Sebelum itu, aku nak umumkan pemenang untuk Teka-Teki Duit Raya semalam. Tahniah diucapkan kepada cik Myza Yusof dengan jawapan yang tepat. Disebabkan hanya beliau seorang yang menjawab dengan tepat sebelum jam 2 petang maka hanya satu pemenang sahaja untuk teka-teki ini. Yang lain cuba lagi ye!
Kepada cik Myza Yusof, sila emailkan no telefon ke fourth.floor424@gmail.com untuk mendapatkan hadiah topup RM10 seperti yang dijanjikan.
Ekceli teka teki semalam tu ada kena mengena dengan entri ini. Seperti yang dijawab dengan tepat oleh cik Myza Yusof gambar ini telah diambil di Jeti Lumut, Perak Darul Ridzuan. Kome ni orang Peghok gamaknye yong?
Ada kisah disebalik gambar ini yang ingin aku kepoci dan mungkin dapat dijadikan sebagai teladan. Al-kisah, 6ketul orang kanak-kanak rebina telah merempit ke Lumut untuk release tension selepas final exam kononnya. (kalau tak salah akulah) Kami berkonvoi dengan 4 bijik motor dari Seri Iskandar tanpa perancangan awal. Kira main terjah saja lah ni.
Bak kata orang tua jangan suka sangat kalau nak ke mana-mana. Mungkin kerana melanggar pesanan salah seorang geng yang berkonvoi telah kehilangan dokumen penting semasa dalam perjalanan pulang ke kampus. Oh, cik kak sorang ini memang merempit habis. Itu sebab matrik kad dan kad pengenalan yang diletak dalam raga motor berterbangan di jalan raya kerana kelajuan motor yang memang laju!
Aku pun punya bijak tak menasihatkan sang kawan betapa bahayanya letak barang penting di raga moto yang terbuka itu. Rasa bersalah pula bila teringat semula kisah tragis ini. Kawan aku yang kehilangan kad pengenalan telah di denda lebih kurang RM100++ kerana kehilangan kali pertama. Oleh sebab tunjuk kad matriks UiTM dapatlah diskaun sikit.
Oh ye, sudah terlanjur cerita pasal kad pengenalan hilang ini meh cekidout berapa denda yang dikenakan sekiranya u ols hilang dokumen ini:
Ada kisah disebalik gambar ini yang ingin aku kepoci dan mungkin dapat dijadikan sebagai teladan. Al-kisah, 6
Bak kata orang tua jangan suka sangat kalau nak ke mana-mana. Mungkin kerana melanggar pesanan salah seorang geng yang berkonvoi telah kehilangan dokumen penting semasa dalam perjalanan pulang ke kampus. Oh, cik kak sorang ini memang merempit habis. Itu sebab matrik kad dan kad pengenalan yang diletak dalam raga motor berterbangan di jalan raya kerana kelajuan motor yang memang laju!
Aku pun punya bijak tak menasihatkan sang kawan betapa bahayanya letak barang penting di raga moto yang terbuka itu. Rasa bersalah pula bila teringat semula kisah tragis ini. Kawan aku yang kehilangan kad pengenalan telah di denda lebih kurang RM100++ kerana kehilangan kali pertama. Oleh sebab tunjuk kad matriks UiTM dapatlah diskaun sikit.
Oh ye, sudah terlanjur cerita pasal kad pengenalan hilang ini meh cekidout berapa denda yang dikenakan sekiranya u ols hilang dokumen ini:
BAYARAN TUNAI
Warganegara (Bayaran Hilang bagi MyKad sahaja)
Kehilangan | Bayaran | ||
Permohonan | Kompaun | Jumlah | |
Kali pertama | RM10.00 | RM100.00
| RM110.00
|
Kali kedua | RM10.00
| RM200.00
| RM210.00
|
kali ketiga dan seterusnya | RM10.00
| RM300.00
| RM310.00
|
Walaupun ada kisah yang tak best tetapi kenangan berkonvoi bersama mereka memang takkan padam dalam lipatan kenangan. 5 orang ini adalah antara sahabat yang mewarnai seni persahabatan dalam kehidupan aku selama ini.
The Art of Friendship!
No comments:
Post a Comment