Lelaki Hilang 3 Bulan Telah Ditemui Semula | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, September 6, 2010

Lelaki Hilang 3 Bulan Telah Ditemui Semula


CNN.com melaporkan seorang lelaki yang hilang sejak 26 Mei lalu telah ditemui semula dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Menurut sumber dari laman web berita online Kansas City Star, Luke Stevens yang berumur 23 tahun berasal dari Tonganoxie, Kansas dilaporakan hilang sejak 3 bulan lalu.

Pada tengah malam Khamis, kediaman keluarga Steven mendapat panggilan telefon dari anak mereka yang berada di Kansas City, Missouri meminta untuk di bawa pulang ke rumah tanpa apa-apa penerangan dari beliau. Steven dikatakan kehilangan berat yang mendadak dan kelihatan tidak bermaya semasa ditemui. - Sumber: news.blogs.cnn.com

Cerita kehilangan misteri ini berakhir dengan berita ayahnya menghantar email kepada semua saudara mara dan kenalan menyatakan kepulangan Steven dan berterima kasih kepada mereka kerana menghulurkan bantuan dan memberikan semangat.

Apa dah jadi dengan beliau tak pula diceritakan. Kena sorok dengan orang bunian kot? Minggu lepas masa aku pergi pejabat pos ternampak satu poster tentang kehilangan seorang kanak-kanak India di sekitar Johor Bahru. Isu orang hilang ini kebiasaannya dikaitkan dengan penculikan tetapi ada juga yang mengaitkannya dengan alam yang satu lagi. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam.

Sumber: klubbkidd.blogdrive.com

Gugel nak dapatkan maklumat tentang alam bunian sekali terjumpa berita Mawi ke Alam Bunian yang ditulis pada Mei 2007. Rupanya mengenai filem sulung Mawi, Aduh Saliha arahan M. Nasir yang akhirnya dikatakan hanya tinggal nama.

Aku menulis bukan kerna nama. *Tiba-tiba teringat lagu Ramli Sarip*



No comments: