Raja Lawak Astro Musim ke 5 | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, September 27, 2010

Raja Lawak Astro Musim ke 5


Tak lama lagi Raja Lawak Musim ke 5 lah pulak yang bakal muncul di Astro. Bulan depan dah mula ujibakat di Berjaya Megamall Kuantan (2 & 3 Oktober). Iklan pun dah bersepah di channel-channel astro. Menarik woh iklan tu.

Kepada pak lawak dan tukang mengarut sekalian, inilah peluang u ols untuk menyerlahkan bakat yang terendam. Untuk lokasi ujibakat sila tengok table yang aku kopipes dari
era.fm:

Astro Prima (Channel 105) giat penjelajahan ke enam buah negeri untuk cari pelapis pelawak baru.

Satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari pelapis bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro ternyata tidak menghampakan apabila pihak Astro mengumumkan untuk meneruskan lagi inisiatifnya menjelajah ke enam buah negeri di seluruh Malaysia.
Sesi ujibakat akan memulakan penjelajannya pada setiap minggu (Sabtu & Ahad dari jam 10 pagi hingga 10.00 malam.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim kelima) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.


Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program raja Lawak Astro memasuki musim kelima ini.

Sumber: Facebook Rasmi Astro

23 & 24 Oktober kat Plaza Kotaraya! Mesti heret kekanda pergi tengok.



No comments: