Takaful Insurans: Satu Keperluan atau Kehendak? | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, June 15, 2010

Takaful Insurans: Satu Keperluan atau Kehendak?


PEMBERITAHUAN : INI BUKAN ENTRI JUAL INSURANS.

Semenjak dua menjak ini banyak peristiwa sedih yang menimpa aku. Latest, malam Sabtu lepas ibu kepada kekanda dimasukkan ke wad ICU walhal baru sahaja discharge dari hospital yang sama Khamis lepas. Sebelum itu aku menerima berita pemergian datuk kesayangan sahabat baik beliau dan dalam masa yang sama nenek sebelah emak aku juga dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kerana kompilasi paru-paru. Sedih bertimpa-timpa.

Ibu kekanda bertuah kerana semua anaknya mampu untuk menempatkan beliau di hospital swasta. Masing-masing mahukan ibu tersayang mendapat rawatan terbaik dan dijaga rapi. Alhamdulilah. Beruntung makcik kerana ada anak seperti mereka semua. Semoga makcik cepat sembuh. Aku rindu hendak berbual panjang dengan makcik seperti dulu.

Dear bloggers, doakan semoga ibu kekanda cepat sembuh.

Dalam pada masa yang sama aku membayangkan di satu situasi lain, yang mana ibu itu tidak mampu dihantar ke hospital terbaik. Anak-anak akan sedih melihat keadaan ibu mereka yang terbaring lesu dengan keadaan sekitar yang kurang selesa. Segalanya terbatas dan mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana faktor kewangan menghalang.

Aku bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, tetapi realitinya dan contoh terbaik adalah HSA yang sudah tidak mampu menampung bilangan pesakit yang terlalu ramai ditambah pula dengan bilangan kakitangan tidak mencukupi. Setiap kali aku lalu depan hospital, tidak pernah sekali pun aku lihat tempat letak kereta lapang. Jadi, kita boleh fikir secara lojik mereka akan memberi servis mana yang mampu dan tidak mungkin dapat memberi layanan 100% sempurna. Mungkin inilah sebabnya hospital swasta menjadi pilihan.

Hospital Sultanah Aminah - Gambar ihsan google.

Apa kaitannya dengan takaful insurans? Mula-mula mendengar tentang insurans, aku tidak begitu mengambil kisah tentangnya. Aku anggap mereka hanya ingin mengaut keuntungan bukan nak membantu. Tetapi setelah semua ini terjadi dihadapan mata aku mula terfikir apa nasib aku, mak, ayah, adik-adik dan insan tersayang di masa hadapan. Aku bukan dari keluarga senang. Jadi aku perlu bertindak semasa tengah sihat dan mampu. Aku tidak mahu nasi jadi bubur.

Sebagai teladan - Gambar ihsan google.

Sebelum bekerja di sini, aku ada dipanggil untuk mengisi jawatan perunding kewangan a.k.a ejen insurans oleh 2 syarikat insurans terkenal di Malaysia. Prudential BSN Takaful, sahabat aku adalah salah seorang Eksekutif Sumber Manusia di salah satu cawangan Johor menerangkan kenapa aku perlu ada takaful insurans dan dia telah memberi peluang kepada aku untuk menjadi salah seorang di kalangan mereka. Aku tidak menerima peluang itu kerana aku tahu cabarannya. Aku sudah selidik serba-serbi mengenainya sebelum kami bertemu. Walaupun begitu, aku mendapat sedikit ilmu hasil dari pertemuan itu.

Sebulan kemudian aku dipanggil temuduga untuk jawatan yang sama tetapi kali ini daripada Takaful Ikhlas (Ejensi Ikhlas 165). Aku mendengar penerangan yang sedikit berbeza tentang takaful insurans dan aku dapat banyak ilmu baru. Kak Aida memilih aku sebagai ahli untuk kumpulan yang diketuainya. Sekali lagi aku terpaksa menolak tawaran ini di atas nasihat kekanda. Dia tahu aku belum punya kekuatan untuk melakukannya.

Ya, aku masih tidak mempunyai apa-apa insurans di usia 22 tahun ini. Tetapi sekarang aku sudah sedar yang ia memang penting. Baik aku bertindak sebelum terlambat. Hari ini aku mencari semula name card Kak Aida dan menghubunginya. Aku perlukan bantuan beliau untuk menasihatkan aku. Menurut teman-teman Kak Aida, beliau adalah perunding kewangan terbaik Johor untuk Takaful Ikhlas. Aku semakin yakin untuk berurusan dengannya dan harap semuanya benar belaka.

Hari Khamis ini kami akan bertemu untuk membincangkan pelan yang sesuai untuk aku dan keluarga. Aku memilih untuk berjumpa Kak Aida kerana skim perlindungan dan simpanan dari Ikhlas Takaful Insurans mengikut syariat Islam. Kemungkinan besar aku akan mengambil insurans dengannya dan kongsikan di sini. Kalau betul beliau memberikan servis terbaik tak salah jika kita sama-sama berkongsi khidmat beliau.

Anda ada pengalaman dengan perunding kewangan insurans? Meh kongsikan di kotak komen.


12 comments:

ardinihumaira said...

belum ada pengalaman. tapi berminat dengan prudential.. cuma tak ado bajet. hhuuhu

princeduyong said...

dah jadi suatu keperluan...

nabilah_2908 said...

hmm...sy pun ada insurns sejak setahun yg lalu..lepas jr sy dpt kerja..sy terus ambil..guna prudential juga..

mmg dh terfikir perkara2 ni...buatnya kita skit..tkkn la nak menyusahkan orang lain tuk byr segala kos2 di hospital..lagi pula kita br kerja..nk harap duit simpanan..tkkan cukup..betul tak..

insurans mmg dh jd 1 keprluan sekrg ni.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
RENUNG-RENUNGKAN

Kie-yu said...

ardinihumaira :
InsyaAllah, lepas ni adalah rezeki Dni. Jgn risau k ;)

princeduyong & nabilah_2908 :
yup. setuju dgn korang. kita tak tau apa nak jadi kan. sediakan payung sebelum hujan~

Mr PenyuBiru said...

semoga ibu kekanda kamu cepat sembuh. insuran ini penting sebab kita tak tau biler kita akan menghadapi saat kesusahan. skang ni ade insuran yg satu pakej spt insuran & simpanan. maknanya duit yg kita bayar insuran tu,biler cukup tempoh matang kita dapat sedikit hasil.

Nina Nurziana said...

bersabar lah..~

iemaZAIMAH said...

sy tataw ape2 ttg insurans..tp sy ikut ckp org tua..

sediakan payung sebelum hujan =)

Kazaztan Team said...

insurans mmg perlu..terutamnya bila kite dah ada anak2..jika di takdir kan accident ke..sekurang2 ada insurans tuk cover...duit tuk anak2.. sama juga insurans tuk critical illness pun perlu juga...wanita nie kan ada mcm2 penyakit...skrg2 dpt mmbantu bayo bil perubatan & rawatan...

Shuk said...

setakat nie memang xde pengalaman dgn insuran2, apatah lagi perunding2 kewangan insuran. family shuk pn de insuran keluarga. memang perlu de insuran, sebab malang tak berbau sapa tau kan.utk masa depan jugak :)

Kie-yu said...

Mr PenyuBiru :
mekaseh doakan ye incik penyu, juge nasihat yg berguna. thanks!

Nina Nurziana :
erk? apa yg kne sabar.

iemaZAIMAH :
ima dah ade insurans? bguslah sart dr muda. banyak faedahnye nnt ;)

Kie-yu said...

Kazaztan Team :
yup. agreed wif u. thanks for the advice ;)

Shuk :
oho. samela kiter. stakat jumpe n dgr je. belum prnah lg try mane2 khidmat perunding kewangan. btw, thanks for sharing~

Anonymous said...

yup..memg betul..stu keperluan..sy buat ngn etica takaful..baru start awl thn ni..sbln rm100..shja..perunding takaful tu boley tlg kalo kite mmpu bayar takat rm80 - rm100..xpe biar cikit2..lame2 jd bukit..hehehe..pk la tuk ms dpn anda..