Menyinggah di belog Weeda tadi dan terjumpa entri tentang Acuvue 3-day trial...betul ke? . Ekceli aku memang dah lama nak buat entri pasal ni. Tapi tu lahh..aih, malas nak habaq.
Sekarang Nuffnang tengah galak tayang iklan free contact lens ni kan? Dan tentunya aku adalah antara insan yang akan buat eksperimen tentang kebenarannya. Lagipun benda percuma rugi woh kalau tak rembat.
Inilah rupanya borang yang u ols kena print setelah bagi details dalam website mereka. Lepas print sila bawa borang ini ke kedai yang u ols dah register dalam sistem untuk collect contect lens. Aku pilih Nice Vision Optical Taman Universiti sebab paling dekat dengan rumah, 15 minit boleh sampai. Banyak cawangan serata Malaysia yang u ols boleh pilih. Jangan risau yek.
Masa aku submit borang tu ingatkan dah boleh dapat terus lens tapi tidak, kena tunggu sehari dulu lepas tu baru ambik. Tak tahulah kalau kat tempat lain macam mana. Aku dapat 3 pasang ACUVUE® MOIST® untuk kegunaan 3 hari. Nama pun trial lens makanya hanya boleh digunakan untuk sehari sahaja untuk setiap pasang. Kalau nak mata rabak silalah guna semula berkali-kali.
Mata aku kurang sesuai untuk produk ni sebab lembut sangat. Nak tenyeh ke dalam mata agak susah sebab asyiklah kelepet banda alah tu. Lagi satu bila aku pakai mata cepat kering dan rasa tak selesa. Oh! aku tengah cerita pasal mata aku ye, mungkin kalau mata u ols elok je pakai. Lain orang lain pesen ye tak?
Moh rembat contact lens percuma (klik banner atas ni) selagi stok masih ada. Kalau u ols tak confident nak pergi kedai lebih baik telefon dan sahkan tentang promosi ni dulu. Mungkin kedai tu lambat sikit terima berita dari Acuvue.
1 kotak (3 bulan) ACUVUE® MOIST® RM80 woh! Mahalnya.
11 comments:
kita kena pergi sendiri kedai tu atau diorang pos ?
miza ada jugak apply lens ni.
owh..camtu ek..
hee..weeda pun semalam segan2 tau time kat kedai tu sebab tuan kedai tu xtau pepe..
tenkiu very muchh kie-yu..
takpe besok2 dapat la kan..=)))
sayamm kie-yu..
nak try gak la.. dah lama pakai spek ni..
ohyeke .. kita tak pakai lens .. pakai ori punyer..hihi
tak berani nak masukkan benda gini dlm mata...takut
sib baik sop x pakai kontek lens.. huhuhu
mesti rembat brg free .. huhu
nak try pergi redeem. nasib baik boleh redeem sampai januari bulan depan. nak g esok takleh, raya. hee
tak suke ngan acuvue nie...aku dah hentam dier kat blog aku....tgok la kalo tak caye.....acuvue racist....what the???
dni pun tak dapat macam weeda.. dni baru je wat spek hari tu.. pastu nak g ambik contact lens, sekali tuan kedai tak tahu apa2. syahdu.. mau nanges depan kedai tu gak huhu
dini: cian kita kan dini...
acuvue je eh?
freshlook ade tak?
ahaha
farysa tak biasa guna brand lain
tkot lagi rabak mata ni;p
Post a Comment