Hari-hari aku baca belog mak merah. Walaupun pada hakikatnya warna feveret aku adalah B I R U. Hah, mesti ramai tak tau kan sebab tak nampak langsung ciri-ciri kebiruan di R4T kesayangan aku ni. Kita lupakan sekejap tentang warna kegemaran sebab aku ada cerita mahu kepoci.
Al-kisah minggu lepas RM ada habaq nak buat sales di belog merah dan bila twitter naik je update baru pasal sales tu aku terus terkedek-kedek ke redmummy.com. Ouh, ini bukan sales saja-saja sebab semua hasil jualan akan didermakan. Banyak juga pilihan baju yang comel-comel dan ada 1 yang berjaya memikat hati.
Lepas isi form segala, aku terus bayar via Maybank2u. Sempat jugalah berbalas-balas email dgn RM dan yang paling tak sangka beliau menyedari kewujudan aku. Sangat teruja ok!
RM bagitau kemungkinan baju tu akan dipos pada hari Sabtu (hari ini) tetapi petang semalam parcel dari KL sudah selamat tiba di depan pintu rumah.
Tadaaaa...inilah cardigan comel yang berjaya memikat hati aku.
Tadaaaa...inilah cardigan comel yang berjaya memikat hati aku.
Selain cardigan ni, dapat PERCUMA 2 helai tops comel yang sesuai untuk digayakan bersama. Boleh buat mix and match la ni.
Nasib baiklah muat-muat je sarung kat badan sebab menurut pemerhatian aku saiz RM lebih kurang macam aku. Dia kan kecil molek je orangnya. Mungkin tinggi pun lebih kurang sama. Semua baju ni akan menjadi antara koleksi istimewa aku kerana ianya dari redmummy.com. Inspirasi aku tu weh!
Psst..11 Julai 2010 birthday RM. Moh penuhkan kotak komen belog merah dengan birthday wishes.
Kemaruk beli barang online sekarang ni sebab akaun Maybank2u aku sudah sembuh. hee.
8 comments:
nak jaket 1. boleh?? hehe
cool outfit =)
wow.. comel la baju tu..nak beli gak kasi awek..
Logo Piala Dunia 2014 Di Brazil
xpenah beli barang online
wahhh gojes baju tu! dni kenan juga ^_____^
uiii,..sangat comel okeh.
P/S: Nak tanya ni, macam mana nak buat box advertising mcm kat ats tu ya?hehe
Entry Terkini: Bila Marah?
kalo cmtu. bole la sedekah sikit kat maybank aku kan? kan?
mmg syok shopping online tetapi kena pastikan penjual tu adalh dipercayai.
Post a Comment