4 Tanda-tanda Orang Bercakap Bohong | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, June 5, 2010

4 Tanda-tanda Orang Bercakap Bohong


Niat di hati hari ini nak kepoci mengenai vacation ke Kota Tinggi Waterfalls masa cuti Hari Wesak minggu lepas. Tapi tinggal angan-angan je lah sebab gambar belum dicilok dari kekanda. Nak buat entri tak bergambar rasa macam masak tak tambah garam pulak. Tawar meleser je nanti entri aku. Hee.

Jom kita lihat apa '4 Tanda-tanda Orang Bercakap Bohong'.

1. Menyentuh hidung

Dalam 30 minit anda bersembang ada lebih kurang 29 kali dia menyentuh hidung. Apakah? Nampak sangat ada udang di sebalik mee goreng basah (favourite dish aku ni). Mengikut fakta yang aku petik dari peti Yahoo!, apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Maka apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. Betul atau tidak, wallahualam.

Tapikan, aku rasa point ini ada benarnya. Aku pernah ada seorang kawan yang memang kaki bohong tahap super saiya. Bila datang masa nak kelentong orang mesti tangan dia macam nak melekat di hidung. Tidak hairanlah hidung beliau itu besar bak buah jambu air. Aku serius ni, tak tipu punya.

Dia tak bersalah. Sekadar mencari harta karun. Kredit- abang gugel

2. Gagap

' Ohhh..

Sa sa sa sayangku mengapa ? (jawab lah)
Jawablah ah ah ah apa yang menganggu ? (menganggu)
Ga ga ga gagapmu menjelma
Ku tak perlu , tak perlu (tak perlu)
Menyuluh yang sudah terang-benderang '

Aku tak tuduh Stacy penipu ye, jangan salah faham. Statement ini tidak ada kena mengena dengan lagu penyanyi kecil molek yang energetik ini. Tahukah anda bahawa, seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

3. Menutup mulut

Ini satu lagi simptom untuk orang yang nak menipu. Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.


Pinjam gambar dari album abang gugel.


Mungkin si penipu itu tidak mahu terkeluar segala pembohongannya, itu yang kena tutup mulut. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Macam tak kena je dengan pepatah aku ni. Salah eh?

4. Melengah-lengahkan jawapan

Soalan yang ditanya hanya satu baris sahaja tetapi nak menunggu jawapannya ya ampun, sampai setengah jam rasanya. Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


Logik juga kan. Kalau perkara yang benar, kita tidak perlu mengambil masa untuk menjawab pertanyaan itu kerana jawapannya memang telah sedia ada. Cuma tinggal buka mulut sahaja, akal pula tidaklah seaktif kaki pembohong.

Ekstra tool untuk mengesan si kaki pembohong. Klik sini ok.


18 comments:

ardinihumaira said...

tapi dni suka tepuk dahi bila nak bagitahu sumtin yang dni terlupa.. nak bagitau sangat tapi isk isk lupa la... pernah juga main2 hidung bila lupa benda nak cakap. bukan nak menipu tapi terlupa.. hehe.. cmana tah... orang pk dni menipu kot bila dni wat cemtu. aiseyh..


Si Comel Makan Dodol | Cute!

A-Y-I-E said...

Wahhh setakat ni.. saya lum jumpa lagi la menutup mulut tu..

btw.. terima kasih sebab sudi maklumat untuk BLOG A-Y-I-E

Shuk said...

hmmm, kalau bohong sunat pulak camne? garu pipi ke? heheh :)

Kie-yu said...

ardinihumaira :
hee~ xpe la dni. tepuk dahi xde dlm senarai ;)

A-Y-I-E :
lepas bce entri ni mesti jumpa!

Shuk :
haha. wujud eh istilah bohong sunat tu?

Kulanz Salleh said...

kadang ada juga yang pakar membohong.. dia boleh elak daripada melakukan semua perkara atas tu.. orang macam ni lah yang susah dikesan tabiatnya..

Rizuan Ismail said...

adagak yang ckap betui sentuh2 hidung..dah habit kot..siap korek idung lg

Nadia Hani said...

selalu kena tipu dengan this girl. tapi dia takde symptom2 ni. dia pro ok! haih...

akuvision said...

menutup mulut sebab tak gosok gigi pagi ada le ~~~, tapi sekarang bertambah ilmu untuk mengesan penipu!!!

Shuk said...

heheh..ada kot. nak tahu betul ke tak, kena tanya yang pakar laa :)

iemaZAIMAH said...

mostly btul..sbb kite dh pnh tgk org2 cmni wt semua bnd tu..ahahah

mmg kantol la kot..tp ad gak yg menipu dgn yakin..hmm

Kie-yu said...

to all :
thanks sbb sudi komen!

Eciz said...

tapi yang saya tawuu dari polis penyiasat, tanda orang sedang menipu, walau dia pro mana pun dalam bab menipu, mata dia akan kerap toleh ke sebelah kiri. ;))

Kie-yu said...

Eciz :
wah! idea baru. thanks sebab sudi kongsi~

hellioz said...

kalo terkentut tu kire menipu x?

gyahahahaahahhaahahahahaha~

Kie-yu said...

hellioz :
erks. bleh jugak kot! gyahahahaha.

Lin O said...

yes! pasni xde la adek2 ley mnipu lagi. kih2.

thx kieyu!

ada lagi 1 i pnah baca, bila orang menipu, die larikan mata kebelah kiri. :))

ravishingpeacock said...

yah yah sgt lojik tanda2 nih...thx...leh digunapakai tuk detect penipu

karl said...

bab melengah-lengahkan jawapan tu..kalau ikut pengalaman sendiri memang btol la..hehe