Pukul Anak Sindir Menantu dot dot dot | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, September 6, 2010

Pukul Anak Sindir Menantu dot dot dot


Sepanjang hampir 2 tahun blogging aku belum pernah lagi dikecam oleh sang anon sampai rasa semangat blogging terjelepuk ke tanah. Bak kata orang tua sediakan payung sebelum hujan jadi aku cari blog-blog yang sudah lama bertapak dan mencari 'sesuatu' di belog mereka.

Sumber: anonymityno-identity.deviantart.com

Akhirnya, aku jumpa 'sesuatu' di belog DaHLia's JouRNaL. Entri beliau sangat menyedarkan aku yang langit di dunia blogging tak selalunya cerah. Di kala kita seronok berlari-lari di taman, pasti ada 'batu' yang membuatkan kita jatuh lalu terluka. Kadang-kadang bukan takat terluka tetapi boleh juga sampai ke tahap terbakar!

Perasaan ini aku dapat rasakan semasa membaca entri lama sis DaHLia yang bertajuk Pukul Anak, Sindir Menantu - Tekan Keyboard, Sindir Encik Anony? Cara sis DaHLia meluahkan perasaanya sungguh lembut tetapi tegas. Walaupun ayat-ayat yang digunakan kebanyakannya serius, tetapi diselang seli dengan ayat bersahaja mencuit hati.

Mungkin inilah peribadi sis DaHLia yang sebenar, walau ada duri yang dok cucuk-cucuk dalam hati tetapi manisnya senyum tetap ada. Ada di antara blogger yang guna kata-kata keras untuk mengekspresikan rasa hati masing-masing dan ada juga yang mengambil jalan yang lebih lembut dengan cara menasihati atau berkata dengan lapik. Bak kata sis DaHLia 'Lain orang lain cara dan ragamnya'

Jika kita hayati setiap patah kata sis DaHLia pasti akan nampak apa yang cuba disampaikan. Yup! Satu luahan rasa kesal yang sudah tidak terbendung tetapi dalam masa yang sama menasihati sesama kita.

Pengajaran yang aku dapat dari entri ini ialah jangan cepat melenting jika terkena penangan si anon. Jauhkan diri dari belog buat seketika dan fikirkan secara dua hala baik dan buruk komen negatif itu. Dan lagi baik tukarkan ke arah positif!

Photobucket
Hadiah yang saya pilih ialah Crystall Lizz Mini Lipstick dan Skrub Puteri Annisha

Anon oh! Anon..



No comments: