Benda ini nampak biasa je pada pandangan orang lain tapi pada aku ia cukup bermakna. Kembang-kempis lubang hidung bila teringat kisah di sebalik benda alah itu. Meh tengok sikit apa benda alahnya?

Apa yang meninggalkan kesan di otak ialah tindakan beliau selepas terima hadiah dari aku ini. Di sebelah malam aku buka fesbuk nampak gambar ini di tepek pada wall! Eleh, itu pun jakun ke? Ye memang aku jakun sebab dia ni mana melayan sangat fesbuk. Nak upload gambau pun dia tak reti tau.
Oleh kerana kesungguhan beliau merajinkan diri online dan tepek gambau ini di wall fesbuk, aku terasa sangat terharu sampai nak meleleh air mata. Tak pernah alam dia buat macam gini woh! Akaun fesbuk dia pun aku yang gegodeh, dia dok bagi instruction je selalunya nak buat apa. Kekanda aku lagi suka kehidupan offline bersama adindanya kot. Ahaks!

No comments:
Post a Comment