CONTEST! One Day I will (complete the sentence) | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, June 17, 2010

CONTEST! One Day I will (complete the sentence)


Wah sekarang memang musim contest sana sini gamaknye. Bermusim ala-ala musim bola Piala Dunia jugak la kot. Macam ni la baru syok, meriah dunia blogger kita di Malaysia tercinta ni. cheh! Patriotik nye aku. Sudah. Jangan nak merapu panjang-panjang. Meh cekidout contest apa yang aku sertai kali ini.

Dek kerana gembira menerima follower yang ke 100, cik gadis comel lote ini telah anjurkan satu contest mudah di belog beliau: 'One day at a time'. Contest ini memang mudah seperti membuat roti bakar. Oh ye, Beliau juga adalah salah seorang daripada peserta contest Dialog Kitty di R4T. Kalau nak tahu bakat terendamnya sila klik link.

THE RULES AND REGULATIONS
* Entries can be either in English or Malay.
* Must have the title as explained above.
* Place contest banner inside your post (can add as many other pictures as you want) and on your sidebar.
* Please choose one of my blog badges and place it anywhere on your blog.
* Becoming a follower is optional (if you like the blog, do follow), but only followers are eligible for the Lucky Follower prize.
* Please link back to the contest page.
* Leave a comment with the specific URL link to your entry after this post.
* Closing date is 30th June 2010.
* Judges decision is final :)

THE MAIN PRIZES

1ST PRIZE: 1 X RM 50 Guardian gift voucher (no expiry date)

2ND PRIZE: 1 X RM 30 Giant gift voucher (Exp: 31st December 2010)
3RD PRIZE: 1 X RM 20 Giant gift voucher (Exp: 31st December 2010)

EXTRA PRIZES

2 X MYSTERY PRIZES worth RM 20 for:
* EARLY BIRD PRIZE-the first person to participate (entry must fulfill all criteria)
* LUCKY FOLLOWER PRIZE -lucky draw for all remaining entries who are also followers

Note: Copied from her entry 100%.


Ades, speaking london la cik kak kita ni. Maaflah ye cik Hidayah, English aku agak mendukacitakan tahapnya. Kalau aku buat juga nanti pening kepala nak memahamkan. Tuan blog pun sudah bagi option jadi aku nak guna dua-dua bahasa a.k.a entri ini adalah dalam mode bahasa rojak. Jangan kena reject sudah. Hee.

Blog Badge

One Day I will.. Eh, kejap nak tukar bahasa.

Satu hari nanti aku sangat-sangat mahu jadi macam mak merah. Yup, ini impian yang dah lama aku sorokkan bawah bantal tapi akhirnya reveal sebab tuan belog untuk contest ini suruh. Hee. Aku buat statement ini bukan sebab nak kipas beliau. Gila apa nak kipas blogger otai. Kena rage dengan Hellioz baru tau langit tu tinggi ke rendah. Haha. Aku mengumpat lu kejap ye bro. Jangan marah!

Sambung balik, kenapa aku nak jadi macam RM? Aku bukan kejar RM (Ringgit Malaysia) for the first place tapi S A T I S F A C T I O N. Aku sangat puas hati kalau entri atau kehadiran aku diterima baik dan mendapat respon dari pembaca. Kalau dikutuk pun takpe, kira respon jugak lah kan? Alhamdulilah, setakat ini masih belum ada yang membuat onar di rumah aku ini.

Hati aku sangat riang gembira bila button 'Share' & 'Like' mukabuku ada yang klik. Kaunter kira-kira orang lalu lalang semakin hari semakin bertambah. Teruja mak tau! Tengok ruangan komen pula diisi dengan pendapat / pandangan yang ikhlas, bukan setakat sebaris ayat macam 'Wah! bestnya'. Kalau macam itu tak payah komen pun tiada masalah. Aku tak marah tetapi aku bersyukur anda sudi menjejakkan tetikus ke sini.

Dulu aku pernah blogging tetapi kurang sambutan sebab masa itu aku hanya menceritakan kehidupan peribadi aku semata-mata. Blog aku macam tiada arah. Dalam tempoh setahun aku belajar banyak perkara sehinggalah terbinanya Rumah 4 Tingkat. Kali ini konsep aku lebih kepada berkongsi idea & maklumat tetapi berlandaskan pengalaman sendiri dan yang realiti. Perasan tak setiap entri aku mesti ada link, aku buat bukan nak susahkan anda tetapi niat aku untuk sama-sama kongsi informasi yang ada. Sharing is caring ;) Aku suka ayat ini.

Iklan yang bersepah di blog aku memang untuk RM tetapi sekadar sampingan. Siapa yang tak nak duit kan? Tetapi apa yang lebih mengujakan adalah bila ada blogger yang percaya akan potensi blog kita dan berminat nak deal business. Aku memang business minded tetapi lebih ke arah online. Yes, online! Hari tu, buat giveaway yang percuma pun dah teruja macam apa. Sampai salah bagi wishcard kepada pemenang. Pergi pejabat pos laju, isi borang lepas itu bagi abang kaunter parcel yang aku balut comel-comel pakai kertas minyak warna coklat. Serius aku suka.

Hah! Tambah satu lagi wishlist. Aku bercita-cita nak ada blogshop sendiri. Sampai sekarang dok fikir benda apa yang aku nak jual. Oleh sebab tiada idea, itu yang come out dengan iklan di blog sendiri. Ada sesiapa nak bagi idea yang best? Boleh jadi rakan kongsi. Hehe.

Kesimpulannya, aku memang serius tahap dewa nak bergiat aktif di dunia internet. Blogging, online business, networking dan yang seangkatan dengannya walaupun aku tahu banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. cewah.

THE END.


Siapa yang belum join moh bertindak sekarang. Aku nak tau jugak apa impian murni anda.


7 comments:

ardinihumaira said...

Kie-Yu.. besok dni g selangor. tak menyempat lagi snap gambo kucing tu. nak update pun tak ado idea.. huhu ingat nak join tapi kalo tak sempat tak pe. cam snap & win saga tu. beriya dni nak join. tup2 saga abah hantar workshop. grrrr.. sampai skang saga dni tak balik2. huhu...


GoodLuck tau Kie-yu! ^___^

Hidayah Ismawi said...

wah! nak jadi top blogger rupa2nya.. best best ..

Thank you for entering the contest :) Good luck!

Redbloodsnow said...

wahhh gud luck kie-yu. hope u win ^_^

aliesha kirana said...

gud luck kie-yu..hehe..cita2 yg sungguh murni... hope akan tercapai..amin~~~ n mg menang gak contest ni yer..ehehe

hellioz said...

one day i will be the president of Hellioz Corporation
gyahaahhahah~

mama zharfan said...

just dropping by here to wish u good luck :)

Sya Isya said...

wow! dasat cite2 tu. good luck 4 ur future undertaking.. sya ni blogger picisan je..agaga..good luck also for the contest.