Hari ini 9 Disember 2010 hari ulang tahun salah seorang insan yang aku sayang, dipanggil adik juga seorang sahabat yang setia. Persahabatan kami selama hampir 8 tahun telah melalui pelbagai suka duka pahit manis dalam kehidupan. Banyak kenangan manis yang telah dilakarkan bersama..
Dia seorang yang ceria dan setiap kali bertemu mesti gelak tawa mengiringi perbualan. Dia juga tabah dan cekal hati, setiap masalah di hadapi dengan tabah.
Adikku..
Pesan ini khas untukkmu.
Walaupun tak siapa tahu kesedihan yang ada dalam hati itu, ketahuilah bahawa ada insan yang sentiasa mendoakan agar dirimu sentiasa kuat untuk terus hidup dan dipermudahkan segala urusan.
Walaupun jarak dan masa membuatkan kita sukar untuk bertemu, ketahuilah bahawa kasih sayang ini tak pernah berkurang malah semakin mekar dari hari ke hari.
Walaupun satu hari nanti ada yang memisahkan kita, persahabatan ini tidak akan terhenti. Segala memori yang kita cipta bersama akan ku jadikan pelepas rindu saat dirimu jauh dari mata.
Terima kasih untuk segalanya. Dari jauh aku mohon semoga kebahagiaan sentiasa di sisimu.

Selamat ulang tahun sayang!
Jom wish Selamat Ulang Tahun untuk Miera di sini..
9 comments:
selamat hari lahir kepada tuan empunya badan yg berkenaan
P/S : Syurga Coklat Dan Gara - Gara Semangat Coklat Buat Aku Merepek Sekejap...Hahaha!
selamat ulang tahun kelahiran buat adik kie-yu! :)
hepi besday utk beliau~
@hans, ardinihumaira, alinac lover
tq yeaaahhh
mesti dia happy bce komen dari u ols :))
selamat ulangtahun jugak adikku. erk! takpe ke. hehe
happy burfday tuk adikkkk
Saya biasanya tidak posting dalam Blog tapi blog Anda memaksa saya untuk, bekerja luar biasa .. indah ...
Selamat hari lahir utk dia :)
sis syg..
thanx a lot..
eka pon syg sis byk2..
rindu sgt dgn kenangan2 kita.
moga hub kita kekal smpai akhirat hayat.
sis tetap sabahat & sis eka dunia akhirat...
syg lenn!
muaxxx!
Post a Comment