Belog Ohsem: July 2010

Jom selongkar

Saturday, July 31, 2010

Header Cun R4T dari Faiz

Sticky post 48 jam. Scroll down untuk entri baru. Mekaseh.

Ehem. Mesti ramai dah perasan aku dok tuka header berapa banyak kali sebelum ni. Dan yang terbaru header sekarang kelihatan lebih cun dan menawan. Apa rahsianya? Sudah macam iklan tummy trim pulak. Hee.


Ekceli header ini adalah hasil kerja seorang blogger kreatif yang aku jumpa masa belogwalkingKong. Nama dia faiz, sekarang baru sahaja memulakan semester baru di UTP. Budak pandai ni.

Atas nuu adalah print screen dari header blog beliau. Cun kan? Moh kita hendap ramai-ramai ke sana --> Blog faiz. Harga untuk perkhidmatan yang faiz sediakan ini adalah amat berpatutan dan boleh dirunding. Berapa yang faiz cas kepada aku? Sapa nak tau bak RM2. Hee.

Kepada u ols yang terasa nak tukar kepada header yang lebih anggun bolehlah menghubungi faiz di faiz_slur@yahoo.com dengan maklumat berikut:

Format emel

Nama:

Blog/Laman web:

Tema:

Contact Number:

Referrer : Rumah 4 Tingkat

Photobucket

Maklumat lanjut / pertanyaan anda boleh klik pada banner atas nuu. Jangan risau, urusan dengan beliau ni dijamin tip-top!

Amacam header R4T berbayar ni? Meh komen sket.

Blog Pilihan Hari Ini
Si Panda

Entri Lelaki Tertua Tokyo Mati 30 Tahun Lalu : "best awet mayat.. hahaha.. leh teman tido :p " - sipanda



Lelaki Tertua Tokyo Mati 30 Tahun Lalu


Dek kerana mahu mempertahankan gelaran lelaki tertua di Tokyo, keluarga Kato telah mengawet mayat dan menyimpannya di dalam bilik tidur selama hampir 30 tahun selepas kematian lelaki itu.

Apabila pihak berkuasa datang ke rumah, ahli keluarganya akan memberitahu bahawa beliau sedang mendalami ilmu agama dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa.



Polis akhirnya menjalankan siasatan kerana mengesyaki lelaki itu telah mati kerana alasan tidak munasabah yang diberikan. Tubuh Kato yang akan berumur 111 tahun jika masih hidup, ditemui dengan pakaian tidur dan berselimut di dalam bilik tidurnya.

Petikan dari artikel yahoo news:

"His family must have known he has been dead all these years and acted as if nothing happened," said Tokyo metropolitan welfare official Yutaka Muroi.

"It's so eerie."

The police broke into his home at the request of ward officials who had been updating their list of centenarians ahead of Respect for the Elderly Day in September.

Relatives are now being investigated over claims they fraudulently received around £70,500 pension money, Japan Today online newspaper reported.

"Grandpa was a very scary man. So, we couldn't open the door," Mr Kato's grandchild was quoted as telling the police.

"He shut himself up in the room without food or water." [baca lagi]

Mungkin keluarga Kato sayang benau pada dia sehingga sanggup awet mayatnya untuk pastikan dia sentiasa ada di depan mata. Lagipun dengan gelaran lelaki tertua di Tokyo mungkin keluarganya dapat bermacam-macam imbuhan ditambah pula dengan duit pencen yang diterima. Pokcik kaya la jawabnya!

Yang sudah tiada biarlah pergi dengan aman kerana dengan amalan di dunia keluarga itu akan bertemu semula di dalam syurga. Ternyata Islam itu indah.

Kerana nama dan kemewahan manusia sanggup buat apa saja.

Blog Pilihan Hari Ini
KaiZeN SHiNoBi

Entri Lucky Draw: Who's the Lucky One? : "wahaaaaaaa! gud luck~ ngeh3 " - kaizenshinobi



Friday, July 30, 2010

Lucky Draw: Who's the Lucky One?


Adess..kalau soh mak aku yang join mesti dia dapek punya. Untuk pengetahuan u ols mak den ni tangan dia ada ong! Join apa-apa lucky draw di Angsana (selalunya) atau mana ceruk punya lucky draw balik mesti hangkot hamper atau paling tak pun hadiah kecik punya. Berapa banyak punya daaa...

Takpelah itu memang nasib mak, nasib aku sape tau kan? Jadi aku pun hambik keputusan untuk jawab tag-contest dari blogger kegemaran R4T, cik Hidayah Ismawi.

Super Dooper Kawaii Mommy & Lil' Ones

T&C seperti berikut:

1. Jadi ahli geng bas pink (follower blog penganjur)

2. Buat satu special entri tentang Lucky Draw ini dan perlu linkkan ke entri contest.

3. Tag 5 orang rakan anda. Attention kepada tuan belog berikut:

i. 3 f's
ii. t r a n s f o r a w e s o m e
iii. ❀ Hidup bagaikan sebuah mimpi ❀
iv. Faridlife's Blog
iv. ..MisH LolLyPurp..

4. Letakkan 2 banner yang ada di sini ke sidebar blog masing-masing.

5. Tinggalkan URL entri Lucky Draw di ruangan komen.

6. Tarikh tutup penyertaan pada
31 Ogos 2010.

Siapa nak tag minta jasa baik untuk baca entri ini tanda persetujuan bersama. Mekaseh.

Blog Pilihan Hari Ini
Riwayat Hariku

Entri Fan Page Rumah 4 Tingkat : "tahniah kerana dah berjaya jg buat akhirnya.. sop pernah juga buat, kemudian buang..sbb tukar template belum rasa nak letak lagi.. fan page tu masih ada di FB.. nak masuk jugk ker tidak? tak peh lah, Kie-yu dah buat.. tumpang yer.. huhuhu " - gnesop



Fan Page Rumah 4 Tingkat


Ekceli sudah lama aku create benda alah ni tapi biar terbengkalai punyalah lama. Orang nak buat kau pun nak buat sama lepas tu tinggalkan. Apa daa.. Hari ini barulah terbuka hati nak mekapkan dan kepoci sama u ols semua. Fan pun takdok lagi tu. Sedih mak!

Jadi sesapa yang nak like page R4T dipersilakan dengan segala hormatnya. Nak like kek mano? Nuu ada kat sidebar 'Pengintip tegar'. Kalau tak nampak tu 3 kali Jumaat je lagi. Hee.


Aku tak mengamalkan dasar paksa memaksa tapi kalau dapat invite via mukabuku tu jangan anggap aku paksa pula ye. Ignore je kalau tak nak, aku tak marah punya. Aku kan budak baik.

Fungsi fan page ini akan menggantikan tempat aku feed entri baru dan tempat aku tepek apa-apa pengumuman pasal belog kesayangan ni. Mukabuku lama tetap ada, bak kata orang lama kalau jumpa si kembang baru, yang lama dibuang jangan. cewah.


Sesapa yang dah like mekaseh banyak-banyak in advance. Aku sedang berkira-kira nak bagi giveaway kepada yang like pada satu nombor bertuah. Nombar apa biarlah rahsia. Nanti dah jumpa nombor tu aku habaq sekali dengan nama pemenangnya.

Er..takdok apa lagi mau cakap rasanya. Kalau ada nanti aku bagitau. Update dalam keadaan ngantok tahap gaban ni weh. huwarrrgggh.

Ada orang bekenan dengan header aku. Esok aku kepoci. Stay tuned!




Thursday, July 29, 2010

Logo Baru di Malaysia Bakal Muncul


Macam-macam perkara aneh yang aku jumpa tentang negara kita yang tercinta. Terbaru, petang tadi aku dengar dari berita ringkas era.fm umumkan yang tak lama lagi ada logo baru yang bakal muncul pada plastik, kotak, bekas makanan dan botol minuman.



Menurut berita itu kerajaan akan keluarkan logo haram untuk mengatasi masalah logo halal palsu. Bilakah undang-undang ini bakal dilaksanakan tak pula dia habaq.

Ekceli, hal ini telah lama digembar-gemburkan oleh pihak sebelah sana (bendera hijau) meminta agar pihak Jakim wujudkan logo ini.
Bila difikirkan semula kalau betul logo haram ada nanti selesaikah masalah makanan yang diragui tiada di pasaran? Tiadakah logo haram palsu pula nanti yang akan wujud? Oleh kerana berita yang disampaikan secoit benau maka banyak soalan yang dok bermain di minda.


Aku cuba search di google tapi belum ada yang dok kepoci isu ini. Banyak mengenai cadangan untuk wujudkan logo haram sahaja yang sudah lama dibincangkan rupanya. Pada pendapat peribadi aku, cadangan ini agak boleh pakai tapi praktikal ke tidak belum tentu lagi.

Siapa yang nak cekidout tentang isu cadangan logo haram ini meh kelik:
  1. Jakim perlu perkenal logo haram, kata Pemuda PAS
  2. Jakim disaran perkenal logo haram
  3. PAS Youth chief suggests 'haram' logo to protect Muslims
Kesimpulannya sejauh mana kebenaran tentang kewujudan logo ini aku pun tak tahu. Kita tunggu dan lihat ajelah.

Oh! Malaysia ku. Macam-macam ada.

Blog Pilihan Hari Ini
rojakStory

Entri Lagi Penghinaan Melampau Terhadap Umat Islam : "sbr. dun get butt hurt so easy" - amoi



Lagi Penghinaan Melampau Terhadap Umat Islam


Semasa merayau di mukabuku kawan-kawan aku terjumpa satu gambar yang buat darah sesiapa sahaja yang bergelar Muslim akan menggelegak. Mungkin ada yang dah pernah nampak, jadi aku nak tunjuk kepada u ols yang belum tengok.

Takmoh cerita banyak, moh tengok gambar yang aku maksudkan:

Dan caption untuk gambar ini yang aku kopipes berbunyi..

Israel membina tandas dengan rupa wanita solehah yang bertudung. Kini umat Islam boleh dihina kerana sikap mereka yang hanya menjadi penonton dan pengguna setia kepada barangan yahudi.

Syarikat yahudi akan membina tandas berbentuk demikian untuk kegunaan awam dengan tujuan menghina dan mempersendakan Islam. Syarikat yahudi juga akan memasarkanya di Amerika yang menjadi rakan niaga terbesar dunia.


Hampeh kan? Kalau Malaysia terima benda alah pelik ni memang tak tahulah nak cakap apa. Dah hilang akal gamaknya.Ini pula komen menarik dari salah seorang pengkomen gambar tersebut. Agak menarik pendapat beliau untuk kita jadikan renungan.

"jgn salahkan owg lain..apa yg berlaku kpd umat Islam adalah salah umat islam sendiri..salah kita...erm..walaupun israel menghina owg islam..tp negara kita tetap berkerjasama dgn israel laknatullah....fikir2kanlah...peringatan juga utk diri ini..." - sedari Ainaa'ul Mardhiyah dot dot dot.

Hee. Kena censored nama betul beliau, nanti ada yang cari budak ni.

Abaikan bahasa mat rempit yang terpampang. Buat-buat faham ajelah labuuuu..

Blog Pilihan Hari Ini
May Happiness Be Around You Now & Forever

Entri Sales! Moh Kita Serang!! : "lawa la kasut tu, Kie-yu! huhu... dni susah nak beli kasut skang ni... kasut saiz 5 asik habis stok je.. cmana nak cari kasut raya ni.. huaaaaaaaaaaaa nanges2 :'( " - ardinihumaira



Sale! Moh Kita Serang!!


Ekceli semalam aku bukan takat menyinggah ke outlet Clinique, tapi juga ke ruang legar CS yang tengah dok buat sales secara besar-besaran. Dah macam kenduri kahwin pun ada aku tengok. Orang punyalah ramai tak hingat.

Konon-konon nak lalu lalang dan tengok-tengok
namun dek kerana tag harga tertulis RM10 sahaja tiba-tiba niat aku bertukar ke mode 'moh ngabehkan boreh'. Tak berabes mana pun sebab keluar not RM10 sekeping jeee.


Heels 4 inci (kot) Summit inilah yang aku rembat semalam. Sudah ketinggalan zaman baru aku nak pakai. Ah, aku pedulik hapa janji boleh sarung di kaki dan jalan. Belt kat sebelah tu bukan dari sana. Aku rembat di tempat lain untuk bagi pada kekanda. Hadiah pujuk-pujuk sebab dia merajuk semalam. Hee.

Selain warna biru hitam ada lagi warna purple hitam dan merah hitam (zie musti rembat kalau dia nampak ni) Yang tinggal semua saiz untuk kaki kecik 35-40. Saiz 35 yang satu ketul muat-muat untuk kaki aku.

Nak tau pasal jualan murah ni? Nah tengok:

Shoes and Accessories Clearance Fair
Date : Jul 27 - Aug 02
Location : Atrium 1, in front of SK Jewelry and Levi's

If you are looking for great bargains and great selections of shoes and accessories, don't miss the clearance fair at JB City Square end of this month! Participating brands are Mixit, Summit, Silver Planet, Sugar, Silver Lady, Pop Kakis, Fabiano Ricco and so on.

Sumber: city-square.com

Dah jengah muzium kekanda? Kalau belum jemputlah...
(nak promote 3 hari 3 malam. hee)


Blog Pilihan Hari Ini
No Preservatives... Just Kind!!!

Entri Misi Rembat Clinique Travel Set Berjaya! : "okay ke clinique? takut jugak nak tukar2 kosmetik ni.. bahan2 kimianya kita tak tahu. hehehe... ingat nak guna tradisional punya je.. senang... hahaha... rajin ke akak ni... " - anis alya



Wednesday, July 28, 2010

Misi Rembat Clinique Travel Set Berjaya!


Lepas baca entri ini dari belog RM, aku cepat-cepat tweet dia tanya betul ke boleh tolong belikan travel set tu. Aku memang dah lama berangan nak cuba-try-test produk Clinique tapi faham-fahamlah dengan harga yang boleh buat kita berpeluh bila memikirkannya.

Dalam entri tu RM mention "im not your skin specialist, aku boleh jadi PS belikan jer kalau nak advise tang mana sesuai ngan kulit ko tu memang bukan bidang aku sesangat." Jadi untuk mengelakkan daripada tersalah beli aku terus geladah laman web Clinique dan cari info pasal produk tu.

Menurut laman web tersebut, sebelum membeli sesuatu produk kita perlu buat analisis kulit di outlet mereka. Aku telefon dulu untuk pastikan tentang maklumat promosi ini sebelum terjah ke sana. Manalah tahu promosi itu hanya valid di KL saja kan.

Petang semalam aku bercakap dengan Ms. Chin dari Clinique City Square (CS) Johor Bahru. Beliau menjemput untuk datang ke sana dan bertemu dengan perunding mereka.


Kebetulan petang tadi aku ada kerja nak dibuat di CS jadi menyinggah lah sekejap ke outlet Clinique. Staff yang peramah itu melayankan kerenah aku hampir sejam. Yelah, aku mana pernah pakai jadi macam-macam soalan nak di tanya.

Outlet Clinique di City Square, Johor Bahru

Ekceli, u ols kena beli at least satu produk yang mereka jual kalau nak hangkut travel set berkenaan. RM dapat hangkut selori sebab beliau memang regular customer, jadi sapa-sapa nak travel set ini sila buat request di contact Red. Lain tempat kalu dia takmoh layan. Tertakluk pada terma & syarat. Hee.

Oleh kerana aku menyatakan hasrat yang ingin mencuba produk ini, staff tersebut telah menggunakan kuasa veto beliau untuk bagi aku beli juga tanpa rembat apa-apa produk lain. Sungguh terharu aku dibuatnnya.

Mengikut nasihat cik *** dia sarankan aku guna set anti-blemish solutions memandangkan kulit aku ada banyak sangat aksesori bertakhta. Adeh! kan dah kantoi.


Travel set Anti-Blemish Solutions ini mengandungi:
i. 1 ketul Anti-Blemish Solutions Cleansing (Bar for Face and Body), 50 gram
ii. 1 botol Anti-Blemish Solutions Clarifying Lotion, 60 ml
iii. 1 botol Anti-Blemish Solutions Clearing Moisturizer Oil-Free, 30 ml
iv. Beg putih comel gila

Cik **** habaq, kalau hangkut trial pack adalah dalam RM180++ harganya. Fuh..punyalah jauh beza kan. Maka, tatkala rezeki sudah datang bergolek mohlah kita rembat sebelum putih mata.

Kesimpulannya aku sangat gembira setelah dapat benda alah ini. Tak payah lagi susahkan RM mintak tolong belikan. Btw, credit to her sebab habaq tentang promosi best ni.


Dah jengah muzium kekanda? Kalau belum jemputlah...

Blog Pilihan Hari Ini
[Kazaztan Team]

Entri Muzium untuk Foto Kekanda : "ooooo tu blog baru ye..dah gie...jumpe bunga kaler pinkkk " - [Kazaztan Team]



Muzium untuk Foto Kekanda


Aku pernah habaq tentang hobi kekanda yang suka ambil gambar guna SE kesayangan beliau. Untuk pengetahuan u ols segala gambar yang beliau snap dok terperuk dalam hard disk. Oh! betapa ruginya menyimpan bakat terendam itu. Aku minta izin kekanda untuk culik segala gambar yang cun dan tepekkan pada muzium untuk tatapan umum.

Sumber gambar dari sini.

Malangnya aku belum cukup kaya raya lagi nak belikan sebuah muzium untuknya. Apa yang mampu aku recycle balik belog lama yang sudah lama terbengkalai. Cat dinding sudah baru, URL pun tukar, nama belog tak sama macam dulu lagi. Ekceli tak siap lagi renovate keseluruhan belog cuma ia sudah di buka awal untuk promosi. Tak lupa juga kepada penaja belog, aku nak cuba rasa mangga muda pulak. Hee.

Secara ringkasnya muzium foto kekanda ni mengandungi gambar-gambar yang beliau ambil sendiri tatkala merayau-rayau walaupun hanya sedang menanti aku binding paperwork. Ada saja imej yang berjaya memenuhkan kad memori. Semua gambar itu diambil secara suka-suka sebagai mengisi masa lapang beliau.

Jemputlah bertandang ke muzium gambar kekanda. Mana tahu silap-silap ada tertepek gambau aku yang real punya. Hee. Saja nak perli si mijae. Daripada hari tu dok suruh showoff muka aku di mukabuku. Haish!

Moh kita serang Kanta Mata Maya untuk cuci-cuci mata di sana.


Harap-harap belog ini tak terbengkalai lagi.

Blog Pilihan Hari Ini
Life as Mummy Nana

Entri Air Mata Mike Tyson : "akak da lama tau tapi tu la.. kt pun tak amik pot sgt.. moga die di rahmati Allah.. kite pun sama-sama lah berusaha ke jalan Allah... :) " - mummynana



Tuesday, July 27, 2010

Air Mata Mike Tyson


Kalau aku cakap baru tau Mike Tyson ni beragama Islam teruk tak tahap pengetahuan am aku? Hee. Betul weh aku baru tau lepas dapat email ni. Lagipun aku bukan minat tengok boxing ni segala.

Meh tengok gambau yang aku sedut dari Yahoo mail:

Mike Tyson bertukar pandangan dengan Dr Muhammad Al-Uqala, president of the Islamic University di Madinah

Beton Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW. Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.

Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah. Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.

Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara rasmi pada tahun 1995 selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.



Entri ringan-ringan di petang hari.

Blog Pilihan Hari Ini
Ini Belog Saya ©

Entri Cashout Pertama Nuffnang setelah Lebih Setahun Blogging : "betul laaaa...yang pertama meninggalkan kesan yang mendalam..macam jatuh cinta pandang pertama, putus cinta pertama..cewaaaahhhh " - Kancilbiru



Cashout Pertama Nuffnang setelah Lebih Setahun Blogging


Heh. Tajuk terpanjang aku rasa untuk semua entri di R4T yang pernah wujud. Saja buat entri ghope ini untuk diabadikan sebagai kenangan. Bila dah kaya berjaya nanti boleh imbas kembali susah payah dulu-dulu ye tak.

Mana tau boleh juga tunjuk pada cucu cicit sambil berkata "Inilah cashout pertama nenek masa blogging zaman muda-muda dulu. Walaupun ciput tapi rasa gembira sangat-sangat." Kikiki.


Aku mula menjebakkan diri ke dalam kancah Nuffnang ni pada tahun 2009. Bukan dengan R4T sebab aku ada belog lain sebelum ni. Tak payah tau la belog mana, bukan best pon.

Earning pertama sebanyak 5 kupang yang aku dapat ialah dari ads Kakis Contest Earth Hour. Masa tu punyalah berkobar-kobar semangat aku nak blogging. Hari-hari perah otak cari idea nak tepek entri.

Sampailah satu tahap aku dah mula bosan. Masa tu belum kenal gengblogger, belum kenal redmummy. Terhenti sekejap perjuangan aku sehinggalah terbuka hati untuk kembali blogging lepas dapat galakan dari kekanda dan melihat kejayaan RM.

Akhirnya, terbinalah belog yang u ols tengah baca sekarang. Sayang belog ini ketat-ketat woh!


Blogger yang selalu cashout mesti dah muak baca email ni. Aku first time dapat ni menjadi jakun tahap gaban. Hee. Tak sabau nak dapat cek pulak sekarang ni.

Jumlah earning jangan tanya. Ciput je tapi Alhamdulilah, ada rezeki aku.

Blog Pilihan Hari Ini
SoMe BuLLeT FoR YoUr HeaD

Entri Belog Lawak Kegemaran : "tu la pasal tulis tajuk pun dah 100+ komen bhahaha..anal mat nor sggh, eh silap anak haha" - mijae




Belog Lawak Kegemaran


Wakakaka. Adeh saket perut aku gelak. Mana lah dia dapat idea tulis entri macam ni agaknya. Eh! syok sendiri bermonolog pulak. Aku baru lepas baca entri dari belog seorang insan yang mampu membuat entri lawak tahap gaban.

Siapakah gerangan tuan belog yang berjaya membuatkan aku nak buat entri khas untuk beliau ni?


Kat atas nuu print screen dari sana. Belog punyalah simple gila, tak macam 'dia tu' yang ntah apa-apa je dibubuhnya. Hee. Kutuk diri sendiri kejap.

Walaupun nampak macam tak menarik tapiiiii entri yang dihasilkan tak mampu menolak semua pembaca untuk datang berkali-kali. Aku serius ni weh!
Tengok URL belog sahaja sudah boleh buat u ols gelak terbahak-bahak, belum lagi baca. Mungkin bolah sampai tahap putus urat kentut. (Macam kenal je statement ni)

Untuk semua entri yang dia buat tukang komen punyalah ramai. Ini menunjukkan betapa berkesan entri yang dihasilkan. Tapi yang kurang best, beliau ni tak selalu update. Jadi aku selalu rindu-rinduan nak baca entri beliau.
Kan orang putih dok habaq 'Laugh is the best medicine' jadi kalau malas menapak ke klinik jengah belog dia ni. Heee. Boleh gitu?

Alah..sopannya ko gelak kucing.

Kalau rasa nak bergelak ketawa macam aku moh kelik link : BLOG ANAK MAT NOR. Belog ini telah berjaya disenarai hitam putihkan ke bloglist 'Terbaik dari Ladang'. Kopipes sikit mengenai penulis:

Jebon
Masa aku 5 tahun, cita-cita aku mahu jadi Faizal Hussein dalam filem Gila-Gila Remaja. Seorang biker yang cool, pandai main snooker, pandai breakdance dan bermurah hati menderma darah pada bapa teman wanitanya.

20 tahun selepas itu, aku tak cool, aku tak pandai main snooker, aku tak pandai breakdance dan tak pernah derma darah. Aku anak Mat Nor.

Aku sudah tidak mahu jadi Faizal Hussein. Agaknya Faizal Hussein mahu tak jadi aku?


Semua orang ada cara tersendiri untuk tarik pembaca datang belog masing-masing kan?

Blog Pilihan Hari Ini
Sayang Selasih

Entri Tiket Percuma ke 'Tekken' Special Screening : "heheheh dapat tiket free tueeeeeee nak nak..nak..nak.." - angahsayang2314



Tiket Percuma ke 'Tekken' Special Screening


Sedara
Boneka Tak Sakit sudah menjerit di mukabuku suruh aku tukar semula profile picture kepada gambar lama. Yang sekarang ini tak menarik katanya.

Tahukah anda bahawa selain daripada komen mengomen kreatif di Nuffnang ada satu lagi cara untuk memenangi tiket percuma? Hari ini aku nak revealed rahsia ini untuk sama-sama kita rebut apa-apa yang percuma. Hee.

Sumber: syracuse.com

Caranya sangat mudah, rajinkan jari anda untuk 'like' segala page yang selalu anjurkan contest. Kebiasaanya contest di mukabuku senang syarat penyertaannya.

Contohnya TGV, sekarang tengah bermurah hati nak bagi tiket percuma ke tayangan istimewa 'Tekken'. Itulah punca kenapa aku tukar profile picture. (Sementara jee)


From 23 - 30 July, GSC is offering you an opportunity to win tickets to "Tekken" special screening.

The first 90 fans to fulfill ALL the requirements stated below will be rewarded the tickets:

1. Use the visual of "Tekken" (event profile photo) as your profile picture (until 5 Aug, or will be disqualified)

2. Post the message " I want to watch Tekken" on the event wall.

3. Fans must post his/her name (as per I/C) on the event wall (for verification during redemption)

Winners list will be announced and posted on the event wall by 5 Aug 2010 (Thurs). Each winner will win 2 tickets to watch "Tekken" at GSC Mid Valley on 7 Aug, 10.30am. Hurry Up!

Sumber: Free Tickets to "Tekken" Special Screening

Apa lagi? Moh kita serang page itu dan menangi tiket PERCUMA.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri IntenseDebate: User Friendly Widget : "ada commentluv tu yg suke! heeee " - fiD



Monday, July 26, 2010

IntenseDebate: User Friendly Widget


Akhirnya aku jumpa juga kotak komen seperti yang diidamkan. Nama kotak komen itu ialah IntenseDebate (IDC). Beliau sangat memikat hati sebab aku boleh reply semua komen dengan cun!

Kelebihan jika u ols guna IDC ni dapat bagi backlink kepada blogger yang rajin komen. Barulah si pengkomen rasa bahagia je nak tepek komen ye tak?

Selain tu template komennya kemas dan mudah guna. Kepada pengkomen tegar sekalian ada masalah tak sepanjang u ols komen via IDC ni? Loading lembab ke, komen tak muncul ke cepat habaq tau.

Lepas install IDC ni aku hadapi satu masalah yang boleh dikategorikan sebagai serius jugaklah. Semua yang singgah dok tanya celah mana mau tepek komen? Link nak komen di manakah? dsb.

Godeh punya godeh rupanya aku kena buang satu step dalam tutorial nak install IDC ni. Mungkin sebab template yang aku guna ni lain pesen kot.

Sebelum godeh tu aku ada post satu thread di forum GB. Tak sempat blogger lain jawab aku dah temmui jalan penyelesaiannya.

Di situ juga ada request dari Dark Half bertanyakan tentang camno nak install commentluv dalam IDC. Ekceli aku pasang IDC ni pun tak sampai seminggu lagi. Aku dah janji nak bagi tutorial ikut apa yang aku tau je la. So here it goes:

1. Memula sila log-in untuk mulakan operasi. Sudah?

2. Kemudian jemput kelik ke setting seperti dalam gambarajah di bawah:

3. Lepas tu kelik pula Plugins dekat sebelah kiri sidebar dan anda akan nampak macam ni:

4. Akhir sekali klik pada perkataan 'Activate' di bahagian action sebelah commentluv yang dalam bulatan tu. Aku dah activatekan so option tinggal deactivate lah. Bila-bila masa tak mau boleh je singkirkan dak Commentluv ni. Jangan risau.

5. Itu sahaja. Hee.

Betul ke tutorial ni yang ekau nak Dark Half?

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Warkah untuk yang Tersayang : "berbakti selagi mereka masih hidup....serta juga setelah mereka tiada... " - princeduyong



Warkah untuk yang Tersayang


Pagi tadi aku sudah pun terima polisi dari
kak Aida untuk plean Ikhlas Saving Takaful (IST) yang aku sertai bulan lepas. Siap dapat free gift beg comel dari Takaful Ikhlas. Suka tau!

Kak Aida bagitahu minggu depan beliau akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama suami tersayang hasil dari usahanya bersama Takaful Ikhlas. Sama-samalah kita doakan kak Aida selamat pergi dan pulang yea.


Tengah selak-selak polisi tiba-tiba mata terpana kepada satu surat yang sungguh menarik perhatian aku. Meh cekidout:


Buat Ibu yang tercinta..
Ayahku tersayang..

Warkah ini anaknda tujukan untuk ibu dan ayah sebagai tanda kasih sayang anaknda untuk kelarga tercinta. Di sini anaknda telah menyediakan 1 dana khas iaitu 'Ikhlas Saving Takaful' sebagai pengganti diri anaknda untuk ibu dan ayah meneruskan kehidupan setelah anaknda tiada di dunia yang fana ini..

Manfaatnya:
1. Kematian / hilang upaya kekal - RM70,107.69
2. Kemalangan / hilang upaya - RM90,107.69
3. 40 penyakit kritikal - RM30,000.00
4. Khairat kematian - RM2,000.00
5. Elaun hospital - RM100.00
6. Pengecualian caruman

Dengan harapan jika ditakdirkan Allah S.W.T, anakndamu ini telah kembali ke rahmatullah maka dengan manfaat-manfaat pelan ini, uruskanlah hutang-piutang (jika ada) dengan segera. Sekiranya terdapat lebihan gunakanlah ia untuk keperluan keluarga dan sedekah jariah.

Seikhlas hati anaknda mu..


Sob..sob..setiap kali aku baca surat ni sayu sangat rasanya. Semua ini tak mampu nak bayar segala pengorbaban emak dan ayah tetapi harapnya dapat mengurangkan beban mereka jika aku sudah tiada nanti.

Ajal dan maut telah ditentukan-Nya. Bersedialah..

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Sekolah untuk Pelajar Hamil : "Keadaan semakin buruk apabila mereka ini di sisih dan dibuang oleh keluarga dan masyarakat. Jangan biarkan kesalahan petama menjadi igauan buruk dan terus tak boleh pulang kepangkal jalan,,,,,siapa manusia boleh menghukum manusia. " - denaihati



Sekolah untuk Pelajar Hamil


Hari ini kekanda hantar aku ke pejabat sebab hujan punyalah lebat di JB pagi tadi. Dalam perjalanan aku dengar berita ringkas dari radio yang menyatakan kerajaan dalam perancangan untuk menubuhkan sekolah untuk pelajat hamil. Adeh! Buat lawak ke apa pembaca berita ni?


Tetapi apabila difikirkan semula memang itulah realitinya. Tengok tv, dengar radio, baca blog & surat khabar semua cerita pasal buang bayi & tangkap khalwat sana-sini. Bertambah lagi satu undang-undang pelik yang kerajaan Malaysia nak gubal. Ini semua angkara perangai segelintir takyat Malaysia yang tak reti bersyukur.

Petikan berita dari Utusan online:

Melaka tubuh sekolah pelajar hamil

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

"Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung. [baca lagi]

Macam manalah nak capai Wawasan 2020 kalau rakyat Malaysia terus-menerus menghadapi masalah sosial macam ni. Zaman semakin canggih tetapi fikiran semakin mundur. Alahai..

Siapa setuju dengan 'cadangan bernas' ni angkat keyboard. hahaha.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Mantra dan Kontroversi : "x teringin lak nak tgk :P " - ery farieha