Dah lama tak buat entri makan-makan lepas bulan posa ni. Ekceli dah lama nak publish entri pasal pendatang baru kat Restoran Pakcik Kasut Besar tapi asyik bertangguh. Busylah kononnya, nyampah!
Al-kisah beberapa kali Jumaat lepas aku lunch engan kekanda dekat McD McDonald's Petronas Skudai (kot?). GCB sudah ilek lalu digantikan dengan Triple cheese burger. Oh! memang feveret aku double cheese burger, ni keluar pulak adik lagi satu tingkat yek. Tapi..haritu aku tak order pun menu baru tersebut sebab rasa macam perut masih full dengan breakfast paginya.

Sekali jalan dengan si triple adalah sebungkus kentang goreng yang cun melecun. Oh! penggila cheese wajib order set besar untuk mendapatkannya. Kalau order tang medium tak dapeklah. Patutlah masa aku tunggu kekanda pergi order hari tu ada satu uncle ni dok goncang beriya macam hapa. Rupanya nak sebatikan cheese dengan fries daaa..

Nak cerita lebih sekali jalan dengan kredit sila kelik : mcdonalds.com

No comments:
Post a Comment