Belog Ohsem: September 2010

Jom selongkar

Thursday, September 30, 2010

Penghargaan buat Kamu




Pengumuman!


Kotak komen intensedebate ada masalah sikit sebab aku secara rasminya dah delete comment box itu 5 minit yang lalu. Hee. Aku delete ada tujuannya dan semuanya kerana u ols, kesayangan R4T.
Sumber : bloggingpro.com

Aku akan guna semula comment box blogspot sebab boleh track siapa pengomen tegar R4T. Guna intensedebate pun boleh tapi bukan user tak included, jadi rasa tak adil macam tu kan. Selama ni ada beberapa blogger yang tak jemu-jemu komen walaupun intensedebate tu loading tahap berjanggut la jugak.

Mulai esok 1 Oktober 2010 aku akan bagi penghargaan kepada pengkomen tegar setiap bulan seperti berikut:

Tempat pertama : Cash via Maybank2u / Topup RM15
Tempat kedua : Cash via Maybank2u / Topup RM 10
Tempat ketiga : Cash via Maybank2u / Topup RM 5


Sumber: aulia87.wordpress.com

Oh, ye! Kepada 7 pengkomen yang lain belog u ols akan disenaraikan dalam mesti singgah dan sudah tentu aku akan singgah selalu. Nantikan kewujudan gadget pengkomen tegar di sidebar dan lihat kalau-kalau nama u ols naik setiap bulan kerana ada $$$$$ kaching menanti. Hee.

BTW, ini bukan bermaksud aku paksa u ols komen yek. Aku hanya nak menghargai mereka yang patut dihargai. Apa pun pendapat + / - terpulang.

Tiada syarat atau peraturan, asalkan komen tidak merapu sudah.




Blog Maya Dot Com


Sis Maya siapa yang tak kenal? Ishh..rugi tau. Beliau selalu featured dekat belog feymes satu Malaysia juga merangkap idola R4T sepanjang zaman iaitu
mak merah. Beliau juga salah seorang orang kuat gitu. Ouh! Kak Red siap mention nama dia tau. Bertuahnyaa..


Lawa kan header belog sis Maya? Icon family tu melambangkan keluarga bahagia beliau lah yek. Seorang suami (memanglah!) dan seorang anak perempuan yang comel, Yaya!


Entri latest sis Maya cerita pasal kunjungannya ke open house redmummy baru-baru ni. Seronot weh siap dapat invitation lagi. Jom baca cerita sebenar kat sini: Open House Red Mummy. Ekceli sebelum ni pun sis Maya pernah menjejakkan kaki ke sana. Boleh juga baca di sini ye : Ke Rumah Kak Red.

Sis Maya juga ada belog lain, bukan satu tapi 2 belog yang berdomainkan blogspot.
  1. http://myasefia2.blogspot.com
  2. http://myasefia.blogspot.com
Klik satu-satu kalau nak mengendap. Hee. Peribadi sis Maya ini sangat menyenangkan dan tak sombong. Walaupun dah lama blogging tapi dia maintain cool jek. Takdelah gebang sana-sini 'Ai dah blogging 5 taun yuuuuu!' Eh! terlaser pulak.

Gambau real keluarga sis Maya

Sis, curik
gambar raya ni yek, mintak halal. Serba merah gitu. Nak baca cerita raya beliau boleh kelik link biru. Akhir kata dari sis Maya yang aku kopipes dari side bar beliau:

I believe in my silence, I am still approachable as human, as a fellow woman and as a neighbour. I believe that time is the mediator in friendships and such...

For I am no snob nor do I intend to be one. Know that smile aren't the only I'm keen on exchanging. Forgive my grotesque aloof cold manners, it its always difficult for me to start a decent conversation.

Blame my mind, not my heart.....

Terharu sis Maya sudi beriklan kat sini. Satu penghormatan buat R4T.




Top 3 Carian di R4T


Tadi tengok pada keyword nuffang bulan lepas, mau hendap apa yang di cari kat R4T. Nak tengok resultnya? Meh cekidout:



Yang teratas sekali cerita lucah dan bawahnya pun lucah. Tangga ke 3 pula malaikat di atas kaabah. Bukan sikit-sikit hits nya sampai beratus. (seratus je la) Eh, sampai seratus tu maknanya banyak apa?

Orang lagi suka baca yang tuttt dan tahyul daripada yang berinformasi. Eh ye ke? Tak semualah sebab segelintir je yang pesen-pesen ni. U ols tak kan? kan?
Readers kesayangan R4T semua baik-baik belaka.

Ada isu panas mengenai keyword 'Malaikat atas Kaabah' tu. Nanti aku buat satu entri untuk u ols tatap yek. Tengah cari bahan lagi ni nak mantapkan isi. *haktuuuih.

Sumber: ehoza.com

Ekceli keyword tercemar yang paling hits itu datangnya daripada entri:
Yang sebenarnya takde entri lucah-lucah di sini ye, semua entri suci belaka. Tapi kalau u ols nak baca gak entri agak lucah tapi best tahap gaban boleh kelik ayeemayam.com. Walaupun agak 18SX tapi semuanya masih dalam kawalan. Hee.

Hipotesis eksperimen R4T berjaya membuktikan kuasa perkataan 'lucah'.




4 Blogger Bertuah


Semalam aku ada selit
kuiz tak sengaja edisi kedua tapi ramai yang tak dapat nak join. Mungkin sebab entri tu keluar waktu malam, semua orang dah layan bantal gamaknya. Hee.(psst..edisi satu ada sini)

Ada 4 blogger yang komen dengan jawapan yang bernas-bernas belaka dan mereka semua adalah kesayangan R4T. Terima kasih daun keladi u ols! Jom check kertas jawapan mereka:
  1. Kata cik nadia : kieyu, nak cuba! no cantek itu. 12324 btol kah syg?
  2. Abang Sylarius pula berpendapat : Apa yang aku nampak? Header baru ek? hehe
  3. Cek mek molek Ardini Humaira cakap : alamak.. ape ye Kie-yu.. ke 12324? hehe.. lama dni pk ni...
  4. Sedara Tengkorak Emas teka : nampak juga, kie-yu sempat snap screenshot utk jumlah visitor 012324, sebelum jadi 012325

Ekceli klu dah bagi pada tajuk entri dan mereka menjawab dengan hampir tepat. Jawapan yang paling paling paling tepat dan betul datangnya dari sedara Tengkorak Emas. Yezza! Memang itu yang kita cari.

Disebabkan ada 4 orang je yang komen jadi semua adalah pemenang walalupun abang Sylarius bagi jawapan lain dari yang lain. Hee. Kira ok lah dia alert dengan perubahan yang ada di R4T dan itu tandanya beliau sangat rajin menyinggah ke sini. Terima kasih bro.

Tahniah dan sekalung penghargaan buat:

Sila e-mailkan ke fourth.floor424@gmail.com nama, alamat dan nombor telefon untuk menebus hadiah misteri. Tunggu je lah apa yang sampai ye, tak seberapa tapi tanda penghargaan kepada u ols. Oh ye, mintak tolong tepek subjek email : "Saya bertuah di R4T!" supaya senang aku nak trace e-mail.

Kepada yang lain jangan bersedih hati, rajin-rajin datang R4T sebab banyak surprise ada di sini. Hee.

Stay tuned and have fun pals!




Wednesday, September 29, 2010

Mariah Carey Jatuh atas Stage??


Alahai kesiannya cik kak Mariah
Kari Carey ni. Aku dengar berita kat era.fm petang tadi terus buat entri untuk u ols. Hee. Kepoci tak?


Sumber: http://www.nydailynews.com

Gambau menunjukkan kak Mariah terjatuh kerana pakai stilettos semasa buat persembahan untuk Singapore Grand Prix. Katanya dia tengah pregnantkan anak kepada pakcik Nick Cannon. Harap-harap tiada apa kesan kepada kandungannya.

Nah baca berita omputih:

The diva has landed - on her tush.

Mariah Carey was in the midst of performing on stage for the Singapore Grand Prix on Sunday when she took a tumble. After the 40-year-old singer's back-up dancers came to her aid - hauling her up by her arms - she joked, "I did that on purpose!"

A few seconds later, Carey stopped the song and waved over her assistant to remove her stilettos. Misunderstanding, the woman emerged from back stage with a bottle of water.

Mimi proceeded to wag her finger in her assistant's face and pointed out her stilettos as she kept singing her 1992 hit "Make It Happen."

Lepas kejadian itu, kak Mariah sempat tweet:

"TY SO much to my fans in Singapore!!!," "Yeah, several hectic moments, (lol!) but I tried to swirl them into festive!.Love + God Bless"

Baca lagi: Masa google gambar makcik ni manjang jumpa gambau seksi meksi ya amat!

Secret of Beauty


Nak tahu rahsia kecantikan yang dijamin memuaskan? Haaa...meh sini nak habaq mai kat hangpa. Baca elok-elok naa...


Semua orang suka pada kecantikan kan? Tak kiralah lelaki atau perempuan. Ok, untuk lelaki perkataan kacak mungkin lagi sesuai. Hee. Dan seperti yang sedia maklum semua orang sudah sedia cantik di atas kurnianNya. Jadi tugas kita adalah untuk mengekalkannya. Tak gitu?

Ada satu blogshop menarik yang harus singgah dan borong. Kalau dah tak sabar boleh klik terus pada banner untuk ke sana. Tapi jangan lupa datang sini balik, cerita belum habis lagi. Blogshop oricurly.blogspot.com diterajui oleh cek mek molek yang menggelarkan dirinya sebagai sis dayen. Ada 9 produk berkualiti yang dijual melalui blogshop ini. Jom cekidout:
Ramai pengguna produk-produk tersebut yang berpuas hati dan u ols boleh tengok sendiri buktinya di sini. Kelik jangan tak kelik. Senarai nama pelanggan setia pun ada di sidebar kiri belog. Ramai woh! Kelebihan lain jika u ols membeli melalui sis dayen iaitu kebanyakan produk yang dijual telah diuji sendiri dan terbukti berkesan dan tidak memudaratkan. Jadi kita boleh gunakannya tanpa was-was. Juga ada promosi istimewa untuk ahli DCL. Memang berbaloi.

Berminat nak mencuba? U ols boleh hubungi sis dayen melalui:

1. E-mail: sisdayen@gmail.com
2. SMS: 014-523 4115

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.




Nasib Baik Sempat

U ols nampak tak apa yang aku nampak? Sila komen. Kemungkinan besar aku nak bagi sesuatu pada pengkomen terawal dan terbetul. Tapi tak janji tau. Tengok sambutan macam mana. Eh, mesti ada. Eh, nantilah aku decide. Hee. *mengada!*

Sumber: zazzle.com
Selamat belek dan komen.




NEW Cheese McShaker® di McDonald's


Dah lama tak buat entri makan-makan lepas bulan posa ni. Ekceli dah lama nak publish entri pasal pendatang baru kat
Restoran Pakcik Kasut Besar tapi asyik bertangguh. Busylah kononnya, nyampah!

Al-kisah beberapa kali Jumaat lepas aku lunch engan kekanda dekat McD McDonald's Petronas Skudai (kot?). GCB sudah ilek lalu digantikan dengan Triple cheese burger. Oh! memang feveret aku double cheese burger, ni keluar pulak adik lagi satu tingkat yek. Tapi..haritu aku tak order pun menu baru tersebut sebab rasa macam perut masih full dengan breakfast paginya.

Kelihatan begitu seksi si triple lagi trimendous ni. Sekali ngap mesti kenyang santak ke malam punya. Hee. Yang dia ni pun limited time only ye cik enon, abang shuib dan sedari seakli sekalian. Kena rembat cepat-cepat sebelum beliau meninggalkan kita terkebil-kebil bijik mata.

Sekali jalan dengan si triple adalah sebungkus kentang goreng yang cun melecun. Oh! penggila cheese wajib order set besar untuk mendapatkannya. Kalau order tang medium tak dapeklah. Patutlah masa aku tunggu kekanda pergi order hari tu ada satu uncle ni dok goncang beriya macam hapa. Rupanya nak sebatikan cheese dengan fries daaa..

Memang menggiiurkan sehingga aku buat delivery order hari Isnin lepas tu. Hee. Tak boleh tahan woh! Cheese itu memang sedap sehingga menjilat jari. Aku tak pernahnya nak order large set pun boleh berpaling tadah kepada penjimatan dek kerana cheese itu.

Nak cerita lebih sekali jalan dengan kredit sila kelik : mcdonalds.com

Jemput tengok! Hee.




Tuesday, September 28, 2010

Perkhidmatan SMS & Ambil - Hospital Sultanah Aminah


Berita baik untuk warga Johor Bahru!!! Jumaat lepas teman cik green ambil ubat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan ternampak ada poster kempen SMS & Ambil.

Poster tu
cakap menerangkan yang jika guna perkhidmatan ni kita tak payah tercongok lama tunggu turn dekat poliklinik. Sebelum keluar rumah SMS ke hospital dan sampai terus ambil ubat. Alamak, boleh lupa pergi tanya kat kaunter masa tu.

Sumber : pphsa08.blogspot.com

Nasib baik semalam balik kerja tersaing dengan BFF comel lote cik hyun miera yang tengah praktikal kat Hospital Sultanah Aminah. Tanya dia pasal SMS tu dan dia cakap memang ada pun. Apalagi, balik terus google dan jumpa maklumat penuh. Perkhidmatan ni sangat berguna untuk orang-orang yang tak cukup masa dan sibuk bekerja. Dan juga sangat berguna untuk orang yang tak gheti sabau macam aku. Hee.

Setiap perkhidmatan mesti ada prosedurnyakan? Sila baca penerangan pasal perkhidmatan ini dan fahamkan baik-baik. Jangan ada salah faham pulak nanti ye. Klik link bawah nuu untuk baca maklumat yang lengkap dan terperinci.

PEKHIDMATAN 'SMS & AMBIL'

Kalau malas nak baca panjang-panjang boleh kelik gambau dan baca penerangan ringkas tapi padat kat pamphlet ni:

Ada 2 cara menurut pamphlet tersebut iaitu melalui SMS atau panggilan telefon. Sekali diingatkan sila baca dan fahamkan betul-betul prosedurnya. Jangan dah datang nanti ada yang tak kena pergi serang staff hospital pulak. Padahal diri sendiri yang salah tak baca prosedur sebenar.

Godeh-godeh website HSA terjumpa maklumat baru, ekceli cik hyun miera ada bagitahu jugak pasal ni. Selain perkhidmatan 'SMS & Ambil', ada satu lagi perkhidmatan lain iaitu 'Ubat Melalui Pos (UMP) 1 Malaysia'. Wah! ini lagi syiok. Tapi bukan free sesaja ye, adalah sikit cas yang dikenakan. Tak mahal pun, nak tahu kelik link yang aku bagi tu dan cerita lebih boleh kelik sini. Macam-macam yang kita tak tahu ada di sana. Orang JB kelik cepat!

Minta maaf kepada readers yang bukan dari kawasan Johor Bahru ye. Aku tak pasti sama ada perkhidmatan ini diselaraskan ke semua hospital kerajaan ataupun tidak. Apakata u ols cekidout? Boleh jadi modal entri hari ini.

Zaman dah berubah, teknologi dah canggih.




Monday, September 27, 2010

Raja Lawak Astro Musim ke 5


Tak lama lagi Raja Lawak Musim ke 5 lah pulak yang bakal muncul di Astro. Bulan depan dah mula ujibakat di Berjaya Megamall Kuantan (2 & 3 Oktober). Iklan pun dah bersepah di channel-channel astro. Menarik woh iklan tu.

Kepada pak lawak dan tukang mengarut sekalian, inilah peluang u ols untuk menyerlahkan bakat yang terendam. Untuk lokasi ujibakat sila tengok table yang aku kopipes dari
era.fm:

Astro Prima (Channel 105) giat penjelajahan ke enam buah negeri untuk cari pelapis pelawak baru.

Satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari pelapis bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro ternyata tidak menghampakan apabila pihak Astro mengumumkan untuk meneruskan lagi inisiatifnya menjelajah ke enam buah negeri di seluruh Malaysia.
Sesi ujibakat akan memulakan penjelajannya pada setiap minggu (Sabtu & Ahad dari jam 10 pagi hingga 10.00 malam.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim kelima) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.


Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program raja Lawak Astro memasuki musim kelima ini.

Sumber: Facebook Rasmi Astro

23 & 24 Oktober kat Plaza Kotaraya! Mesti heret kekanda pergi tengok.




nadia's


Err..nak tau tak? Selama ni aku dok bahasakan kawan blogger kita ni sebagai cik Nadia walhal dia dah boh gambau pengantin pada header belog. Aku yang tak faham bahasa atau buat-buat tak faham?

Sebab beliau muda belia lagi itu pasal aku tersalah bagi title gamaknya. Takpe kan? Bukan dalam majlis rasmi pun. Hee. Belog cik Nadia kita ni berbentuk peribadi sebab segala kisah suka duka yang dilalui seharian dicoretkan di sini. Bukanlah 100% cerita rumah tangga tapi macam-macam ada!

Nak berkenalan dengn lebih dekat? U ols boleh klik link ini dan bermesra-mesra dengan tuan empunya belog.


Weewit!! Hee. Cun kan? Abang-abang dan pakcik-pakcik boleh tatap gambar sahaja, lebih-lebih kena minta izin dengan incik Afiq. Moh selongkar belog cik adik manis:
Oh ye, sekarang cik nadia tengah anjurkan satu giveaway untuk semua pembaca belognya sempena hari raya. Aku dah join, kalau u ols nak join boleh klik sini yep!

Moh sama-sama eratkan silaturrahim sesama blogger.




Sunday, September 26, 2010

Dafi Kena Kutuk?


Sebelum kepoci panjang meh tengok Dafi pakai baju melayu Johor (Teluk Belanga). Aku jumpa gambar ni masa lepak-lepak kat dinding fesbuk. SANGAT smart woh! Sila buka mata besau-besau:

Sumber: http://www.facebook.com/pages/Dafi/26569901166

Baikkk punyaaa!!! Itu pasal aku jatuh hati sama jejaka Johor jugak. Hee. Gambar Dafi pakai baju melayu Johor tu aku rembat dari profil fesbuk dia. Lepastu jumpalah satu statement dari beliau yang berbunyi..

Macam biasa, klik kasi gedabak.

Baru lagi woh dia post, segar dari ladang status ni. Ada 133 orang (setakat entri ini ditaip) yang like dengan komen yang berjanji sakan tak mau kutuk Dafi. Mungkin adalah tu yang dok mengganggu fikiran sampai dia tertaip dan post kat wall fesbuk.


Apapun kita doakan yang baik-baik je ye. Kalau ada yang tak suka sekalipun sama Dafi diam-diam sudah. Tak payah nak buat onar sana-sini. Kan lagi baik macam tu, betul tak?

Asam garam hidup seorang artis.



Laptop Baru Servis


Semalam seharian tak update sebab miss lappy kesayangan kena 'operate'. Ekceli dah lama berniat nak format balik tapi asyik bertangguh je. Macam-macam virus yang membiak gamaknya sampai nak kena restart sejam sekali masa tengah syok blogging. Habis ke gaung mood blogging tau!

Caption: Adik yang tengah bertungkus-lumus format laptop sementara kakaknya sedang bergolek-golek di belakang menonton televisyen. Heee.

Akhirnya malam tadi adik aku berjaya membuatkan miss lappy bergerak laju sampai berdessupp semula. Yeay! Terima kasih budak kecik. Hee. Ekceli tak kecik mana pun tapi nama pun adik kan. Tak sesia mak ayah hantar mengaji sampai ke Pahang nuu, tak payah aku bayau nak pergi hantar format ke kedai.

Adik lelaki aku dalam gambau ialah bekas pelajar Kolej Profesional Mara Indera Mahkota. Sapa ada belajar sana jugak angkat keyboard. Mana tahu kenal dengan adik aku ni. Nama course Diploma in Business Networking, bulan 10 ni berkonvoi satu keluarga ke Putrajaya untuk hari konvokesyen dia. Mungkin nak heret kekanda sekali. Hikkks. *gedik*

Membebel ntah apa-apa. Hee.

Friday, September 24, 2010

Moshi-moshi Air Asia


Aku suka tengok iklan dari Nuffnang sebab semuanya comel-comel belaka. Dalam banyak-banyak iklan yang menyinggah, ini paling comel sampai aku terasa nak buat entri. Nah tengok:



Comel kan? Kreatif la depa ni. Kan best kalau aku boleh buat gini jugak. Lepas tu boleh bikin advertistment company dan lumba lari dengan Nuffnang. Adesss..gila kuat berangan aku.


Oh..kenapalah minah jepun ni tak jadi BE, boleh aku sengih sorang-sorang bila nampak dia. Sah bukan BE sebab bila refresh dia terus hilang dari pandangan. Sedih mak!
Sumber: farahazib.blogspot.com

Err..BE aku suka melekat kat LB. Belum pernah muncul SS mahupun LR. Wat eva it is ALHAMDULILAH.

Aku masih tersengih taktala menaip entri ini. Gila apa?

Sape nak hadiah free? =)


Cik nadia tuan punya contest
Sape nak hadiah free? =) tag aku untuk contest sempena hari raya. Macam biasa contest senang tahap kunyah kacang kuda, tak payah pecah-pecah kelapa kepala nak buat.

Macam mana?

1. Buat entri untuk kepoci pasal contest ini dan tepek banner comey dan jangan lupa link ke http://nadiafarahida.blogspot.com/ seperti bawah nuu:


2. Letak juga banner ini di sidebar dan link ke entri contest dari belog cik nadia.

3. Pastikan u ols jadi follower belog beliau juga ye. Kalau idok penyertaan anda tak valid.

4. Tag at least 3 blogger lain. Lagi ramai lagi bagus sebab u ols akan dapat back link juga nanti.

5. Sudah selesai semua sila tinggalkan nama dan link entri pada entri contest.

Hadiah adalah jengjengjeng! Surprise! Hee.

Tarikh tutup penyertaan pada 1 Oktober 2010, 10:00 pagi. PAGI ye bukan malam.

3 blogger kesayangan yang aku heret sama untuk join contest ini adalah:

1. Cik Aisumi

2. Cik Weeda

3. Encik Faiz

Kepada u ols bertiga, kalau ada masa boleh join, tiada paksaan. Yang tiada dalam list nak join pun boleh.

Moh join ramai-ramai!



Thursday, September 23, 2010

Kembali ke Pangkal Jalan


Hampir 2 minggu R4T sunyi sepi. Ada sekali je aku jengah kejap tinggalkan pesanan untuk semua kesayangan. Masa entri ini ditaip aku baru khatam bloglist mesti singgah, terbaik! dan klien VIP R4T.


Sumber : urtechinfo.blogspot.com

Lepas tepek shout di fesbuk nak kembali aktif, ramai blogger yang like. Mintak mahap banyak-banyak ye u ols, datang beraya tapi tuan rumah tiada.

Jadi ini adalah entri memanas badan sebelum aku buat pecutan hingga ke garisan penamat. Eceh! ke laut sudah. Macam yang aku kepoci, 2 minggu raya ini macam-macam yang sudah berlaku sampai tak sempat nak update apa-apa. Busy gila kononnya, nasib baik tak gila betul-betul.

Mulai hari ini aku akan kembali seperti sedia kala. Ada cerita gembira tak lupa juga yang duka nak dikongsikan. Tunggu je lah yek entri berkoyan-koyan dari aku. Kalau entri bau basi tu tutuplah hidung masing-masing dengan sepit baju sambil membaca. Hee.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada u ols yang bagi ucapan takziah untuk nenek aku yang meninggal pada minggu pertama syawal yang lepas. Ai sayang u ols lebih lah!

Nah amek gambau syok sendiri:

Geng blogger pun dah semakin sihat dan kuat lepas raya. Hurray!