Hari Rabu yang Menggembirakan | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, November 10, 2010

Hari Rabu yang Menggembirakan


Selamat Hari Rabu u ols. Hee. Lambat sikit update harini sebab sebaik sahaja tiba di kantor, encik bos udah suruh keluar pejabat. Bukan kena halau tapi ada kerja luar. Tak sempat panas b*n**t mahupun hendap belog sekejap dah kena out! Baru balik ni dek non, letih ahkak.


Hikhik. Motiplah kan nak letak gambau kaki kayak ini. Wuihh gambar ori ni tau! Gugel sampai hujung dunia pun takkan jumpa kecuali kat rumah aku ni ha. Ekceli saja amek gini kononnya nak buat macam satu belog tu yang tak suka boh gambar penuh. Kalau tepek gambau muka sekerat je, kalau letak gambau bodi pun snap dari belakang. Feeling-feeling dramatik gitu. Haa.

Gambau aku petik masa dalam lif nak ke tingkat 9 pejabat tuttt. Takdak orang dalam lif itu pasal aku berani buat kerja ni. Ada sesapa nampak makcik pakai seluar belang-belang, top warna kelabu dengan shawl corak hitam+kelabu di sekitar bandaraya JB pagi ni? Kalau ada ternampak aku la tu!

Hambik kau punya panjang mukadimah aku bagi. Ekceli nak habaq tentang berita gembira yang aku dapat harini. Berita pertama aku share dalam entri ini, yang lagi satu sila tunggu next entri yek.

Pagi tadi aku sampai awal dan straight away masuk bilik bos untuk briefing kije. Handphone boh dalam beg tak sempat nak capai. Kekanda singgah office nak bagi aku ceklat dalam gambar atas nuu tapi aku tak tau menahu. Sudahnya dia sangkut pada gate sebab dah lambat nak pergi kerja. Huu. Sedih tak dapek jumpa tapi gumbira sebab dapat Cadbury Black Forest dan Kinder Joy kegemaran. Mekaseh sayang! :)

Eleh, dapat ceklat pun nak kecoh ke engko ni? Ehem. Ini bukan pasal ceklat tapi surprise itu sangat disukai oleh wanita yek. Even hanya bagi gula-gula doposen tapi itu menandakan engko ingat sama orang yang disayangi. Nah sila baca point nombor 2 dalam entri Cara Memenangi Hati Wanita ni.


Nak ajak kekanda layan movie lah ini malam!





7 comments:

Weeda said...

wahh bestnya dapat coklat..kekanda weeda jauhh takleh jumpa hari2...hukhuk..

tengkorakemas said...

patung comel tu dlm Kinder Joy ke?

ardinihumaira said...

kie-yu pernah dengar tak kisah orang jeles tengok cekelat orang. dia suka curi cekelat orang kalo tengok orang ada cekelat banyak2. penah dengar tak? penah tak? hahahahaha...


nak curik cekelat kie-yu!



psssssssst: romantisnya. awwww! :D

fitri said...

lamenye xmakan blackforest..hehehe

Ms. Qhayal said...

kalau buat suprise kasi awek coklat Coki-coki yg 20sen tu boleh tak? hee

gnesop.com said...

wah.. best2..
mmg wanita suka kejutan kan? :)

Ezzattie said...

haha mukadimah entry ni lawak la..
boleh pulak cakap indon..
lohh.. k.kie-yu ke yang pakai seluar belang belang ala ala zebra? dah agak da.. kihkihkih.. padahal, tak nampak pon..