Knight & Day Pengubat Hati Luka | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, June 27, 2010

Knight & Day Pengubat Hati Luka


Semalam lepas balik kerja aku terus ke Tebrau City bersama cik mango dan adiknya Fiza untuk melaksanakan misi menguji kebenaran promosi voucher percuma yang aku dapat dari laman web TCRS. Rupa-rupanya di Jusco Taman Universiti itu Kedai Ayamas daa.. Aku punya confident kata itu branch TCRS padahal dalam entri siap link cawangan restoran tersebut. Serius aku ingat kedua resrotan tu sama sebab bila masuk Kedai Ayamas suasananya ala-ala di TCRS juga. Menu pun lebih kurang sama.

Dipendekkan cerita, boleh pulak staf TCRS cakap voucher yang aku bawa tu tak valid sambil memandang muka aku dengan sinis. Mentang-mentanglah aku print black & white je.

Aku ke yang salah?

"Sebelum ini ada juga customer yang bawa voucher ini tetapi kami tak terima" - Supervisor serkap jarang

Aku tak puas hati dan suruh beliau semak semula mengenai hal itu dengan pihak pengurusan. Kalau tak valid, kenapa dok kepoh macam apa di laman web begitu-begini? Masa itu kami belum order menu lagi. Aku sudah set dalam kepala otak kalau dia tetap kata voucher tu tak valid kami akan keluar terus cari tempat makan lain.

Akhirnya setelah 15 minit menunggu, voucher aku disahkan boleh guna. Nasib baik! Kalau tidak bertambah satu lagi entri kaunter aduan di R4T ini. Untuk pengetahuan semua, voucher itu hanya boleh ditebus dengan Single Combo Meal atau menu yang lebih rendah nilainya. Oklah kan, jimat RM 7.50. Kalau rasa tak cukup boleh tambah side order yang lain.

Perut sudah kenyang jadi kami pun teruskan aktiviti petang Jumaat dengan menonton Knight & Day yang sudah mula ditayangkan sejak 24 Jun 2010 lepas. Tiket box-office haruslah harga pun meletup. RM13 untuk satu tiket di TGV Cinema Tebrau City.


Gambar pinjam dari Google Images.

Filem ini menjadi pengubat kekecewaan aku setelah menonton filem kita, Lagenda Budak Setan. Bukan nak memuja filem luar tapi ini realitinya. Kalau nak tambat hati penonton untuk menonton filem tempatan buatlah dengan bersungguh-sungguh. Ya, memang bukan semua filem kita macam itu, segelintir filem sahaja tetapi kerana nila setitik habis susu sebelangakan?

Macam biasa aku tak nak review panjang-panjang. Apa yang aku boleh katakan setelah keluar panggung sampai hari ini ada tanda soal dok bermain dalam akal fikiran. Filem ini sungguh misteri u ols. Kepada pelanggan astro / astro beyond anda boleh saksikan preview filem ini secara eksklusif di Star Movie, VIP Access malam ini jam 9:30 malam.

Hujung minggu mesti penuh panggung wayang sebab banyak cerita best.


7 comments:

ardinihumaira said...

bab filem tu dni sokong.. kenapa ramai suka filem luar terutamanya filem korea.. sebab filem diorang mampu menyentuh hati.. ohhh ohh... leh nanges. nak kata pelakon cun ensem tak juga.. pelakon malaysia pun cun ensem. tapi tak memikat lak jalan cite ;p aahahaha memandai dni ngomen :D

Mr PenyuBiru said...

seb baik voucher tu valid kalu tak mereka akan kehilangan seorang pencinta nasi ayam.rugi aa mereka nanti kan.hehe

princess_eryna said...

aku pernah order happy meal kat KFC...
agak2 ape reaksi budak yang amik order aku tu???...

Kie-yu said...

@princess_eryna
hee. same la. fav menu aku tu happy meal
nk dptkn menan punye psl
da bnyk koleksi aku beb!

Sylarius said...

Filem yang taruk watak-watak utama hensem-hensem ni pesen ketinggalan zaman punya. Sekarang ni yang tak hensem tapi boleh berlakon pun boleh laku jugak.

Contoh cerita City of God dari Brazil. Brazil je beb, tapi jauh gila nak dibandingkan dengan filem kita dari segi penceritaan. Paling ok buat masa ni filem tempatan yang bagus dari sudut naratif adalah filem Papadom dan Ice Kacang Puppy Love.

Kie-yu said...

@Sylarius
yup setuju dgn lu
kalau hensem taraf mana sekali pun tp dialog, lakonan hampeh takde guna gak kan
rasa nk bakar je screen cinema tu
hee~

pawaka19 said...

filem melayu mmg ada jugak yang bgusnya..yang tak bgusnya produksi filem tak buat jalan citer yang menarik dan nak save budget..elokla wat sungguh2

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Pengila fan bola sepak argentina yang seksa dari china"