Kerja sekolah hari ke 16 memerlukan aku tepek lagi gambau diri sendiri serta kisah di sebaliknya. Jangan marah naa sebab segmen 30 Hari Aku termasuk dalam misi bulan September tahun ini. Hee.
Meh sama-sama tengok gambau aku yang konon-konon dah posing habis comel tapi tetap tak comel pung:
Meh sama-sama tengok gambau aku yang konon-konon dah posing habis comel tapi tetap tak comel pung:
Heh. Jangan tak tahu cik nadia siap request tepek gambau aku banyak-banyak kat R4T. Tak boleh gitu cik kak nanti ada yang muntah hijau tengok muka aku hari-hari. Lainlah aku famous macam famos amos. Hee.
Gambar atas nuu ditangkap oleh kekanda di Ladang Ternakan Buaya Teluk Sengat semasa melawat kakak beliau di Kota Tinggi. Al-kisah cik abang kesayangan sorang ni memang tak reti nak duduk diam maka dibawanya aku ronda-ronda sampai masuk ke sini. Nak masuk kena bayar ye, bukan F.O.C sesaja. Untuk dewasa RM8 seorang, RM4 untuk kanak-kanak.

Buaya punyalah banyak kat sini woh! Boleh tengok secara dekat dan main-main dengan anak buaya di pintu masuk. Pegang secara live lagi tau tapi aku tak pegang sebab pesen-pesen penakut. Hee. Masuk ke dalam pula boleh tengok mak bapak, sedara mara buaya segala macam spesis ada. Ambil masa sejam juga nak meronda sebab ladang ni boleh tahan luasnya. Moh kita!
Buaya darat pun ada kat sini. Hee.
No comments:
Post a Comment