Be Part of ChurpChurp Today! | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, November 3, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!


Hari ini aku ada satu cerita wajib tayang untuk semua pembaca Rumah 4 Tingkat. Bak kata pepatah berkongsi itu tandanya ambil peduli (read: sharing is caring). Hee. Minta maaf tajuk entri dalam bahasa mat salleh tapi isi entri ada bau belacan pula. Yang pentingnya macam aku cakap tadi, 'berkongsi itu tandanya ambil peduli'.


Siapa di antara anda yang tiada akaun facebook atau twitter? Aku dengan yakinnya boleh kata majoriti bloggers dan pembaca sekalian ada kedua-duanya paling tidak pun salah satu. Betul tak?

Satu soalan lagi, tahukah anda bahawa dengan akaun jaringan sosial (read: social network) boleh menjadi salah satu medium untuk mencari pendapatan sampingan? Sambil-sambil komen gambar konvo kawan satu sekolah di album facebook atau mengucapkan hello kepada redmummy melalui twitter tiba-tiba kaching! ada $$$ menanti anda. Fuyoooohh. Seronok bukan?

Mari aku kongsikan berita gembira ini dengan satu penerangan ringkas. Baca sampai habis, kalau tidak anda akan kehilangan punca $$$ yang lumayan. Ops! Perlu diingatkan bahawa ini bukan cerita pasal dapat wang atau log in facebook dapat RM100. *muka serius*

Hai ChurpChurp!

Memperkenalkan si burung comel - Churpchurp. Ya! burung mata besar inilah yang akan membantu anda untuk mencari pendapatan sampingan. Al-kisah Churpchurp adalah salah satu komuniti pengiklanan yang menggunakan jaringan sosial facebook dan twitter sebagai medium pengiklanan. Oh, terlalu skema ayat ini.

Senang cerita Churpchurp ini adik beradik dengan Nuffnang kesayangan ramai. Anda yang bergelar bloggers mesti kenal sangat dengan Nuffnang. Kalau ada yang tak kenal boleh tanya pada kakak, abang, mak saudara tak lupa juga jiran tetangga yang ada blog ataupun klik saja link Nuffnang. (psst..aku tulis ayat ini sebab adik aku bukan bloggers tapi berminat nak sertai. Mungkin ramai lagi yang macam dia kan?)

Ada apa dengan ChurpChurp

1. Kaching! kaching! $$$
Kalau anda seorang rakyat Malaysia yang rajin update status setiap masa melalui twitter dan facebook, Churpchurp boleh bagi anda duit poket untuk menyemarakkan lagi keghairahan anda update tak kira dimana-mana walaupan tengah bertarung di bilik termenung bila-bila masa. Taip tak sampai 150 patah perkataan dan tunggu $$$ melalui akaun Churpchurp anda. Mudah bukan?

2. Tiket filem percuma untuk semua & Contest Mudah Menang
Ehem. ehem. Bukan setakat $$$ sahaja yang bakal anda terima jika turut sama berada dalam komuniti Churpchurp tetapi juga tiket-tiket percuma yang melimpah ruah. Usaha lebih sedikit dengan melakukan tugas yang diberikan, peluang untuk bawa kekasih hati tengok wayang percuma adalah sangat cerah. Berbaloi-baloi.

Nak lebih? Boleh sertai contest yang dianjurkan untuk menambahkan lagi keseronokan menjadi Churper. Ada banyak hadiah menarik untuk direbut. 'Spread the love and get rewarded' buktinya!

3. Aktiviti-aktiviti yang menggembirakan hati
Melalui risikan di blog Churpchurp, ada beberapa aktiviti gembira yang telah dianjurkan oleh komuniti burung comel ini. Antaranya ialah Fly Kite Session at Taylor’s University dan CommFest @ Taylor’s University. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link yang sudah siap bold itu. Aku berasa sangat cemburu kerana tak dapat sertai tetapi tak perlu risau kerana ada banyak lagi aktiviti yang akan mereka adakan untuk kita di masa akan datang. Aku sangat teruja menunggu aktiviti seterusnya *yippi!*

4. Tambah kawan eratkan perpaduan
Ewah! Bunyi macam tema Hari Kemerdekaan pula. Hehehe. Selain dari peluang untuk mencari $$$, tiket percuma dan aktiviti yang menggembirakan hati, dalam masa yang sama kita akan dapat tambahkan kenalan dan pupuk semangat perpaduan sesama ahli yang berbilang kaum. Bila sudah pergi movies screening mesti saing-saing Churper yang lain dan dari situ kita boleh saling beramah mesra. Sama juga kalau jika anda cukup bertuah untuk sertai aktiviti yang menggembirakan hati :)

Ada yang kerut-kerut dahi nampaknya. Oh! ada banyak lagi yang boleh diterokai tentang Churpchurp. Mari ramai-ramai cari info dan rebut peluang menarik di sini:

ChurpChurp Blog's

ChurpChurp Facebook's

ChurpChurp Twitter's



Aku bangga menjadi Churper! Anda bagaimana?



8 comments:

Weeda said...

weeda dah join~

Yiedpozi said...

Yied baru je join bulan lepas. Best gak churpchurp neh.

Amirahsza said...

saya dah join..tp tak tahu nak buat apa..huhuhu..

Unknown said...

syu pon dah join..
tp xpenah dapat assigment lg..
follwers ckit jer..

ardinihumaira said...

dni dah kena rijek esemen. isk3

Ezzattie said...

saya tak berape paham lg la dgn churpchurp nih... blurr je...

mohamed hatta said...

memang best ChurChurp ni!!!!

gnesop.com said...

dah join tp agak perlhan earning sbb x byk dpt tugasan..
suka dgn churp2 sbb mudah sgt,, :)

ni utk peraduan kan? good luck :)