Riwayat Hariku | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, November 18, 2010

Riwayat Hariku


Siapa kenal Bro gnesop angkat kibod! Hee.
*Kata blogger mustilah kena angkat kibod!* Uihhh ramai woh angkat kibod. Mana taknya blogger yang aku sapa dengan nama bro sop ini sangat aktif dalam dunia blogging dan ramah tamah orangnya. Satu sifat yang buat aku kagum dan tabik spring dengan beliau iaitu rajin update belog dengan konsisten. Tahniah bro!


Bro sop juga merupakan seorang blogger yang penuh dengan wawasan. Buktinya kita boleh lihat dalam entri perkembangan ranking Alexa untuk blog Riwayat Hariku (RH). Memetik kata beliau daripada entri tersebut:

"Sop suka membuat target untuk memberi motivasi untuk terus kekal aktif berblog. Cabaran yang diletak pula seharusnya mampu untuk kita capai. Sekiranya cabaran terlalu tinggi, ia boleh menyeksa diri sendiri pula." -- Bro Sop

Beliau juga sangat aktif dalam kegiatan komen mengomen di blog-blog lain dan tentunya salah seorang pengomen tegar di belog ini. Oleh kerana itu, bro Sop telah berjaya menempatkan diri antara 3 Top Komentator Oktober di R4T. Setiap pandangan beliau sangat bernas dan telah digunapakai untuk memantapkan prestasi blog ini.

Ada apa dengan Riwayat Hariku? Aku boleh kata blog ini merupakan satu blog yang penuh dengan informasi yang merangkumi pelbagai aspek.

Antara yang menarik di Riwayat Hariku
Nampak tak? semuanya di bawah satu bumbung! Dan baru-baru ini bro Sop telah melancarkan satu program menarik di RH iaitu 'Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku'


"Tujuan program ini ialah untuk membuat review tentang blog dan akan tersenarai dalam blog review Blog RH. Sop akan cuba mengulas dengan cara yang terbaik untuk memastikan anda menerima traffic dari review tersebut." -- Bro Sop

Selain daripada itu, bro Sop akan mengadakan cabutan di setiap hujung bulan untuk mereka yang menyertai program ini. Menarik woh! Apa tunggu lagi? Moh la kita join ramai-ramai (Klik banner atas untuk join)

Pencapaian RH menjadi inspirasi kepada R4T.



13 comments:

Aujinz said...

ahaks..

segan la nak juin..
koh koh koh...

Azman Roslan said...

aku pun baru kenal blog tersebut..

shapoji said...

siap la blog, rumah 4 tingkat, pasni kne review la blog dier, ker dah pernah kene review...

ardinihumaira said...

wow best tu.. Goodluck Kie-yu!
:D

tengkorakemas said...

TE tau bro Sop! nanti TE dah ada superbike nak konvoi dgn bro Sop la..dia ada moto power woo..

belalang hijau said...

sop review blog belalang...
kie-yu review blog sop...
nanti belalang review kie-yu lak...

huhuhu

hans said...

wah
hebat2 blogger2 semua nih

P/S : Gua Rasa Bangga Jadi Pengambil Daging Terakhir Tadi..Muahahahaha!

gnesop.com said...

"belalang hijau said...
sop review blog belalang...
kie-yu review blog sop...
nanti belalang review kie-yu lak..."

bagus idea tu belalang..

terima kasih kie-yu atas lovely review..
tak sangka, bila kita review blog org, org akan review blog kita..

TE, boleh konvoi nanti yer.. :)

Mr PenyuBiru said...

waa..bagus..bagus... dengan kewujudan blog-blog baru umpama cendawan selepas hujan ni, kena pikir idea kreatif tuk meningkatkan rangkin blog kan..

ComeyBelako said...

setuju sangat dgn R4T. cb merupakan ahli 'geng terjah gnesop'. it was a great honor frm sop bagi peluang blogger amatur mcm cb utk kenal2 dgn otai2 blogger mcm sop dan r4t.

SyUhAdA said...

wah..
nak kena gi jenguk nie..~

░♥si lampu neon♥░ said...

WOO BEST TUH SATU HARI SATU BLOG REVIEW ! NAK JOIN LEH ?

Weeda said...

kie-yuuu..

mana kie-yu..rindu nih...sob sob..