Elakkan Penyakit Semasa Banjir | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, November 8, 2010

Elakkan Penyakit Semasa Banjir


Semua sedia maklum hujung tahun merupakan musim tengkujuh di Malaysia dan pasti ada kawasan yang akan ditenggelami air. Selak-selak kosmo online pagi ini dan terbaca berita mengenai banjir yang melanda di utara tanah air diberitakan semakin pulih. Alhamdulilah.

Dalam pada masa yang sama kita hendaklah menjaga kesihatan dan keselamatan diri sewaktu musim banjir ini. Ada beberapa panduan yang ingin dikongsikan dari laman infosihat.gov.my untuk manfaat bersama.

i. Masalah-Masalah/Bahaya Yang Mungkin Berlaku Semasa Banjir:
  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
ii. Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
iii. Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling seperti basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas, guna tandas yang sempurna dan buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
Selain itu, sebagai seorang muslim kita hendaklah menghadapinya dengan sabar dan banyakkan berdoa:

Doa ketika dilanda musibah. Sumber : ismakedah.wordpress.com

Moh sama-sama kita doakan yang baik-baik untuk sahabat di sana.





6 comments:

honey amour said...

dear..dah fix dah 'nang' tu..u try ek..dah boleh nang dah kot...

Ard said...

x pernah lg mengalami banjir.

Weeda said...

uum weeda banjir....sian dorang

gnesop.com said...

nice sharing..
moga kita dilindungi selalu

tengkorakemas said...

cuaca tak menentu ni memang patut banyakkan minum air masak..TE yg selalu minum ni pun boleh sakit tekak..

ardinihumaira said...

kawan dni penah main air banjir pastu paru2 dia masuk kuman. bahaya..