Wah! Ala-ala live blogging gitu. Aku baru lepas dengar berita gumbira ini dari Buletin Utama dan straight away memicit kibod untuk entri malam hari.
Daripada 3% turun ke 1% memang terbaiklah. Takdelah rasa terbeban sangat nak membayarnya. Hee. Ekceli cadangnya penurunan ini akan berkuatkuasa Jun 2011 tapi dipercepatkan pula ke November 2010. Harap lepas berita penurunan ni berlumba-lumbalah si peminjam nak pergi bank in duit bayar PTPTN. *termasuklah aku*
Pengurangan caj pentadbiran PTPTN Jun 2011
KUALA LUMPUR 30 Sept — Kira-kira 800,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai baki bagi pinjaman selepas 1 Jun 2008 dan masih membayar caj pentadbiran tiga peratus akan ditawarkan pembiayaan pendidikan berlandaskan syariah berkonsepkan Ujrah (pembayaran) satu peratus.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tawaran itu tidak termasuk peminjam yang tamat tempoh jadual bayaran balik sebelum 1 Jun 2008, dan peminjam yang dikenakan tindakan saman.
Beliau membuat penjelasan itu selepas beberapa peminjam PTPTN dilaporkan merungut apabila ada antara mereka yang masih menanggung kos pentadbiran tiga peratus walaupun kerajaan mengumumkan penurunan kos itu kepada satu peratus, kira-kira dua tahun lepas.
"Seramai 300,000 pelajar yang mempunyai lebih dari satu pinjaman pula akan ditawarkan dengan pembiayaan ini secara berperingkat-peringkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Majlis Bersama Media di sini hari ini.
6 comments:
sebenarnya 1% memang dah lama. Benda ni 2 tahun lepas. Tapi masih tidak dilaksanakn. Perkeliling dah lama keluar. Tapi PTPTN beri alasan masalah sistem. Bila keluar tv baru diorg menggelabah
dia ada kena register apa2 tak? sebab sebelum ni ada yang suruh weeda register untuk pembayaran ujrah ni..kalau tak register still kena 3%..weeda tak tau betul ke x ni..
agak lama aku tahu benda ni, tapi takde mood nak buat lagi.. kalau caj tu 0.5% aku buat..
dni lom bayar habis lagi ptptn. tak ado fulus. sobss
bagus lah turun, tak der la berat sgt kos hutang belajar.. :)
kene daftar kan kieyu..AK dh dftr..heheeh~
Post a Comment