Perkhidmatan SMS & Ambil - Hospital Sultanah Aminah | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, September 28, 2010

Perkhidmatan SMS & Ambil - Hospital Sultanah Aminah


Berita baik untuk warga Johor Bahru!!! Jumaat lepas teman cik green ambil ubat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan ternampak ada poster kempen SMS & Ambil.

Poster tu
cakap menerangkan yang jika guna perkhidmatan ni kita tak payah tercongok lama tunggu turn dekat poliklinik. Sebelum keluar rumah SMS ke hospital dan sampai terus ambil ubat. Alamak, boleh lupa pergi tanya kat kaunter masa tu.

Sumber : pphsa08.blogspot.com

Nasib baik semalam balik kerja tersaing dengan BFF comel lote cik hyun miera yang tengah praktikal kat Hospital Sultanah Aminah. Tanya dia pasal SMS tu dan dia cakap memang ada pun. Apalagi, balik terus google dan jumpa maklumat penuh. Perkhidmatan ni sangat berguna untuk orang-orang yang tak cukup masa dan sibuk bekerja. Dan juga sangat berguna untuk orang yang tak gheti sabau macam aku. Hee.

Setiap perkhidmatan mesti ada prosedurnyakan? Sila baca penerangan pasal perkhidmatan ini dan fahamkan baik-baik. Jangan ada salah faham pulak nanti ye. Klik link bawah nuu untuk baca maklumat yang lengkap dan terperinci.

PEKHIDMATAN 'SMS & AMBIL'

Kalau malas nak baca panjang-panjang boleh kelik gambau dan baca penerangan ringkas tapi padat kat pamphlet ni:

Ada 2 cara menurut pamphlet tersebut iaitu melalui SMS atau panggilan telefon. Sekali diingatkan sila baca dan fahamkan betul-betul prosedurnya. Jangan dah datang nanti ada yang tak kena pergi serang staff hospital pulak. Padahal diri sendiri yang salah tak baca prosedur sebenar.

Godeh-godeh website HSA terjumpa maklumat baru, ekceli cik hyun miera ada bagitahu jugak pasal ni. Selain perkhidmatan 'SMS & Ambil', ada satu lagi perkhidmatan lain iaitu 'Ubat Melalui Pos (UMP) 1 Malaysia'. Wah! ini lagi syiok. Tapi bukan free sesaja ye, adalah sikit cas yang dikenakan. Tak mahal pun, nak tahu kelik link yang aku bagi tu dan cerita lebih boleh kelik sini. Macam-macam yang kita tak tahu ada di sana. Orang JB kelik cepat!

Minta maaf kepada readers yang bukan dari kawasan Johor Bahru ye. Aku tak pasti sama ada perkhidmatan ini diselaraskan ke semua hospital kerajaan ataupun tidak. Apakata u ols cekidout? Boleh jadi modal entri hari ini.

Zaman dah berubah, teknologi dah canggih.



No comments: