Gelang Tungsten AC Mizal - Kes Panas!! | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, November 10, 2010

Gelang Tungsten AC Mizal - Kes Panas!!


Isu
Gelang Tungsten Magnetic AC Mizal telah didebatkan oleh blogger kita dari seluruh negara. Laku macam goreng pisang panas woh cerita ni! Ekceli aku pun baru dapat tau dari sedara Joe sehari dua ni. Beliau adalah antara blogger yang berani mengetengahkan isu ini sehingga ke akar umbi.


Sumber: fanpage AC Mizal

Aku sudah usha fanpage dan website rasmi beliau. Canggih woh dengan flash gerak sana-sini. *Kesian betul sama budak jakun berhingus tak geti flash ni* Emm..memang betul mereka tengah bertegang urat sampai laporan polis sudah pun telah dilakukan. AC siap mention URL blog yang terlibat lagi tu. Wuhaiiii..

Ramai individu dan blogger yang mempersoalkan tentang perniagaan AC, dan apa yang aku tahu (melalui pembacaan dari blog-blog yang mendebatkan isu ini) mereka mengatakan yang perniagaan AC Mizal ini termasuk dalam sistem MLM yang ada tak kena dengan statergi pemasaran produk. Oouh! AC menafikan sekeras-kerasnya hal ini tetapi sejauh mana kebenarannya aku kurang pasti.


Apa yang menarik perhatian aku, ramai artis popular yang kebanyakannya dari Akademi Fantasia (AF) menyertai perniagaan ini antaranya Khai, Rosma, Salima, Mama Rina dan ramai lagi. Dan tentunya mereka menyokong penuh usaha AC Mizal ini dan ia boleh dilihat dari komen-komen di fanpage AC Mizal.

Okeh, ini cerita lain tetapi ada kaitan.

Pada pendapat peribadi aku
sendiri yang baru nak kenal dunia ni, perniagaan MLM is a big NO! to me. Sebabnya aku takde skill langsung dalam bidang marketing ni. Buat rugi company jer nanti kalau aku join. Hee.


Selain itu aku dah dengar dan nampak dengan mata kepala sendiri tentang kegagalan mereka yang menceburi bidang ini jika tidak dilakukan dengan betul. Seorang kawan aku yang sanggup menjual laptop untuk dapatkan modal RM2k dan tidak menyambung pengajian akhirnya tidak ke mana. Senior aku yang duduk sebilik masa study di UiTM sanggup nak dulukan duitnya memujuk aku untuk sertai dia tetapi kini setelah 3 tahun berlalu beliau hanyalah surirumah tangga sepenuh masa. Dan semasa semester 3 di UiTM, kawan baik aku dikejutkan dengan berita wang pelaburan abangnya tidak dapat dikeluarkan kerana masalah syarikat MLM itu tidak berdaftar.

Aku bukan kata semua MLM tidak boleh dipercayai tetapi jika betul nak ceburinya kita hendaklah mengkaji terlebih dahulu tentang latar belakang syarikat yang menawarkan keuntungan besar itu. Selain itu, kita hendaklah berusaha keras dan tidak boleh sama sekali ada rasa putus asa jika ingin berjaya. *Macam karangan SPM je bahasa*

Apa pendapat u ols pula tentang MLM?





14 comments:

Aujinz said...

ermmm..

betul ke AC punye bisness tue MLM?
jap..nak gie usha jap..

Azman Roslan said...

susah nak caya sekarang ni.. kena pandai pilih dan siasat dulu..

wANieYZ said...

sush nk pecaya hal2 cmni zaman skang..bnyak sgt penipuan..

hasrul hassan said...

Salam .. ....
MLM boleh je berjaya. Syarikat MLM skang ni pun dah sedia maklum, lebih2 lagi plan pemasaran yang ikut hukum syarak.

MLM adlah bisnes berbilang tingkat; lebih kurang macam francais, untuk lebih faham boleh rujuk SSM untuk tahu mana yang salah .. mana yang betul.

terima kasih.

Jieda said...

Akak dah baca blog yang mempersoalkan bisnes AC tu.Hmmm.. tak taulah nak komen apa he3

aliesha kirana said...

Ak xtau sal tu tapi ade baca pasal penipuan harga gelang die tu.. kieyu leh baca sini..

http://ecar182.blogspot.com/2010/11/gelang-ac-mizal-kantoi-menipu.html

aren said...

memang panas betol isu pasal gelang AC nih..
gila ke hape gelang smpai rege seribu

Sylarius said...

Kalau nak tahu, harga gelang yang dijual oleh AC tu sebenarnya dah kena markup gila babi punya.

Lagipun, tungsten tu kan kegunaannya dalam pembuatan peralatan elektrik. Tungsten juga mempunyai sifat toksik dan kalau melebihi dari kadar median lethal dose yang ditetapkan akan membahayakan kesihatan.

Ard said...

setuju dengan pesanan kau

Pujangga said...

macam2 da org komplen..bkn sebab ni je...yg isu plagiat testimoni pn ade gak...lool

Weeda said...

weeda pun mcm kie-yu..takda skill dlm marketing..so kalo MLM no no no la..

Ac mizal tu entah betul entah ke tidak..kalo betul dai tipu org maknanya dia makan duit haram tu..

gnesop.com said...

MLM adalah cara terbaik utk promosi..
namun jika sistem tidak baik atau hanya beri keuntungan pihak atas, itu yg tidak baik..
contoh dlm internet byk digunakan iaitu 'referrer' MLM juga..

tp Sop x minat dgn MLM nih

nurezzat said...

ezzat kecik lagi nak MLM ni..
hahaha..

atie aizam said...

takmo join MLM sbb dah tengok kejayaan adik sehari dua tapi kegagalan yang terpaksa ditanggung bertahun2..