Hari 01 - Aku dan 15 | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, September 1, 2010

Hari 01 - Aku dan 15



Sekali jalan nak merayakan kegumbiraan tersebut aku buat satu segmen baru yang tujuannya untuk syok sendiri mendekatkan diri dengan u ols semua. Mulai hari ini '30 Hari Aku' akan mula di tepek mengikut idea-idea yang telah disusun baik punya di sini. Moh kita mulakan:


Ini gambar latest dari aku, baru tangkap 2 hari lepas. Ekceli gambar ini adalah untuk contest yang dianjurkan oleh denaihati.com yang telah pun berakhir semalam tepat jam 11.59 malam. Kalau ada yang perasan aku dah pun tepek gambar ni di wall fesbuk tuan belog untuk melengkapkan syarat-syarat penyertaan. Tak perasan takpe lahhh..

Next! 15 fakta menarik tentang aku:
  1. Seorang wanita berumur yang comel gila
  2. Sangat sukakan matematik dan kira-kira
  3. Tengah mencari kekasih hati
  4. Pandai bergaya / fesyen up-to-date gitu!
  5. Rajin update blog 10 kali sehari
  6. Menaip selaju 130 patah perkataan seminit
  7. Speaking English berhabuk punya.
  8. Rajin membaca buku. Sehari ada dalam 5 buah buku aku baca.
  9. Aku blogger dari luar negara la weh.
  10. Sila follow aku lepas aku follow u ols. Ingat tu!
  11. Semua gathering geng blogger aku join. Kau hado? *ala-ala RM*
  12. Eh, RM? not my taste.
  13. Say no to cat!
  14. Aku tak pernah buat contest. Takde masa.
  15. Aku suka baca belog dengan ayat-ayat ReWmPiTz. cOoL woh!
Ehem..ehem. Jangan terpedaya dengan 15 fakta di atas. Kalau nak tahu jawapan sebenar sila 'lawan'kan semua statement hampeh tersebut. Semua itu adalah palsu belaka, aku sendiri baca pun muntah hijau bila tiba part yang dok junjung diri sendiri tu.

Pengajarannya, sila baca entri yang u ols nak komen di setiap belog yang dikunjungi. Kalau tak baca dengan penuh penghayatan toksahlah komen sebab kemungkinan besau u ols akan terkomen perkara yang tak relevan lalu mencetuskan rasa tidak selesa antara dua pihak. Betul tak? Ingatan untuk diri sendiri juga. Peace!

Ada bantahan? Sila komen. Mekaseh.



No comments: