Belog Ohsem: November 2010

Jom selongkar

Tuesday, November 30, 2010

Selamat Ulang Tahun buat Kamu


Nak tau tak? Nak tau tak?

Ok, tajuk entri dah bagi hint ini adalah ucapan khas hari jadi tapi tahu tak siapa gerangan yang berjadian di hari ini? Hee. Eksaited betul sampai perkataan tak wujud pun ditaip :p Ekceli aku nak ucapkan Selamat Ulang Tahun kepada 2 kesayangan R4T yang menyambut hari lahir pada hari ini 30 November 2010.

Seorang lelaki, seorang perempuan. Seorang di atas awan dan seorang lagi di bawah tanah. Haa! Moh cekidout:

♥Aisumi Gadis Atas Awan ♥
Inilah gerangan cik adik atas awan yang menyambut hari lahirnya yang ke 24 hari ini. Cik Aisumi Chan a.k.a Sumi yang comel dan sangat peramah. Dia sangat obses kepada kecantikan awan, tu pasal guna nick 'gadis atas awan'. Unik kan?

Sumi adalah silent reader yang rajin singgah ke sini sampai tahap dia request jadikan aku sebagai salah seorang admin di fanpage belog dia. Taknak terlepas update dari sini katanya. Oh! Sangat terharu ahkak tau :))

Ucapan untuk kamu dari hati:.
Semoga persahabatan kita terus kekal hingga kita bertemu dua muka satu hari nanti. Nak sangat tau jumpa Sumi! Dan... semoga Sumi akan bertemu dengan cinta hati yang diimpi selama ini ♥♥

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:

weedaliem

Nak tulisan cantik pada tajuk entri tak? Weeda ada cara. Jom baca :)
.......................................................................................................................


Cek kedua Nuffnang Bakal Tiba. Yippi!


Selamat hari Selasa u ols :))

Sumber: myspaceanimations.com

Pagi tadi masa godeh peti surat maya terselit satu email dari HSBC. Hoh! Mula-mula takut jugak nak buka takut spam or virus. Kalau email dari Maybank tu memang dah bersepah dalam spam box. Memang silap peti dia hantar sebab kekanda aku staf sana jadi kalau ada email gitu on the spot boleh tanya fake ke tidak.

Email tersebut berbunyi:

From:
"HSBC Advising Service" advising.service.405593418.240454.144103794@mail.hsbcnet.hsbc.com

To:
e*****@yahoo.co.uk

Payment Advice - Advice Ref:[GB3029497551] / In-country cashier's order (COS) / Customer Ref:[1008361]

Dear Sir/Madam,

The attached payment advice is issued at the request of our customer. The advice is for your reference only.

Yours faithfully,
Global Payments and Cash Management
HSBC

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


herneenazir

Sinopsis slot samarinda terbaru di TV3 - Ayoub dari Hernee Nazir. Jom baca :)
.......................................................................................................................


Monday, November 29, 2010

R4T ke Indonesia. Terima Kasih Nuffnang!


Wah! R4T dapat sponsor dari Nuffnang terbang ke Indonesia kah?? Hee. Jangan panik. Sila baca hingga ke titik terakhir entri ini. Karang ada pulak blogger hantar ticket ke helpdesk tanya pasal ni. Naya aku - -"


Al-kisah selain daripada aktiviti mengendap keyword Nuffnang, aku juga sangat suka tengok referral untuk kesan u ols yang selalu singgah ke sini dan si pemberi backlink. Meh kita tengok siapa yang selalu bagi backlink kepada rumah aku untuk minggu ni.

ReferrerHits
http://www.ayeemayam.com/2010/11/contest-makan-ayam.html15
http://www.blogger.com/home10
http://blogmaya.com/tentang-saya/6
http://www.blogger.com/home?pli=15
http://asrirayrock.blogspot.com/4
http://innit.nuffnang.com/redirect/4112624
http://mmdiary86.blogspot.com/3
http://www.azmanroslan.com/3
http://www.kaizenshinobi.com/3
http://weedaleim.blogspot.com/3
http://www.blogger.com/profile/078659715926252038003
http://www.google.com.my/3
http://my.yhs.search.yahoo.com/avg/search?fr=yhs-avg&type=yahoo_avg_hs2-t...3
http://www.plurk.com/m/p/963zr93
http://innit.nuffnang.com/view/467302/gelang-tungsten-ac-mizal-kes-panas2
Sumber: Nuffnang Malaysia

Terima kasih beribu-ribu lemon ye u ols. Tak lupa juga kepada semua belog yang juga tersenarai di sudut si pemberi backlink bawah nuu. Aku sengaja pasang widget itu sebagai tanda penghargaan kepada mereka :)
.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


Photobucket

.......................................................................................................................


izyanty collection


izyanty collection - "about me ek...sebenar aku xdak benda nak buat,n byk masa lapang,so buat la hobi baru jahit manik n tulis blog hehe...sape2 yang nak tempah jahit manik n nak beli tanah lot leh contat my no 019-4290584 (office ). area seb perai,sungai dua. penang"

Tuu dia serba sedikit pengenalan dari pemilik blog izyanty collection yang aku cedok dari profil blogspot beliau.

Jangan terkeliru dengan nama blog 'izyanty collection' bila aku habaq yang beliau adalah seorang usahawan internet. Ekceli blog tersebut merupakan blog peribadi beliau sekaligus menjadi salah satu medium untuk mewar-warkan produk terbarunya.

Moh cekidout entri terbaru dari izyanty collection:

Ini pula adalah 2 produk dari beliau yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan:



Selebriti Antarabangsa - Dulu Lain Sekarang Lain

Sumber: flickr.com

Selamat pagi u ols! Ini entri pagi Isnin yang biru :) Moh kita tengok gambar-gambar artis dulu dan sekarang buat modal ambil mood sebelum kerja/pergi kuliah.



Jennifer Aniston - Salah seorang awek dalam siri TV popular F.R.I.E.N.D.S. Masa muda-muda nampak suci murni gitu. Lepas jadi artis lebih glam dan nampak kurus sikit kan? Muka buat cari makan woh! Kenalah jaga.


Arnold Schwarzenegger - atau aku lebih suka sebut nama dia sebagai Arnold-susah-nak-eja. Badan ketak ketak masa muda. Sekarang ketak lagi ke idok wallahualam. Takkan nak suruh aku selak baju dia kot. Walau apapun mantain kacak bergaya beliau ni dulu dan sekarang kan?

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


riwayathariku

Gnesop kongsi tentang program untuk jana trafik blog. Cekidout yaw! :)
.......................................................................................................................


Friday, November 26, 2010

Terima Kasih Klien VIP R4T


Selain daripada pendapatan Nuffnang, R4T juga ada sumber rezeki lain dari pengiklanan persendirian: Iklaneka. Alhamdulilah nampaknya tidak putus-putus bilangan pengiklan untuk setiap bulan. Terima kasih kepada semua Klien VIP R4T kerana mempercayai potensi R4T untuk mempromosikan blog / perniagaan u ols.


Klik untuk pemandangan besar punyaaa..

Mulai 5 November lepas semua pakej dalam Iklaneka udah selamat diupdate seperti dalam gambarajah di atas. Untuk makluman Klien VIP R4T dan bakal-bakal pengiklan, ada banyak perubahan yang telah dilakukan untuk memastikan servis iklaneka R4T memenuhi kehendak dan keperluan u ols.

Antaranya:
  • Dedicated entry (DE) tidak lagi dibuat dalam sticky post. Untuk Pakej A, u ols akan dapat 1 DE untuk setiap bulan manakala Pakej B menyediakan 2 DE untuk sebulan.
  • Setiap kali renew u ols akan terima tempoh tambahan percuma mengikut pakej dan tempoh yang dilanggan. (rujuk jadual di atas)
  • Banner blog adalah percuma untuk Pakej A (langganan tahunan) dan Pakej B (langganan bulanan dan tahunan)
.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


Photobucket

Dni buat giveaway kecantikan #5! Klik sini untuk join. psst! hadiah best woh :)
.......................................................................................................................


Contest Print Screen & Win!


Finally, ada juga kesempatan nak join sekaki contest dari kesayangan R4T, siapa lagi kalau bukan cik
Ardini Humaira. Tak payah kenalkan lagi sebab memang dah sedia feymes beliau ni. Kan? kan?

Sumber: ardinihumaira.com

Cara nak sertainya mudah aje, meh tengok syaratnya (kopipes dari entri contest dni) :


  • mestilah follower blog dni
  • tidak mengira jantina. lelaki dan perempuan boleh menyertainya
  • warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia
  • buat special post mengenai contest ini tetapi gambar yang diprint screenkan tidak perlu letak di dalam special post. hanya ceritakan mengenai contest ini sahaja ^___^ tinggalkan link penyertaan di kotak komen entry ini...
  • print screenkan gambar berapa orang sedang online di blog dni sama ada 44 orang dan ke atas ... emailkan kepada dni di amni_shiro@yahoo.com bersama dengan tarikh dan masa gambar tu di print screenkan.
  • gambar yang di edit untuk letakkan angka lain kat gambar tu tidak akan diterima sebab dni boleh detact penipuan tu. contohnya pada jam 1-2 petang blog dni hanya ada 30 pengunjung tapi beliau pergi edit jadi 50 pengunjung. sah-sah dah tipu. hehe... tak baik menipu tau! (boleh semak di Nuffnang analytics)
  • contest ini berlangsung selama sebulan iaitu pada 27 Oktober 2010 dan berakhir pada 27 November 2010 jam 11 malam.
  • sesiapa yang berjaya print screenkan pengunjung terbanyak dikira sebagai pemenangnya.
  • anda bebas menghantar seberapa banyak penyertaan (gambar yang di print screenkan) sehingga tarikh tamat contest ini. dni akan ambil kira gambar yang menunjukkan jumlah pengunjung terbanyak... jadi, no problem nak emailkan sebanyak mana pun! setiap hari pun tak apa kalau dapat print screen yang lebih banyak pengunjungnya... ;)

.......................................................................................................................

Iklan sekejap:

sw33tdarling

Jom exchange link dengan sw33tdarling di sini. psst! beliau rajin blogwalking tau :)
.......................................................................................................................


Seminggu yang Panjang


Hai semua orang! Lama tak bersua kan? Minta maaf banyak-banyak dari hujung akar rambut sampai hujung kuku jari kaki. Start dari entri mood kedaung *bak kata RM* sampai ke hari ini genaplah seminggu R4T sunyi sepi.

Tengok muka tu. Sedih nau sebab dah lama tak berlegar-legar di alam maya dan bercot cet cot cet di sini. Serius weh!

Dalam masa seminggu ni banyak hal terjadi. Ada suka ada duka. Macam-macam hal sampai patah semangat blogging sekejap. Terima kasih beribu-ribu lemon kepada u ols yang tetap berkunjung walau habuk pun tarak di R4T dalam masa seminggu ni. Kepada yang risau, rindu dan ambil berat terima kasih beribu-ribu lemon juga.

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:

belogmj

U ols ada join GA dari mj tak? Check senarai pemenang di sini :)
.......................................................................................................................



Thursday, November 18, 2010

Riwayat Hariku


Siapa kenal Bro gnesop angkat kibod! Hee.
*Kata blogger mustilah kena angkat kibod!* Uihhh ramai woh angkat kibod. Mana taknya blogger yang aku sapa dengan nama bro sop ini sangat aktif dalam dunia blogging dan ramah tamah orangnya. Satu sifat yang buat aku kagum dan tabik spring dengan beliau iaitu rajin update belog dengan konsisten. Tahniah bro!


Bro sop juga merupakan seorang blogger yang penuh dengan wawasan. Buktinya kita boleh lihat dalam entri perkembangan ranking Alexa untuk blog Riwayat Hariku (RH). Memetik kata beliau daripada entri tersebut:

"Sop suka membuat target untuk memberi motivasi untuk terus kekal aktif berblog. Cabaran yang diletak pula seharusnya mampu untuk kita capai. Sekiranya cabaran terlalu tinggi, ia boleh menyeksa diri sendiri pula." -- Bro Sop

Beliau juga sangat aktif dalam kegiatan komen mengomen di blog-blog lain dan tentunya salah seorang pengomen tegar di belog ini. Oleh kerana itu, bro Sop telah berjaya menempatkan diri antara 3 Top Komentator Oktober di R4T. Setiap pandangan beliau sangat bernas dan telah digunapakai untuk memantapkan prestasi blog ini.

Ada apa dengan Riwayat Hariku? Aku boleh kata blog ini merupakan satu blog yang penuh dengan informasi yang merangkumi pelbagai aspek.

Antara yang menarik di Riwayat Hariku
Nampak tak? semuanya di bawah satu bumbung! Dan baru-baru ini bro Sop telah melancarkan satu program menarik di RH iaitu 'Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku'


"Tujuan program ini ialah untuk membuat review tentang blog dan akan tersenarai dalam blog review Blog RH. Sop akan cuba mengulas dengan cara yang terbaik untuk memastikan anda menerima traffic dari review tersebut." -- Bro Sop

Selain daripada itu, bro Sop akan mengadakan cabutan di setiap hujung bulan untuk mereka yang menyertai program ini. Menarik woh! Apa tunggu lagi? Moh la kita join ramai-ramai (Klik banner atas untuk join)

Pencapaian RH menjadi inspirasi kepada R4T.




Mood Kedaung! *Bak kata RM*


Minta maaf banyak-banyak. Hari ini mood



SANGAT




TIDAK




STABIL




Rasa dah nak meletup je ni. Kalau mood datang balik maka adalah entri untuk hari ini yek.



Keputusan dah di buat dan udah pun jerit-jerrit di fesbuk peribadi. I can take it anymore!


"heh. mmg tak lame lagi aku ca alip BUTTTTT :p" about an hour ago clear

Sekian, wassalam.

grrrr....






Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha dan Facebook


Err..nak jugak buat entri Hari Raya Haji tapi tak gheti nak bagi ucapan-ucapan yang menyentuh jiwa raga. Jadinya apa kata kita skodeng status Aidiladha kat fesbuk dan tepek kat sini. Hee. Buleh gitu?

Ini adalah antara status yang menyentuh perasaan dan lain daripada ucapan biasa kita baca/dengar. Meh cekidout:


Sumber: redmummy.com

Dari redmummy kita, serius aku suka!

"Salam Aidiladha yer....antara korban yang terindah, menelan pahit untuk memberi senyum pada yang lebih memerlukan...." -
redmummy.com

Dari geng satu sekolah. Guna bahasa manja-manja gitu :)
"CAMAT ARY RAYE AIDILADHA sume!!!!!berhati-hati slalu...jgn smpi lom sempat rse dging qurban...dri sndri yg da tekorban.....=))))" - Zana Faizana


Sumber : blogmaya.com

Dari sis Mya. Ibu yang gojes!
"baru lepas call yaya. rasa nak nangis bila dia cakap 'selamat hari raya mommy' uwaaaa....." - blogmaya.com

Dari blogger jejaka yang guna profile pic tengah pose main archery

"Always enjoy your Eid and keep a part of your heart open for those unfortunate people in your society ... for helping them and making them happy is what true happiness is all about. Happy Eid El Adha!" -
Akram Mazlan

Last but not least dari iluvislam.com:

Salam Aidiladha untuk semua kesayangan R4T !!



Kos Pentadbiran PTPTN Turun Dari 3% ke 1%


Wah! Ala-ala live blogging gitu. Aku baru lepas dengar berita gumbira ini dari Buletin Utama dan straight away memicit kibod untuk entri malam hari.


Sumber : malaysiakini.com

Tapi kan..kan..godeh godeh website PTPTN tak ada lagi surat pekeliling pasal berita ni. Mungkin belum update kot?

Daripada 3% turun ke 1% memang terbaiklah. Takdelah rasa terbeban sangat nak membayarnya. Hee. Ekceli cadangnya penurunan ini akan berkuatkuasa Jun 2011 tapi dipercepatkan pula ke November 2010. Harap lepas berita penurunan ni berlumba-lumbalah si peminjam nak pergi bank in duit bayar PTPTN. *termasuklah aku*


Pengurangan caj pentadbiran PTPTN Jun 2011

30/09/2010 10:28pm

KUALA LUMPUR 30 Sept — Kira-kira 800,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai baki bagi pinjaman selepas 1 Jun 2008 dan masih membayar caj pentadbiran tiga peratus akan ditawarkan pembiayaan pendidikan berlandaskan syariah berkonsepkan Ujrah (pembayaran) satu peratus.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tawaran itu tidak termasuk peminjam yang tamat tempoh jadual bayaran balik sebelum 1 Jun 2008, dan peminjam yang dikenakan tindakan saman.

Beliau membuat penjelasan itu selepas beberapa peminjam PTPTN dilaporkan merungut apabila ada antara mereka yang masih menanggung kos pentadbiran tiga peratus walaupun kerajaan mengumumkan penurunan kos itu kepada satu peratus, kira-kira dua tahun lepas.

"Seramai 300,000 pelajar yang mempunyai lebih dari satu pinjaman pula akan ditawarkan dengan pembiayaan ini secara berperingkat-peringkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Majlis Bersama Media di sini hari ini.

[Baca lagi]

Cerita pasal PTPTN ni, u ols dah start bayar lom? Kalau tak bayar kena senarai hitam tak pasal tanggung masalah. Meh cekidout nama masing-masing hitam ke putih. Meh la..meh la..

Sumber : ptptn.gov.my

Terima kasih incek PTPTN! Terima kasih kerajaan Malaysia!






ACUVUE® Free 3-day Trial Dari Nuffnang Memang Benar


Menyinggah di belog Weeda tadi dan terjumpa entri tentang
Acuvue 3-day trial...betul ke? . Ekceli aku memang dah lama nak buat entri pasal ni. Tapi tu lahh..aih, malas nak habaq.

Sekarang Nuffnang tengah galak tayang iklan free contact lens ni kan? Dan tentunya aku adalah antara insan yang akan buat eksperimen tentang kebenarannya. Lagipun benda percuma rugi woh kalau tak rembat.

Inilah rupanya borang yang u ols kena print setelah bagi details dalam website mereka. Lepas print sila bawa borang ini ke kedai yang u ols dah register dalam sistem untuk collect contect lens. Aku pilih Nice Vision Optical Taman Universiti sebab paling dekat dengan rumah, 15 minit boleh sampai. Banyak cawangan serata Malaysia yang u ols boleh pilih. Jangan risau yek.

Sumber : newpages2u.com

Masa aku submit borang tu ingatkan dah boleh dapat terus lens tapi tidak, kena tunggu sehari dulu lepas tu baru ambik. Tak tahulah kalau kat tempat lain macam mana. Aku dapat 3 pasang ACUVUE® MOIST® untuk kegunaan 3 hari. Nama pun trial lens makanya hanya boleh digunakan untuk sehari sahaja untuk setiap pasang. Kalau nak mata rabak silalah guna semula berkali-kali.

Mata aku kurang sesuai untuk produk ni sebab lembut sangat. Nak tenyeh ke dalam mata agak susah sebab asyiklah kelepet banda alah tu. Lagi satu bila aku pakai mata cepat kering dan rasa tak selesa. Oh! aku tengah cerita pasal mata aku ye, mungkin kalau mata u ols elok je pakai. Lain orang lain pesen ye tak?



Moh rembat contact lens percuma (klik banner atas ni) selagi stok masih ada. Kalau u ols tak confident nak pergi kedai lebih baik telefon dan sahkan tentang promosi ni dulu. Mungkin kedai tu lambat sikit terima berita dari Acuvue.

1 kotak (3 bulan) ACUVUE® MOIST® RM80 woh! Mahalnya.






Monday, November 15, 2010

Terima kasih Pak cik Laju


Selamat hari Isnin yang biru semua! *Monday blues katanya* Hari aku bermula dengan agak baik sebab pagi tadi keluar rumah
limosin kuning datang tanpa aku tunggu lama. Nak heret cik putih tak boleh sebab lesen belum ada, maka terpaksalah melabur tetiap pagi kepada syarikat pengangkutan awam.

Masa tengah dok potpet kejut kekanda aku nampak kelibat kuning itu dari jauh tapi laju! Sesambil dia lalu aku hanya sempat tunjuk peace sebab kebarangkalian dia untuk berhenti adalah rendah. Lambatlah aku sampai pejabat hari ni.

Tapi..

Tapi..

Tapi..

Sangkaan aku meleset. Bonggol depan simpang rumah telah menyebabkan bas itu bergerak perlahan dan aku sempat berlari anak untuk kejar pintu bas. Err..sekarang aku kena sayang bonggol lebihlah nampaknya even sangat menyampah bila tengah driving jumpa dia.


Masa nak bayar tambang pakcik laju tegur aku:

Pak cik laju: Aik? tadi tunjuk 2 orang, mana lagi sorang *sengih sambil hulur tiket kat aku*

Aku : Hee. Saya ingat pakcik taknak berhenti tadi, so saya redha je lah. Tu yang tunjuk peace tadi. *sengih juga sambil ambil tiket*

Kalau pak cik ni yang drive haruslah laju tak hingat, itu pasal aku bagi nama glamer beliau 'pak cik laju'. Selalunya aku akan tidur dalam bas sebab nak elak mabuk tapi pagi ni mata taknak lelap. Aku sampai awal setengah jam ke pejabat dengan mabuk tahap langit ke tujuh. Oh! tapi sangat happy bila sampai depan office tengok kereta bos nan hado! Menyanyi girang hati ini sambil buka pintu dan on pc.

Sekarang aku tengah menaip entri dengan kepala agak ting tong. Ambil mood sebelum buat kerja dengan membebel di blog kononnya. Semalam seharian tak update dan itu aku akan habaq dalam entri lain yek sebab musababnya. Heee. Macam syok sendiri je ni, ada orang kisah ke?

Ekceli memang banyak benda nak dikepoci tapi setiap kali dah picit kibod mesti tak tau nak mulakan entri macam mana gaya. Cerita pasal kenangan UPSR yang aku patut tulis minggu lepas pun berkepam dalam draft. Terima kasih u ols yang bagi feedback di fesbuk! Nanti aku buat special entri untuk u ols.


Sengaja rosakkan gambar ni sebab sekarang macam dah tersuka nak letak gambar-nak-tayang-tapi-takmoh-tayang-semua. Paham tak? Tak paham kalu buat-buat paham sudah. Kikiki.

Ok, telefon dah berdering kejap lagi aku sambung bebel. Babai.

Selamat kerja/pergi kelas u ols!






Saturday, November 13, 2010

Lesen oh lesen!


Balik kerja petang semalam straight away pergi PLI untuk attend driving classes yang dah bertahun tak habis-habis tu. Huh! Ada satu pengajaran aku nak bagi untuk u ols yang nak pilih sekolah memandu ni. Tunggu jap kat hujung entri nanti, now aku nak cerita pasal semalam.



Ada sesapa boleh cam driving school kek mano ni? Dak Johor Bahru mesti boleh agak sebab tempat ni dekat nau dengan satu mall yang fofuler. Tekalah! tekalah!

Secara keseluruhannya skill memandu aku bertambah baik. Daripada tak geti nak balance minyak dengan clutch (gini ke ejanya?), sekarang dah boleh manage, cuma ada sengguk-sengguk sikit la. Nama pun tak pernah pegang stering kereta kan?


Dan kali ni aku target nak pegang lesen before new year. Target nak habiskan sebelum bulan 9 tak kesampaian sebab sibuk. Ntah apa yang aku sibuk pun tak tau. Jadinya kita tunggu dan lihat ajelah tahun depan yek cerita aku dah dapat lesen. Umur dah senja tapi lesen pun takdok. Malu ahkak!

Ni nak cerita pengalaman aku pilih driving school untuk panduan u ols (kalau nak gunalah). Ekceli aku pilih tempat ni atas cadangan sahabat aku yang katanya tempat ni bagus, murah dan yang lagi penting diusahakan oleh orang melayu. Murah memang murah, RM850 untuk lesen kereta sangat berbaloi bukan? Dan pakej ini sangat fleksibel di mana selagi u ols tak master driving selagi tu lah takkan pergi QTI. Tempat lain kalu, 9 jam tamat maka terus ujian tak kiralah dah ready ke belum. Kalau nak tambah masa belajar sila hulur $$$$. Betul tak?

Ok, itu kebagusannya yang sangat aku puji. Cuma nasihat aku kalau u ols ada pilihan untuk pergi ke tempat yang lebih dekat silalah pilih yang dekat. Biasalah, kalau dah bayar murah mestilah tak boleh demand lebih kan? Disebabkan terlalu jauh dengan rumah dah jadi satu kesukaran untuk aku attend training di tempat ni.

Memang transport disediakan tapi kalau nak dia amik kena ikut budi bicara cikgu yang ajar tu. Macam aku, selalunya datang sendiri sebab kekanda hantar. So takde masalah bagi aku. Bagi kes adik aku, dah janji macam nak rak tiba masa kata tak dapat nak ambik sebab dah penat dan hari pun dah petang. Padahal janji nak datang pagi. Wat de fish? Oleh kerana masalah ini maka lambatlah nak pegang lesen. Nampak tak di mana pengajarannya kawan-kawan?

Oh! lupa pulak. Contact lens percuma yang aku booking haritu dah siap. Nak pergi amik jap ye. Lanyak je cik putih atas jalan besar walaupun pegang lesen L je.

Harap-harap takdelah abang JPJ berkhemah tepi jalan hari ni. Hee.



Amalkan Sarapan Setiap Hari


Oh! Sabtu datang lagi. Bila mula hari Isnin nanti mesti sibuk hitung guna jari berapa hari lagi nak hujung minggu. Hari cuti macam-macam boleh benda buat. Macam-macam contohnya bersarapan dengan keluarga sambil gosip-gosip di meja makan. Hari kerja susah woh nak dapat sweet moment macam ni. Ye dak?


Cerita pasal sarapan, aku adalah jenis manusia yang tak boleh tinggal makan pagi. Kalau tak makan boleh lembik dan konon-konon tak mampu nak buat apa pun. Ceh! Drama betul. Tapi bila puasa lain kes lah yek. Ada juga orang yang tak biasa sarapan. Aku tabik spring tilam Vono sama orang pesen gini.

Ekceli sarapan ni bagus untuk tubuh badan kita. Aku ada terbaca satu bahan ilmiah dari Utusan Malaysia Online tentang kepentingan memulakan hari dengan sarapan. Meh baca meh:-

Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu menjadi ramping dan sihat. Ramai yang tersalah anggap bahawa dengan tidak mengambil sarapan, mereka dapat mengurangkan kalori makanan mereka.

Sebenarnya, tabiat tidak bersarapan pagi lazimnya akan menjadikan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain. Amalan itu tidak sihat kerana ia menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang dimakan dalam sehari.

Meninggalkan sarapan pagi juga dilihat tidak baik untuk kesihatan kerana selepas semalaman tanpa makanan, ia menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi.

Sumber : Mulakan Hari Anda dengan Sarapan

Orang putih pun siap ada quote yang menekankan betapa perlunya sarapan setiap pagi yang berbunyik 'Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper'. Kiranya kalau nak jadi raja tak payah susah-susah dah, pergi dapur bancuh milo secawan dan cicah dengan biskut meri. Tadaaa! Otomatik terus jadi raja. Hee.

Ini gambar nasi ayam penyet Restoran Agus. Boleh buat sarapan pagi ke? Hihihi. Hidung dah terbau roti canai je ni. Kejap-kejap lagi aku habaq cerita nasi ayam penyet ni. Jom sarapan!

Selamat berhujung minggu u ols.






Friday, November 12, 2010

BGRC Friends & Family Explorace 2010


Aku dapat email dari




Nak tahu lebih? Boleh cari maklumat melalui telefon @ e-mail @ terjah website yang dah tulis lawa-lawa dalam poster tu. Mudah bukan? Hee.

Gambar bukti aku pernah ke sana walaupun tak nampak batang hidung. Hihihi. *Motip????* Ini aku amek dari entri lama tu. Malas Kurang rajin nak selongkar album dalam folder.

U ols pernah pergi tak tempat ni?