Hari 12 - Kenapa R4T? | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, September 12, 2010

Hari 12 - Kenapa R4T?




Hari 12 kena habaq macam mana boleh wujud ini belog dan kenapa? Heh. Aku dah banyak kali kepoci tapi kena gak tulis disebabkan nak selesaikan misi September. Layankan aje lahh..

Belog yang dikenali sebagai Rumah 4 tingkat a.k.a R4T ini muncul di alam maya kerana aku sangat suka dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan atas talian (online).

Aku sangat-sangat amat suka main dengan HTML, edit gambau, bergossip, membebel sorang-sorang, menaip (aku ex-OM114 la u ols) dan semua ini sangat sesuai dengan aktiviti blogging. Ye dok?

Sumber : progressad.com

Selain itu tak dinafikan belog ini wujud juga kerana nak cari duit poket bayau bil maxis tiap-tiap bulan. Hee. Sapa takmoh $$$ kan? Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari.

Selain tu, dengan blogging macam-macam ilmu dari segala aspek boleh kita dapat. Contohnya macam mana nak tingkatkan kemahiran berkomunikasi dan cara menyampaikan maklumat. Kalau kita mampu bertahan dalam dunia blogging ini bermakna kita ada kemahiran tersebut. Eceh, dah macam karangan UPSR pulak. Akhir kata fikir-fikirkan dan selamat berbelogging dengan gembira!

Ramai yang sengih bila tengok nama belog ini. Hee.


1 comment:

Ezzattie said...

saya pon ter tanya2 kenapa r4t ?