Hero dari Kinder Joy | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, November 11, 2010

Hero dari Kinder Joy


Selamat pagi semuaaaaaa :)

Semalam ada cerita pasal dapat ceklat dari kekanda kan? kan? Seronok baca feedback dari kesayangan R4T semua. Hikhik. U ols yang nak kepoci apa cerita semalam boleh tekan
sini dengan lemah lembut.

Untuk menjawab pertanyaan mereka, nah entri untuk u ols. *Tiba-tiba datang mood nak reply komen guna entri* Tengkorak Emas (TE) tanya patung comel tu ke yang dok ada dalam Kinder Joy..


..dan jawapannya ialah 'ya', budak ninja inilah yang ada dalam telur oren putih tu. TE cakap beliau comel, memang comel pung! Sekarang aku ada hero kecik cenonet yang menjadi teman dalam pejabat. Boleh ajak bersembang bila bosan. Erk!

Untuk Weeda jangan sedih yek yang, kalau kekanda weeda dekat mesti selalu dapat ceklat gak. Cik dni si hantu coklat pula bagi statement yang menggelikan hati aku. Meh baca komen dia:

"kie-yu pernah dengar tak kisah orang jeles tengok cekelat orang. dia suka curi cekelat orang kalo tengok orang ada cekelat banyak2. penah dengar tak? penah tak? hahahahaha... nak curik cekelat kie-yu! psssssssst: romantisnya. awwww! :D"

Fitri pula habaq dah lama tak makan Cadbury blackforest, sapa-sapa nak poskan cepat mintak alamat rumah dari dia. Hee. Last but not least sedara Aren nak bagi surprise kepada awek coki-coki 20sen. Boleh aje asalkan ikhlas dari hati :)

Eh, aku ada terperasan sesuatu pada wrapper ceklat Cadbury ni. Dah bertahun dok telan tapi baru harini perasan ada error typing pada ayat macam dalam gambar nuu. Biskuit instead of biskut? Hee. Aku dah cuba snap ayat tu tapi tak sharp lah pulak. Kalau u ols tak percaya boleh pergi cari kat kedai dan tengok sendiri.

Orang kata makan coklat boleh release tension kan?





8 comments:

Azman Roslan said...

jarang makan coklat ni sebab.. takde orang nak bagi.. huhuh

Asyraf Hamasaki said...

kalau tention makan apa saja pun jadiiik

Sylarius said...

Biscuit/biskuit?

Tak perasan la pulak ada typo error kat wrapper dia. Sepatutnya eja biskut kan?

Weeda said...

heee...

tak sedih dah..senyumm je..hikss..nak beli gak r kinderjoy tu..nak cari awek utk patung kie-yu..boleh?

PutRee SeJiNjaNg said...

dulu salu je beli kinderjoy..sekarang dah jarang dah makan...hehheh..

gnesop.com said...

biasa makan jer.. tilik tarikh expire jer.. huhuhu

tengkorakemas said...

tq kie-yu, siap jwb guna entri lagi hehe

ninja tu..kira boleh jadi bodyguardla, bodyguard yg comel he

memang betul pun boleh release tension, boleh rangsang otak juga, dan boleh hilangkan rasa sakit senggugut (betul kan?)

nurezzat said...

sodapp nya kinder joy..
huhu ezzat nak satu... kinder joy ni mahal sikit lah.. tak mampu nak beli..
haha