Satu tebiat yang aku berangan nak buat tiap-tiap hari tapi tak dapat ialah minum air dengan sekali hirup sampai kering kontang. Kegiatan ini sangat seronok dilakukan jika berdua-duaaan dengan kekanda di tempat makan yang best.
Antara tempat di mana menjadi sejarah aku buang tebiat adalah di Domino's Pizza Taman Tun Aminah dan The Chicken Rice Shop Jusco Tebrau City, Johor Bahru. Rasa puas hati sesangat bila dapat tengok gelas kosong dengan sekelip mata. Hee.
Tetapi malangnya aktiviti ini tidak dapat dilakukan setiap hari kerana beberapa faktor:
- Memerlukan kos yang agak tinggi sebab minuman kena sedap baru laju je aku telan.
- Sebelum minum aku kena ambil mood dulu maka ini akan memakan masa. Tak sesuai nak buat setiap hari, dah macam takde kerja lain pulak aku nak buat.
- Agak membahayakan sistem tubuh. Kalau dah setiap hari aku togok laju-laju boleh jammed pundi kencing dan organ-organ lain yang terlibat.
- Nanti kekanda serik nak keluar makan dengan aku kerana tebiat ini boleh mengundang tahap
kemaluanyang sangat tinggi.
Oh! Masa gugel gambar hiasan awek minum air ini aku terklik ke laman web kesihatan dari luar negara. Ada statement yang menarik perhatian aku nak kongsikan dengan u ols:
Dalam artikel tu dok cerita pasal beer, wine segala maka kurang sesuai untuk ditepek di sini. Kesimpulan yang aku buat sendiri ialah minum banyak air boleh mengekalkan tubuh badan yang mengancam!
Minum air 7 gelas sehari, aku belum pernah buat lagi. Hee.
No comments:
Post a Comment