Amalkan Sarapan Setiap Hari | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, November 13, 2010

Amalkan Sarapan Setiap Hari


Oh! Sabtu datang lagi. Bila mula hari Isnin nanti mesti sibuk hitung guna jari berapa hari lagi nak hujung minggu. Hari cuti macam-macam boleh benda buat. Macam-macam contohnya bersarapan dengan keluarga sambil gosip-gosip di meja makan. Hari kerja susah woh nak dapat sweet moment macam ni. Ye dak?


Cerita pasal sarapan, aku adalah jenis manusia yang tak boleh tinggal makan pagi. Kalau tak makan boleh lembik dan konon-konon tak mampu nak buat apa pun. Ceh! Drama betul. Tapi bila puasa lain kes lah yek. Ada juga orang yang tak biasa sarapan. Aku tabik spring tilam Vono sama orang pesen gini.

Ekceli sarapan ni bagus untuk tubuh badan kita. Aku ada terbaca satu bahan ilmiah dari Utusan Malaysia Online tentang kepentingan memulakan hari dengan sarapan. Meh baca meh:-

Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu menjadi ramping dan sihat. Ramai yang tersalah anggap bahawa dengan tidak mengambil sarapan, mereka dapat mengurangkan kalori makanan mereka.

Sebenarnya, tabiat tidak bersarapan pagi lazimnya akan menjadikan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain. Amalan itu tidak sihat kerana ia menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang dimakan dalam sehari.

Meninggalkan sarapan pagi juga dilihat tidak baik untuk kesihatan kerana selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi.

Sumber : Mulakan Hari Anda dengan Sarapan

Orang putih pun siap ada quote yang menekankan betapa perlunya sarapan setiap pagi yang berbunyik 'Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper'. Kiranya kalau nak jadi raja tak payah susah-susah dah, pergi dapur bancuh milo secawan dan cicah dengan biskut meri. Tadaaa! Otomatik terus jadi raja. Hee.

Ini gambar nasi ayam penyet Restoran Agus. Boleh buat sarapan pagi ke? Hihihi. Hidung dah terbau roti canai je ni. Kejap-kejap lagi aku habaq cerita nasi ayam penyet ni. Jom sarapan!

Selamat berhujung minggu u ols.





8 comments:

zmah said...

Bersarapan tidak akan menggemukkan badan.

tengkorakemas said...

wow..kiranya pagi tadi TE jadi king la hehe

sarapan memang tak boleh ditinggalkan..walaupun sekadar maggi..eh ok ke?

ardinihumaira said...

dni tibai sebungkus nasi + ayam goreng berempah + kari tadi.. miahahaha <--- hancuss segala diet.

dni tak pernah tak bekpes :D

aliesha kirana said...

baru sarapan je.. haha..kire sarapan lg x kol 11 lebih.. haha.. td xlapar lg sbb dah minum sekotak susu.. terus perut kenyang.

tapi mmg sarapan sgt penting, sejak keje, AK xtinggal srpn... dl mase study sllu gak..hahaha~

KimiCnoL said...

kalo kt u jrng breakfst..selaluny brunch je..(breakfst+lunch)hehe

sabree hussin said...

al masalahnye ni ha.. nak breakfast pun malas bebenor

Weeda said...

weeda berakfast kul 9 tetiap pagi..=))

gnesop.com said...

skrg sop mmg sarapan jer.. tgh hari dah tak makan sbb dah heavy masa bekpes..
mmg boleh maintain badan.. huhuh