Hari 06 - Action Kamen! Beep Beep Beep | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, September 6, 2010

Hari 06 - Action Kamen! Beep Beep Beep



Meh layan minit ke 6:38 video ni untuk mendapatkan jawapan kenapa aku pilih Action Kamen sebagai Superhero kegemaran. Hee.



Budak cenonet dari Jepun ni selalu buat aku gelak guling-guling setiap kali tengok dia dalam tiwi. Lagi-lagi bila dia tiru aksi Action Kamen bila nak fire atau dah berjaya kalahkan orang jahat. Boleh pula dia buat serentak berdua. Serius pecah perut tergelak!

Dan tak pasal-pasal aku gemor pada si Action Kamen ni sebab dia berjaya membuatkan Shin Chan berkorban apa saja asalkan dapat tengok kartun tu. Cara dia berkorban apa saja tu memang tak pernah terlintas dek akal. Yang bukan-bukan je idea dia datang. Kalau Shin Chan tu superhero memang dialah jadi superhero kegemaran aku. Nasib kau lah Action Kamen! Hee.

Pesanan tuan rumah:
Jangan terkejut kenapa tiba-tiba keluar entri budak-budak. Sapa tak tahu cerita pergi kelik banner paling atas nuuu. Mekaseh.

Iklan >> Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada ariffshah.com Mahu! mahu!

Aku gerenti ramai mak bapak budak yang layan Shin Chan juga. Kan? Kan?



No comments: