Hari 08 - Misi September | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, September 8, 2010

Hari 08 - Misi September



Ada beberapa misi jangka pendek yang aku nak kejar untuk bulan ini. Aku akan cuba laksanakan semua jika tiada aral melintang. Harap-harap 30 hari di bulan September ini cukup untuk aku. Hee.

Misi 1
Aku berangan nak siapkan segmen '30 Hari Aku' ini seperti rancangan dalam kepala otak. Nampaknya dah banyak hari aku skip dan tak mengikut landasan sebenar sebab sibuk nak raya. Misi aku nak buat semua entri pada harinya lepas raya nanti. Sekarang punya dah terlungkup ke mana arah sebab asyik skip hari. Hee.

Misi 2
Nak kemaskan layout R4T ini agar nampak lebih kemas dan loading sepantas kilat yang mungkin. Aku takmau kehilangan tetamu kerana rumah aku lambat buka pintu. Mak aku pesan tetamu yang datang itu rezeki woh!

Misi 3
Nak settlekan entri untuk 'Mystery Shopper Diary' sebab aku tak update lagi cerita baru tentang projek baru. Petang tadi baru lepas cakap dengan Jia Hong (Exec CRCG Sdn. Bhd.) untuk briefing projek survey.

Sumber: coopers-driving-school.com

Misi 4
Mahu habiskan 9 jam amali kelas memandu yang aku dah tinggalkan berbulan lamanya. Tangan dah tak sabau nak pegang stereng. Umur dah banyak tapi lesen nan ado. Malu aku dekat budak-budak lepas SPM yang dah drift ke sana ke mari. Hee.

Doakan misi aku berjaya!


No comments: