Contest Lucky Draw by Shasha dari belog kak Jieda | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, July 12, 2010

Contest Lucky Draw by Shasha dari belog kak Jieda


Musim contest berbentuk tag telah bermula dan semakin berjangkit-jangkit ke seluruh pelusuk dunia belog. Aku ada satu pengumuman penting tapi meh cekidout dulu tag dari cik Jieda merangkap salah seorang blogger kegemaran aku.


CONTEST: Lucky Draw by shasha

Syarat-syaratnya sangatlah mudah :

1. Musti jadi follower shashabee.
2. Kopipes gambar di atas nuu dan tepek di sidebar blog anda.
3. Post entry pasal contest kendian tag kepada 2 ketul blogger lain.
4. Sila habaq kepada miss shashabee jika anda sudah join lucky draw ini.

Tarikh tutup penyertaan :
31 Julai 2010

Aku mahu tag cik kot@k ~~ dan cik anin. Tak mau buat takpe kerana tiada paksaan untuk sertai contest ini. Mekaseh.

Pengumuman. Sila ambil perhatian.

Hari ini aku nak kepoci ke seluruh alam bahawasanya R4T akan bersara dari sebarang kegiatan tag mengetag . Dan selepas entri ini aku sendiri takkan tag mana-mana blogger lagi dah.
Mana-mana blogger yang aku pernah tag sebelum ni mintak halal lah yek. Tapi ini tak bermakna aku tak nak join contest lagi. Mana yang aku berkenan nak join tak payah tag pun aku mesti join punya. Berbelit sudah ayat aku.

Dalam erti kata lain jika anda hormati privasi aku, maka aku akan buat macam tu juga. Kalau ada apa-apa pe'el aku yang anda tak gemar meh habaq supaya aku tak ulanginya. Kalau anda diam seribu bahasa aku anggap anda tidak ada masalah dengan segala tindak tanduk aku. Deal?


Mintak ampun dan mahap geng sekalian. Janganlah boikot pula belog ini dek kerana isu sekecil kuman ini. Wah! metafora sungguh bunyinya.
(rasa macam salah guna term) Blogger yang terbabit pun takmoh ambil hati nooo.

Aku sayang sama gengs blogger semua. Serius ni weh!


11 comments:

Aliesha Kirana said...

hmm...btol2..kalu tag kontest tu.. mcm org yg masuk tu xikhlas..hehe..bia la masuk ikhlas kn..heheheeh~~

Mrs. Q! said...

@aliesha kirana
err..
jgn slh fm
ikhlas ke tak tu antara blogger tersebut dgn Allah
tp ada sesetengah org yg tak selesa dgn cara ni

Jieda said...

Betul...akak pun kureng sikit dalam tag mengtag ni.sebab tu banyak tag yang tak terjawab huhu

Kumbang Jingga said...

50 je ke adiah dia..up lah sikit lgi..hehehe demand plak aku ni kan hehehe

Bukan Eciz said...

KAHKAH. sama la dengan aku. malas gila nak buat tag bagai ni.




aku tatawu nak bagitawu cemana. hattoi

Unknown said...

aku pun dulu jer rajin byr tag, makin dibayar makin byk datang. bukan tak hargai tapi sometimes tak nampak arah tuju tag tu.. ok mengeratkan silaturahim ya, tapii dont have all the time in the world. Still I will appreciate it kan. :)

Kieyu tag pun tak buat lagi. serius busy.

kot@k ~~ said...

xde hal la cik kie-yu nk tag si kotak ni...heheh
terase d hargai plak.. bile cik kie-yu tag org d sini.. itu b'maksud cik kie-yu ingt kt org d sni..haha okey.. nnt sy wat entri tuk contest lucky draw ni.. :)

Faiz said...

macam xske kne tag je..huhu...

p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...xnk sumbang entri ke utk marathon tu..hik3..=)
***Hit My Latest Update Here***

ardinihumaira said...

dni lak tak de masalah pun kalau orang tag.. yang jadi amsalahnya dni nak jawab tu, tak tahu bila. tak jawab2 pun ada.. yang paling lemah, tag bertubi2 tag/award yang sama. kalau contest, nak tag dni, tag aje. bila dni berminat dni join. sebab ada sesetengah kontest tu dni tak tahu kewujudan pun bila ditag terus laju je join. hik3... tapi sies.. kena tag rasa terbeban sikit kan.. kecuali ketika sedang kelapangan, laju je jawab tag ;p

Nia said...

saya suka kalau orang tag, terasa sgt dihargai dan diingati..tapi saya rasa bersalah kalau ada tag yang tak sempat buat lagi..huhu

Anonymous said...

maaf ye..
saya xtau..
xpela ye..