Terima kasih Pak cik Laju | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, November 15, 2010

Terima kasih Pak cik Laju


Selamat hari Isnin yang biru semua! *Monday blues katanya* Hari aku bermula dengan agak baik sebab pagi tadi keluar rumah
limosin kuning datang tanpa aku tunggu lama. Nak heret cik putih tak boleh sebab lesen belum ada, maka terpaksalah melabur tetiap pagi kepada syarikat pengangkutan awam.

Masa tengah dok potpet kejut kekanda aku nampak kelibat kuning itu dari jauh tapi laju! Sesambil dia lalu aku hanya sempat tunjuk peace sebab kebarangkalian dia untuk berhenti adalah rendah. Lambatlah aku sampai pejabat hari ni.

Tapi..

Tapi..

Tapi..

Sangkaan aku meleset. Bonggol depan simpang rumah telah menyebabkan bas itu bergerak perlahan dan aku sempat berlari anak untuk kejar pintu bas. Err..sekarang aku kena sayang bonggol lebihlah nampaknya even sangat menyampah bila tengah driving jumpa dia.


Masa nak bayar tambang pakcik laju tegur aku:

Pak cik laju: Aik? tadi tunjuk 2 orang, mana lagi sorang *sengih sambil hulur tiket kat aku*

Aku : Hee. Saya ingat pakcik taknak berhenti tadi, so saya redha je lah. Tu yang tunjuk peace tadi. *sengih juga sambil ambil tiket*

Kalau pak cik ni yang drive haruslah laju tak hingat, itu pasal aku bagi nama glamer beliau 'pak cik laju'. Selalunya aku akan tidur dalam bas sebab nak elak mabuk tapi pagi ni mata taknak lelap. Aku sampai awal setengah jam ke pejabat dengan mabuk tahap langit ke tujuh. Oh! tapi sangat happy bila sampai depan office tengok kereta bos nan hado! Menyanyi girang hati ini sambil buka pintu dan on pc.

Sekarang aku tengah menaip entri dengan kepala agak ting tong. Ambil mood sebelum buat kerja dengan membebel di blog kononnya. Semalam seharian tak update dan itu aku akan habaq dalam entri lain yek sebab musababnya. Heee. Macam syok sendiri je ni, ada orang kisah ke?

Ekceli memang banyak benda nak dikepoci tapi setiap kali dah picit kibod mesti tak tau nak mulakan entri macam mana gaya. Cerita pasal kenangan UPSR yang aku patut tulis minggu lepas pun berkepam dalam draft. Terima kasih u ols yang bagi feedback di fesbuk! Nanti aku buat special entri untuk u ols.


Sengaja rosakkan gambar ni sebab sekarang macam dah tersuka nak letak gambar-nak-tayang-tapi-takmoh-tayang-semua. Paham tak? Tak paham kalu buat-buat paham sudah. Kikiki.

Ok, telefon dah berdering kejap lagi aku sambung bebel. Babai.

Selamat kerja/pergi kelas u ols!





12 comments:

Weeda said...

selamat bekerja kie-yu...

nanti dapat lesen boleh gi keje bawak kete sendiri...hee~

Azman Roslan said...

kerja lah dengan jujur dan ikhlas.. heheh

Aujinz said...

Salam pagi membiru..
cik Kie-Yu..bila nak dapat leseng?

hohoho..

Alaa.. gambo blurrr..

Sylarius said...

Ouwh, main fesbuk kat opis yer. ngadu kat bos jap lagi. hehe

munna said...

nasib baik pakcik laju tak bawak laju... sempat naik... kak munna dah lebih 10 tahun x naik bas

hans said...

hahahaha
nasib pakcik tu berhenti
kira sempoi la pakcik tu

P/S : Nak Buat Panggilan Hangit? Jangan Sampai Aku Hangitkan Kau Pula!

Faiz said...

mybe ending tu leh tulis..."akhirnya aku tangkap gmbar sendiri.."huhu...joke je..

Nia said...

kira gambar ala-ala camouflage la ni..hehe

ardinihumaira said...

dni gtau boss kie-yu curik tulang ikan. ehhh silap.. curik tulang duk tengok belog. heeeeeeeeeeeeeeeee.... larikssssssss :D



p/s: kie-yu... nanti dapat lesen belikan dni inspira 3 buah ye... ;p

sw33tdarling.com said...

wowowowo.. dulu2 masa naik public transport, amat suka bila nak cepat, dapat driver yang laju...

tp bila tak rushing, baru ingat nyawa ni boleh melayang2 bila2 pun dalam keadaan macam tu... heeee


**akak dah buat banner baru, kalau tak kisah, boleh replace. tq!

gnesop.com said...

huhuhu..
nasib baik bas berhenti yer..
best citer nih.. sbb happy ending

SyUhAdA said...

nsib smpat naik bas..
lepas nie kena sayang la bonggol tu..
xleh nak benci dah..~
haha