Hari 17 - Cinta Kenduri Kahwin | Belog Ohsem

Jom selongkar

Friday, September 17, 2010

Hari 17 - Cinta Kenduri Kahwin




Ekceli aku dah pernah buat cerita ni kat belog lama tapi bila cari balik nak kopipes boleh hilang pulak. Hampagas betul!

AMARAN! ENTRI INI AGAK GELI-GELI..

Meh la aku recap semula saat mula-mula hati ini dicuri oleh kekanda. Ekceli aku bertemu jodoh dengan beliau di satu tempat yang agak meriah. Ye! Aku dah taip terang-terang kat tajuk entri, KENDURI KAHWIN.

Orang lain sibuk bertemu jodoh, aku pun tak ketinggalan tapi bezanya aku baru bertemu. Heee.
Betullah kata orang kalau dah jodoh tak kemana. Masa tu aku tengoh solo-molo lagi. Adalah dua tiga ketul yang dok mengayat tapi sumpah aku tak hingin. Setakat layan sebagai kawan tu bolehlah tapi nak lebih-lebih memang takde feel langsung.

Sampailah satu hari aku dapat jemputan ke majlis perkahwinan abang kepada kawan praktikal aku yang kebetulan tak jauh dari rumah. Aku datang dengan BFF kesayangan cik mango. Hujan lebat tak hingat masa tu, perut pulak boleh bergendang macam tak makan setahun. Aku pun sebat jelah segala makanan yang ada tanpa segan silu. Gila buruk punya perangai. Serius!

Tanpa disedari kekanda yang masa tu belum jadi kekanda memandang aku dari jauh rupanya. Tiba-tiba datang si kawan menyampaikan salam dari seorang kawan kakaknya. (Kekanda lah tu. Hee) Aku boo layan sebab tengah konsentret menghabiskan isi pinggan. Sebelum balik si dia sempat singgah ke meja aku dan cik mango sengih-sengih. Comel gila.

Malam tu terus dapat call dari dia, bergayutlah dua ketul manusia santak ke malam. Yang buat aku tertarik hati untuk sembang panjang dengan dia adalah peel selambanya. Aku tanya siapa,dia terus direct sebut nama betul. "Tuut" katanya. Satu perkataan tu terus buat aku jatuh gedebuk gedebik sama dia.

Woh, kalau mamat lain yang konon-konon romantik siap suruh teka lah, bagi nama Ben Affleck lah, macam-macam lagi buat aku rasa nak lempang berdas-das.
Aku jamin korang pun mesti malas nak layan manusia pesen ni kan?

Mulai dari malam tu memang tak senyaplah talipon bimbit dengan sms, call dari dia. Satu lagi yang bestnya pasal dia ni melawak memang tahap tak masuk akal punya. Kepala pun agak biol macam aku jugak. Itu pasallah serasi kot?

Akhirnya..

1 TAHUN, 6 BULAN
Gambar konon-konon romantik. Hee.


No comments: