Sawan Facebook & bit.ly | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, July 6, 2010

Sawan Facebook & bit.ly


Aku ada penyakit baru. Agak serius juga tahapnya. Ya, sawan Facebook (FB) & bit.ly. Sudah terang lagi bersuluh pada tajuk entri. Sebut sahaja Facebook semua sudah familiar tapi kalau bit.ly mungkin ada yang belum pernah dengar. Ekceli bit.ly adalah sebuah website yang membolehkan kita pendekkan permalink. Ala.. macam URL yang muncul di twitter bila kita apply twitterfeed tu. Terima kasih kepada Cik Nia sebab buat tutorial untuk perkenalkan website ni.


Sebagai seorang manusia yang tidak reti duduk diam, aku sangat suka mencuba benda baru untuk dieksperimentasikan. Selain blogwalking di GB, aku juga menjalankan sesi merayau-rayau di FB untuk mencari kawan-kawan blogger yang baru. Mereka yang aku add tu mostly ada blog sendiri dan aku akan tinggalkan pesanan supaya singgah ke sini. Lepas tinggalkan pesanan gedik, aku usha blog mereka. Kalau yang tak letak URL blog tu tak dapek den nak nolong.

Aku akan tegur mereka yang update status dan tepek sekali link blog yang telah dipendekkan guna bit.ly tu. Dan kalau rajin aku send message personally. Tujuannya adalah 1, aku nak promosikan entri R4T kepada member-member FB. Hal ini aku telah mention di profile Kie-yu Tak Comel secara rasminya.

Dan hari ini aku tergerak nak buat entri sebegini rupa sebab ada seorang blogger yang delete aku dari friend list lepas aku komen status FB beliau. Aku rasa puncanya adalah link bit.ly tersebut. Aku dah kenal beliau ni since dia mula buat blog versi Bahasa Melayunya. Sebelum ini dia ada blog English dan Bahasa Mandarin tak silap aku. Masa itu aku antara blogger terawal yang menjadi follower dia. Memang dia tak kenal kerana sekarang aku dah meng'invisible'kan diri. hee.

Cik
Hanis Aleeya siap warning tak mau klik link tu sebab beliau dah tahu apa yang ada di sebalik link bit.ly aku. Heee. Aku tak kisah kalau anda tak klik. Macam aku cakap tadi niat aku cuma nak promosi entri baru. Sama macam tinggal jejak di shoutmix tapi yang bezanya adalah aku guna medium FB.

Gambar ambik dari sini dan edit sikit.

Persoalannya sekarang.. pada pendapat anda yang sejujurnya, adakah perbuatan aku ini A N N O Y I N G atau menjengkelkan atau meluat atau menyampah? Anda boleh tinggalkan pesanan di kotak komen. Jawab ya atau tidak. Kalau rajin komenlah panjang-panjang. Jangan komen marah-marah tau sebab aku hati tisu. Hee.

Pendapat bernas anda adalah sangat dihargai. Tenkiuuu.



10 comments:

Wan_hazel said...

wan tak fahm..amende web tu??/baik utk kshatan tak??hehehhe....

Rara said...

alahai cik nis pun..hehe.riso beno sampai delete.hehe

lilema_ said...

hohoho..ak rasa x la gak..tp kalo tetiba mud org lain x baik time tu,leyh bikin dia mrh kot. kalo sy x..nmpk mcm pro jer ak tgk.chewahh!
http://debloggerygirl.blogspot.com/

ardinihumaira said...

sebenarnya dni tak berapa faham sebab dni tak ado FB. huhu.. rasanya nak promosikan entry tak salah.. :)

fiD said...

oklah tu gune bit.ly ... tak rimas mate tengok link2 panjang, heee... standard! =)

Hasrol Nizam said...

ada org yg tak suka spam kat fb. tp klu kita komen yg betul, n tambah link ni kat hujung komen tu, "mcm link kat komen kat status zara tadi" takde mslah kot. Tp, better mention yg link ni link blog. supaya org tak rasa cam tertipu ek apa.. just my opinion la.. :D

hakimfaridzul said...

message untuk aku???
hurm, link pendek ni aku tak kesah pun~

hans said...

entah....okay la kut
macam fid cakap tu

Ansof86 said...

Hai.. anne sampai sudah kat blog yang ber id Kie-yu Tak Comel (Comellah)

Kujie said...

ok giliran kak jie dah datang

pernah unfollow kat twitter mereka yg asik dok promot link blog sendiri sehari 20-30 kali. Kalau tiap kali entri baru - sehari 2-3 kali masih di terima.

prinsip kak jie - lebih suka jaga diri sendiri dulu. link pendek tu kt twitter sesuai ok sebab 140 aksara je, nk jimat ruang, kalau kat FB..maaf kak jie tak aktif kat FB

cuba mengelak..hehe