Lesen oh lesen! | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, November 13, 2010

Lesen oh lesen!


Balik kerja petang semalam straight away pergi PLI untuk attend driving classes yang dah bertahun tak habis-habis tu. Huh! Ada satu pengajaran aku nak bagi untuk u ols yang nak pilih sekolah memandu ni. Tunggu jap kat hujung entri nanti, now aku nak cerita pasal semalam.



Ada sesapa boleh cam driving school kek mano ni? Dak Johor Bahru mesti boleh agak sebab tempat ni dekat nau dengan satu mall yang fofuler. Tekalah! tekalah!

Secara keseluruhannya skill memandu aku bertambah baik. Daripada tak geti nak balance minyak dengan clutch (gini ke ejanya?), sekarang dah boleh manage, cuma ada sengguk-sengguk sikit la. Nama pun tak pernah pegang stering kereta kan?


Dan kali ni aku target nak pegang lesen before new year. Target nak habiskan sebelum bulan 9 tak kesampaian sebab sibuk. Ntah apa yang aku sibuk pun tak tau. Jadinya kita tunggu dan lihat ajelah tahun depan yek cerita aku dah dapat lesen. Umur dah senja tapi lesen pun takdok. Malu ahkak!

Ni nak cerita pengalaman aku pilih driving school untuk panduan u ols (kalau nak gunalah). Ekceli aku pilih tempat ni atas cadangan sahabat aku yang katanya tempat ni bagus, murah dan yang lagi penting diusahakan oleh orang melayu. Murah memang murah, RM850 untuk lesen kereta sangat berbaloi bukan? Dan pakej ini sangat fleksibel di mana selagi u ols tak master driving selagi tu lah takkan pergi QTI. Tempat lain kalu, 9 jam tamat maka terus ujian tak kiralah dah ready ke belum. Kalau nak tambah masa belajar sila hulur $$$$. Betul tak?

Ok, itu kebagusannya yang sangat aku puji. Cuma nasihat aku kalau u ols ada pilihan untuk pergi ke tempat yang lebih dekat silalah pilih yang dekat. Biasalah, kalau dah bayar murah mestilah tak boleh demand lebih kan? Disebabkan terlalu jauh dengan rumah dah jadi satu kesukaran untuk aku attend training di tempat ni.

Memang transport disediakan tapi kalau nak dia amik kena ikut budi bicara cikgu yang ajar tu. Macam aku, selalunya datang sendiri sebab kekanda hantar. So takde masalah bagi aku. Bagi kes adik aku, dah janji macam nak rak tiba masa kata tak dapat nak ambik sebab dah penat dan hari pun dah petang. Padahal janji nak datang pagi. Wat de fish? Oleh kerana masalah ini maka lambatlah nak pegang lesen. Nampak tak di mana pengajarannya kawan-kawan?

Oh! lupa pulak. Contact lens percuma yang aku booking haritu dah siap. Nak pergi amik jap ye. Lanyak je cik putih atas jalan besar walaupun pegang lesen L je.

Harap-harap takdelah abang JPJ berkhemah tepi jalan hari ni. Hee.


17 comments:

a d r e y n i e e l i s y a said...

hihi...
harap2 xda lah en.jpj kan..

kalo ada, kna wat muka comel..
hihi...

ingat lakz dulu masa amik lesen..

honey amour said...

murahnya ko amik lesen yunk..dulu sis amik lesen terbang rm1200 untuk kereta je..:( gila cekik darah kan...

Azman Roslan said...

usaha lagi sehingga berjaya..

tengkorakemas said...

"erk..nanti dulu..berhenti!

kamu lesen L ye?ish2..dah taukan lesen L..

L for highway..jgn bawak kat sini..

bawak highway sana.."

XD

tengkorakemas said...

eh BI lak..L utk Lebuh raya

ardinihumaira said...

kie-yu.. teringat lak dni masa mula2 ambil lesen kete tu.. masa test jpj, dni tergesa2 dari macang ke kota bharu.. dalam sejam juga.. pastu dni ada test petang tu... dni tak sempat makan. sampai rasa nak pitam masa test jpj... ic lak hilang... dasat tol hari tu ;p gudlak kie-yu!


psssssssst : twitter dni, ardinihumaira...

aliesha kirana said...

hehe..AK hrp xde abg jpj ari ni..amin..heeheh...AK pun xde lesen lg la kieyu..ble ntah nak amik..hahaha..umur pun dh senjaa!!! aaa!

KimiCnoL said...

wargh2,blum da lsen da mryap..hehe

belalang hijau said...

dulu2 time amik lesen part mencabar
masa bukit la.kene berhenti pastu matikan enjin kemudian jalan balik.masa belajar x pernah pun berjaya buat sendiri.tp time exam jpj boleh pulak buat dgn jayanya...

hahaha

hans said...

hahaha
cepat2 kan lah settle dapat lesen tu
pas dapat lesen boleh lah drift keta
hohoho

P/S : Jom Tengok Jenis Jeruk Buah - Buahan..Sedap Owhhh!

mimi said...

PLI. ahah! tempat ku jugak tu. naseb dah dpt lesen mase raya ritu. eheh. best of luck to u! :)

Aujinz said...

"Ko lepas sikit sikit clutch, minyak ko tekan sampai mengaum takpe!"
kate abang trainer

"Kalau kete melompat macam mane bang?"
soal aku

"Kalau kete melompat, ko ngucap awal awal, aku dah ready nak terjun, sebab tue aku tak pakai tali keledar!"

"..ciss!"


[..memori semasa mula mula belajar memandu. Sangat sengal itu abang trainer..]

nas said...

lesen kereta aku xde lagi la
isk3
rase cm nak amek je lesen keta...
tp ko ckp RM850 tue murah
cm mahal je :P

Lagu 90an best lagi lahh!!

Weeda said...

weeda dulu test jpj tak pas bukit...kereta mati 3 kali atas bukit tu..heee..

gud luck kie-yu...nanti dah dapat lesen boleh bawak kakanda pulak..hikss..

gnesop.com said...

ingat masa belajar kereta dulu..
takut2.. :)
masa test, lg takut tp semua ok jer..
doa byk2 :)

SyUhAdA said...

sme la..
x amik2 lg lesen keta..
ingat nak amik sem nie..
sem dpn msti dah bz gler.

Siti Norhafizah said...

lesen L i akn tamat 24.11.2010
Alhamdulillah dh LULUS TEST JPJ selasa lepas..

dr dulu xnk amik sbb fobia..
dh nk habis 2 tahun br terkocoh2 amik kelas. Alhamdulillah berkad tekad dihati dlm masa sebulan je dh dapat jdi pemandu kompetent hehe
All The Best to owner