Giveaway Dari Jz Business World | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, November 9, 2010

Giveaway Dari Jz Business World


Aku di tag oleh brader macho bawah tanah, enchik
belalang untuk GA dari belog Jz Business World. Mekaseh daun keladi hendaknya.


Syarat-syarat penyertaan boleh cekidout di sini. Sekian, harap maklom.

Untuk mengesahkan penyertaan aku dalam giveaway ni, kena cerita pasal kambing. Untuk itu aku layangkan email kepada kambing dengan beberapa persoalan yang berkaitan dengan beliau. Jawapannya opkoslah aku nak buat modal untuk cerita ni.

Ikuti balasan email si kambing yang aku terima petang tadi:


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kehadapan ***** yang baik hati,

Terima kasih di atas email yang mengandungi soalan-soalan pedas tak hingat itu. Aku sangat terharu kerana selama aku hidup di muka bumi ini, engkolah manusia pertama yang hantar email kepada aku. Sob..sob..sob.. kan aku dah nangis. Tapi aku nak kutuk sikitlah, sekarang kan dah ada fesbuk kenapa kau tak PM je aku. Lagi senang woh! Tapi takpelah mungkin hantar email tu ada sentimental value sikit ye dok?

Untuk soalan pertama engko tentang kenapa aku takut nau dengan air, siapa yang pandai-pandai buat cerita ni? Meh face-to-face dengan aku untuk melihat kebenarannya. Kita jumpa dekat swimming pool, aku siap boleh buat renang berirama lagi. Amacam..ada bran? Tak baiklah spesis engko buat tuduhan melulu gitu. Mungkin segelintir kambing je macam tu, tapi aku tak!

Soalan seterusnya engko tanya aku berkenaan dengan penampilan aku yang hensem ni. Janggut ni trademark aku sebagai kambing, kalau aku takde janggut nanti dah orang konfius pulak aku dengan dak kancil nuu. We ols kan ada iras-iras comel, itu pasal aku bela janggut ni biar nampak lain sikit.

Dah terlanjur tulis email ni, aku nak meluahkan rasa tidak puas hati dengan spesis engko yang suka mempermainkan kewujudan aku. Tadi masa gugel aku boleh terjumpa satu lawak yang melampau. Boleh dia kata aku ni harap je nampak alim dengan janggut tapi telur kat belakang tu selamba je tayang. Ada ke patut sampai ke situ perginya.

Aku dah start nak marah ni baik aku chow cin cai dulu. Babai!

Sekian, wassalam.

Yang benar,
Kambing yang kacak

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Hangin betul si kambing nampaknya. Siapa nak pujuk dia sila tinggalkan komen, nanti aku bagi email dia. Hee.

Sebelum terlupa, aku nak dengar juga cerita pasal kambing dari nurezzat, sis munna dan angah.

Psst..cik Jz kalau ada yang kurang sila beritahu yek!





13 comments:

Amir Izzat said...

hahaha... "nampak je alim tp telur tayang2"

kuang!!! kah3..kambing nie xdak seluar..kena kasi nie..haha... mantap la.. :)

Ezzattie said...

hahahahaha.. ape daa.. cerita versi 18sx..
btw, gudluck tawww k.kieyu !


p/s: nak dengar cite kambing saya ke ? xbest pon..haha

JZ Business World said...

mbek mbek mbekkk.. (gelak versi kambing jantan pakai pampes).. hahaha.. haa ini baru jz yang gelak tahap gaban.. kie-yu, thanks sudi join.. kita tggu jawapan 21hb ni k.

Mrs. Q! said...

@ JZ
wah, kembang semangkuk hidungku!
hee :)

tengkorakemas said...

bestla, kreatifla kie-yu hehe

Belalang hijau Perisik said...

err nak tnya sket?
email yg kie-yu send kat kambing tue ckp bahasa melayu ke bahasa kambing?

kuikuikui...

very kreatip la lu...
salute!

ardinihumaira said...

mmmmmbekkk mbeeekkk...
ujan lebat ni... mbekkk... sejuk! :D

hehe... kelakar la kie-yuni. cubit dia ;p

Good;uck untuk GA tersebut!

LiFe KaMi said...

haha kambing pandai renang beirama..
sabar kambing nanti kami blanje rumput free kat blakang rumah kami,,,hehe

tunoor73 said...

hahahahahaa......
kambing pun cerdik kan....

adie said...

susu kambing?? err..takpelah.. kesian kat anak kambing,tak cukup susu nnt.hehe

~aSHa~ said...

eheehh sweet la buat cara gini....

gnesop.com said...

kambing pun bg emel.. dasyat2.. huhu

good luck yer..

aDfeez said...

goodluck on the contest! :D

hahaha... kieyu.. kebetulan cerita kmbing nmpk telur tu ada kt page bllg.. ekekekek :P