-putus. Murah rezeki tuan belog ini. Setiap minggu ada giveaway dan semua ini dilakukan kerana melahirkan rasa penghargaanya kepada pembaca. Ini point yang sangat unik!
dan banyak lagi keunikan lain yang u ols boleh nampak sendiri kan? Kepada u ols yang belum pernah landing di belog ini jemputlah ke:

www.ardinihumaira.com

Ekceli award ni kena tag kepada blog lain, tapi disebabkan dni tengah super busy dengan test aku kecualikan beliau. Heee. Boleh gitu? Sesuka hati je kan. Tapi kalau dni ada masa nak tag orang lain silakan ye. Jangan malu-malu.

Hari ini sambutan nuzul Quran. Alhamdulilah, kita masih lagi berpeluang menyambutnya.




Kini 53 Tahun Sudah Malaysia Merdeka


Dolu-dolu masa sekolah, bila nak tiba 31 Ogos cikgu mesti buat macam-macam acara diadakan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan. Pertandingan cipta sajak, pertandingan lukis bendera Malaysia,
pertandingan memasak, kuiz sejarah dan sebagainya.

Tahun ini pun mesti sama jugakan? Soalan popular untuk kuiz mesti ditanya apa tema hari kemerdekaan. Kengkadang bukan tanya hok tahun ini tapi yang tahun-tahun lepas punya. Moh kita imbas apa tema hari merdeka dari tahun 1970 hingga 2010:

TAHUN
TEMA
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010
1Malaysia Menjana Tranformasi

Logo Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 53 (2010)

sumber: pmr.penerangan.gov.my

Punya berjela senarai tema hari merdeka, ini menunjukkan yang kita sudah lama hidup dengan aman damai di negara tercinta ini. Tahun 2010 genap 53 tahun Malaysia menyambut hari bersejarah setelah banyak peristiwa pahit manis yang tok nenek kita dah lalui untuk mendapatkan kebebasan. Kita sebagai generasi muda janganlah sia-siakan usaha mereka sebaliknya memeliharanya sebaik mungkin.

Sumber: skkgm.pkgssu.com

Aku anak bekas askar maka darah patriotik tu dok mengalir laju dalam diri. Itu yang keluar entri semangat semacam. Hee. Pada pemerhatian aku rakyat Malaysia tahun ini macam kurang semangat nak sambut Hari Merdeka. Almaklumlah tahun 2010 ini bertembung dua sambutan yang memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Patutlah!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53!

Thursday, August 26, 2010

Kadar Rata untuk Pos Kad Ucapan Perayaan. 50sen sahaja!


Berita baik aku dapat daripada pejabat pos masa dok menayang muka di kaunter setem. Ada pengumuman dari pihak Pos Malaysia untuk kadar rata penghantaran kad ucapan kemana-mana destinasi.


Berita Harian online pun ada kepoci pasal hal ini. Petikan artikel dari sana:

Pos Malaysia turun kadar setem kad raya kepada 50 sen

2010/08/17
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Raya, Pos Malaysia tahun ini hanya mengenakan bayaran setem 50 sen bagi kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram, berbanding harga biasa 70 sen berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Ketua Sokongan Operasi PosMel, Zaidi Hussain, berkata kadar istimewa itu bagi semua destinasi di negara ini dan ia lebih rendah berbanding 80 sen pada tahun lalu.
"Kadar itu berkuatkuasa sehingga 28 Februari tahun depan bagi meliputi perayaan utama di negara ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini . [baca lagi]

Laman web Pos Malaysia juga umumkan berita ini secara rasmi dalam dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kalau rajin pergilah godeh-godeh website tu.


Baca betul-betul pengumuman itu ye, berat kad mestilah tidak lebih dari 500 gram. Tak kiralah apa saiz pun. Kalau berat lebih dari 500 gram kenalah tepek setem mahal sket. Manalah tau nak pos kad raya godang untuk artis kesayangan, jangan lupa tanya berapa nilai setem yang sepatutnya. Nanti tak sampai jangan marah abang posmen pulak. Nak selamat pakai pos laju.

Sumber : zazzle.com

Aku memang tak tinggal amalan pos mengepos kad raya sejak darjah 6. Ada sekotak kad raya yang aku terima dari kawan-kawan masih disimpan. Tahun ini aku nak poskan kepada kawan-kawan blogger pulak. Ada 10 orang yang bertuah dapat kad dari aku. Kad biasa jee tapi pemberian tulus dari hati kerana u ols dah pun diiktiraf sebagai kawan maya kesayangan. Eceh!

Kad raya tradisional tetap di hati!




Jom Shopping Online di ♥ Aisumi's - Style ♥


Perhatian kepada kaki shopping online, meh sini aku nak habaq berita gumbira untuk u ols. Ada satu blogshop yang best tahap wajib singgah untuk melakukan aktiviti bershopping sakan. Ada banyak koleksi baju dan aksesori yang menarik dan cantik-cantik belaka. Gerenti rambang mata punya!



Atas nuu banner untuk blogshop yang aku maksudkan. Tuan punya kedai adalah cik adik manis bernama Aisumi. Blog peribadinya baru je aku kepoci beberapa hari lepas. Boleh review di sini untuk kenal beliau dengan lebih dekat yek.

Kalau nak tahu, blogshop milik Aisumi ni telahpun didaftarkan di bawah SSM. Aku pernah habaq sebelum ini kalau u ols masih ingat lagi. Kesimpulannya Aisumi berniaga online secara sah dan u ols boleh membeli tanpa was-was. Best kan?

Moh tengok antara koleksi yang ada di blogshop ♥ Aisumi's - Style ♥:


Wednesday, August 25, 2010

Apa Khabar si Burung Biru Belaan?


Sejak
mula bela burung biru bulan 7 yang lepas, rezeki dari twitter ada juga masyuk. Minggu ke minggu bertambah sekupang dua. Alhamdulilah. Idoklah sesia aku beli sangkar mahal-mahal, bagi makan sedap-sedap selama ni.


Print screen eraning akaun ChurpChurp aku yang latest. Tak banyak mana tapi saja tepek buat rekod peribadi. Bila-bila nak tengok selongkar je gerobok R4T. Manalah tahu kena tax macam RM satu hari nanti takdelah gelabah nak prepare apa yang patut. Hee.

Burung biru aku start kawan dengan si ChurpChurp pada 19 Julai 2010 dan job pertama aku dapat juga pada tarikh yang sama. Aku tak taulah macam mana depa dok kira earning. Kira ikut klik ke, ikut published tweet ke, aku tak kisah. Buat jelah orang dah bagi kerja kan.

Ada gak dua tiga kali tweet aku kena reject sebab tak memenuhi requirement tapi nasib baik boleh redo. Kena tolak earning ke tak itu pun aku tak tahu.

Meh cekidout antara job yang aku dah buat via
ChurpChurp:

Ekceli ada 7 semua, lagi dua tu ntah mana aku letak gambau. Lepas tepek dalam entri ni baru perasan tak cukup. Hee. Harap-harap lepasni banyak lagi tweets yang ChurpChurp nak bagi. Eh, sapa tak join lagi mehla register. Berbaloi-baloi!

Jom baca FAQ ChurpChurp sebab banyak nau soalan bermain dalam otak.


My Strange World : Anastasia Ann


Anastasia Ann si semut comey yang bersarang nun jauh di seberang laut. Walaupun berjauhan dan tak pernah bersua muka, hubungan aku dengan dia sangat baik. Keramahan awek Sabah ini buat aku jatuh hati untuk bertandang ke belog pinknya setiap hari. *erk! kenapa rasa macam tengah tulis surat cinta?*

Ok, cut it off. Rasa geli-geli baca tulisan gaya itu. Hari ini aku nak perkenalkan kepada u ols seorang lagi kawan blogger kita merangkap salah seorang Klien VIP R4T.

Tuan punya belog anastasiaann.com ni adalah seorang awek dari Sabah. Ye, memang aku dah habaq tadi. Sengaja aku ulang biar u ols ingat. Hee. Karakter cik ann ini sangat unik pada aku sebab dia berjaya bertahan di dunia belog ini kerana sifat ramah tamahnya kepada semua orang. Aku gerenti ramai blogger kenal Ann. Ye dok?

Tagline blog ini ialah 'my strange world'. Menarik kan? Dah tau menarik rajin-rajinlah ke sana ye. Antara entri yang menarik untuk dibaca sambil sengih-sengih:


Cerita Lucah Stoking


Bertemu lagi kita dalam segmen
Nuffnang: Keyword Hari Ini. Seperti yang u ols baca pada tajuk entri keyword yang berjaya mendatangkan idea untuk entri pagi Rabu ini ialah 'Cerita Lucah Stoking'.


Hahahahahahahahahahaha! Ini reaksi pertama aku lepas nampak keyword pelik tersebut. Stoking pun boleh jadi cerita lucah? Apakah? Beribu tanda soal datang menyerang kepala hotak aku. Jom siasat..



Sumber: biancasue.wordpress.com

Aku gugel keyword itu dan memang entri dari R4T di tempat pertama. Entri yang mana? Ini kata gugel:

Entri Berbau Wang. Gambar Separa Lucah [Episod 2] | Rumah 4 Tingkat
- [ Translate this page ]
12 Mei 2010 ... Esok episod terakhir cerita kesayangan ramai ni. ... Sylarius said... Stoking aper ni? Stoking bola ker? hehe. May 12, 2010 2:33 PM ...
rumah4tingkat.blogspot.com/.../entri-berbau-wang-gambar-separa-lucah.html - Cached

Bawahnya pula aku jumpa satu lagi blog yang ada cerita kategori 18SX. Kalau u ols teringin nak baca bek ghentikan. Ni kan bulan Ramadan, aku takmoh share dosa yek.

Dalam Bahasa Inggeris Stoking tu ada maknanya. Cekidout print screen dari kamus gugel ni:

Kemungkinan besar insan yang dok cari 'Cerita Lucah Stoking' ini pesen-pesen speaking berhabuk punya. Harapnya umat bukan Islam yang buat kerja gini masa orang tengah sibuk kerja pahala yek.

Dalam pada tergelak ada terselit ilmu baru.




Tuesday, August 24, 2010

Belog Aisumi Gadis Atas Awan

Dia bukan burung
Dia bukan bidadari
Dia bukan kawan matahari
Tetapi dia ialah seorang gadis yang ada blog
Blog tempat dia luahkan segala perasaan yang terendam terpendam
Dan yang uniknya dia sangat mengagumi AWAN

Betul kan cik sumi? Kalau nak tahu dah setahun lebih aku follow belog ♥ Aisumi Gadis Atas Awan ♥ ni tau. Cuma Aisumi je yang tak tahu. Hee. Aku kan pernah habaq ada satu belog lain dulu, dengan belog itulah aku follow beliau. Sampai sekarang masih bertahan belog comel ini. Tahniah Aisumi!

Kalau nak tahu, cik adik manis ini tak sombong. Walaupun baru sekali menyapa di kotak komen tetapi rasa dah macam kenal lama. Ini bukan cobaannn..ini betul-betul!

Moh tengok apa yang menarik di belog ♥ Aisumi Gadis Atas Awan ♥:
  1. Terdapat banyak tutorial menarik yang boleh dijadikan rujukan
  2. Kalau jadi follower boleh dapat award comel



  3. Ada review novel yang telah beliau baca sebelum ini. Siapa ada minat yang sama boleh geng dengan Aisumi.
Kaki shopping online boleh juga usha blogshop milik Aisumi yang menjual pakaian yang cantik-cantik dan berbaloi-baloi. Jom singgah ke Aisumi Bshop untuk mencuci mata. Sebelum tu pastikan akaun bank berduit sebelum frust tak dapat beli baju cantik. Hee.

Pengumuman kepada jejaka yang masih mencari gadis idaman, kalau nak tahu cik Aisumi kita ni masih belum berpunya tapi sang arjuna idaman hati dah ada. Hee. Nak berkenalan dengan lebih rapat boleh add fesbuk dia di sini ye. Add jelah, toksah malu-malu.

Kawan-kawan belog R4T semua ramah-tamah. Ai loike!




Bilik Sesegar Taman Bunga


Air freshener dekat office sudah ilek, maka harus gantikan dengan yang baru. Antara brand yang selalu dirembat ialah Glade, Ambir Pur dan Air Wick. Aku suka tukar-tukar brand untuk bau yang berbeza setiap bulan bagi mendapatkan mood kerja, barulah semangat bila office sudah wangi!

Sumber: newsabahtimes.com.my

Bulan lepas pakai Gel Fresh Lavender cap Ambi Pur macam yang gambau atas nuu. Baunya tidak mengecewakan dan tahanlah dekat satu bulan lebih. Senang pun senang sebab lepas buka terus biar je atas meja. Tak perlukan sumber elektrik. Aku suka pakai yang manual sebab kedekut berjimat. Hee.

Yang tak bestnya pula air freshener hok ini baunya akan sampai sekitar kawasan tempat ia diletakkan sahaja. Jauh sikit dah tak bau. Sesiapa yang nak wangikan kawasan meja di office sendiri tanpa mengganggu hidung orang lain memang sesuai pakai. Ada sesetengah orang tak suka bau wangi sangat kan?

Untuk bulan ini pula aku ada jumpa satu produk baru dari Air Wick yang sangat memikat hati. Meh tengok:

Comel gila packaging, itu pasal aku rembat. Sekali tengok macam fire extinguisher pun ada kan? Heee. Perkenalkan cik Airwick Aqua Mist Air Freshener Spray, punyalah panjang nama kau. Tapi bau dia memang syok woh! Macam ada kat taman bunga lepas spray.

Produk ini lebih portable sebab u ols boleh sembur je kat tang mana yang suka. Jimat elektrik juga sebab kena spray manually. Aku pilih wangian Bouquet dan ada lagi 2 pilihan lain iaitu Lavender dan Lemon Fresh tak silap. Nanti aku check balik.


Harganya pun tak mahal, RM8.90 sahaja untuk sebotol. Boleh tahan lama sebab ia dalam bentuk cecair. Kalau spray sikit boleh tahan lagi lama. Macam aku mana gheti sikit-sikit, kalau boleh nak picit selagi bau tak menusuk dalam hidung. Hee.

Lalala..kerjalah!