Nuffnang Reveals Click-Rating System | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, June 9, 2010

Nuffnang Reveals Click-Rating System


Baru lepas singgah 'Sepatah Kata'. Akak kita ni buat entri pasal buffered earning yang beliau dapat. Banyak woh! Jeles ai. Nak tau berapa jemputlah bertandang ke blog beliau. Tahniah ye kak. ;)

Dalam entri yang aku baca terselit satu perenggan bercerita mengenai bintang-bintang yang berkerlipan di Nuffnang. Bintang akak Jieda kita ni hijau semua ok. Mantap! Memetik persoalan beliau:

'Satu lagi..bintang dah penuh ni. Kalau ada sesape tau apa keistimewaan kalau bintang ni dah penuh silalah kongsi dengan aku ye.' - Cik Jieda (Sepatah Kata)

Pinjam gambar google.com

Hah. Aku terpanggil untuk menjawab soalan akak berdasarkan penjelasan dari pihak Nuffnang sendiri yang dipetik dari blog Nuffnang. Ekceli entri tersebut sudah lama juga dipublish tapi apa salahnya kita sama-sama refresh balik memori lama. Lagipun ada lagi yang belum tahu. Sharing is caring ;)

Entri oleh Timothy Tiah @ Nuffnang (credit to him/her?) aku renovate kepada apa yang aku faham. Kalau aku salah translate tu mintak ampun ye. Im not only bad at calculation but English too! See? Aku dah cakap English aku suck.

Apa makna disebalik bintang hijau - tak hijau?

Panjang ceritanya, bintang-bintang itu menunjukkan rating klik blog anda. Maknanya dalam banyak-banyak tapak iklan iaitu Skycraper, Leaderboard, Large Rectangle; yang mana selalu diklik itulah akan kelihatan hijau sehijau-hijaunya. (Betul tak apa yang aku faham ni? Kalau salah tolong betulkan.)

Hal ini berdasarkan kepada CTR a.k.a Click Through Ratio (nisbah klik) daripada kempen yang pernah dibayar sebelum ini; contohnya kempen non-global. Ciri-ciri baru ini bertujuan untuk memberikan maklum balas kepada anda tentang prestasi relatif iklan anda yang dibayar melalui kaedah CTR a.k.a Click Through Ratio.

Pinjam gambar google.com

Klik rating dikira bermula 1 -5 iaitu 5 yang paling baik dan 1 tu sendiri mau ingatlah kan. Bintang-bintang ini akan dikemaskini setiap minggu untuk setiap kempen.

Jadi Kak Jieda punya CTR mantaplah maknanya tu. Keep it up! Untuk bloggers lain yang sama macam Kak Jieda tahniah juga untuk anda.


Jangan ditanya bintang aku berkelip sampai mana. Sedih mak! Dah setahun macam itu juga rupanya.


Updated 10 Jun 2010 @ 8:49 a.m.:

Menjawab soalan dari komen pawaka19
dan Fitrihadi.com, berdasarkan kefahaman aku & apa yang diterangkan oleh pihak Nuffnang bintang itu adalah petunjuk kepada kekerapan klik di iklan anda jadi memang mereka dapat kesan melalui sistem mereka.

Sekiranya bintang di rating tertinggi maka ini akan mempengaruhi advertiser @ pengiklan untuk meletakkan iklan di blog anda. Secara tak langsung ia ada berkaitan dengan jumlah earning yang dikumpul.



15 comments:

ardinihumaira said...

minggu lepas, 5 buffered dni bertukar metered.. minggu ni, dua pula jadi metered.. sekarang tinggal lagi 5 :'( dni tak sempat blogwalking.. habis buffered merajuk...


apa yang dni dapati, buffered akan bertambah dan kian bertambah bilamana pengunjung dni bertambah.. dan berkurang setelah pengunjung merudum jatuh gedebak gedebuk...


rating tu pula baru dua yang 5 bintang.. yang lagi satu 4 bintang saja.. tak berapa faham mengenai bintang2 bergemerlapan tu.. sekarang baru faham. thanks kak :)

Jieda said...

Kie-yu,thanks berkongsi info ni dengan akak.terharu sangat sebab entri ni.

kakchik said...

salam ziarah. kakchik lompat dari blog sepatah kata sebab tertarik nak baca pasal 'revealed' ni. terima kasih atas perkongsian maklumat. kakchik rasa dah betul dah tu apa yang Kie-yu terjemahkan.

salam kenal.

cik aiLebiu said...

pehh..NN majuk dah xnak kasik buffered kt saya sejak bertukar ke domain baru...traffik makin naik tapi..huhuhu...

mommyYen said...

oo baru paham tententang bintang yg berkelipan ni

thx ya for sharing..hihi

Mr PenyuBiru said...

aku tak pernah ambik kisah pasal bintang². 2 ke 5 ke, yang penting, ade idea aku berblog. sebab jika kita selalu pikir pasal earning ni,nnt bila earning tak masyuk,kita jadi malas nak berblogging.jadik down. that's why aku tak pikir sgt pasal bende ni.rezeki itu akan dtg sendiri setelah kita berusaha. just my 2 cents.

- zuriey - said...

camtu ker??baru tau pasal bintang tue

MISH LOLIPOP said...

hehe..lyout lma byk sgt yg guna so tkar bru la..

syahira ariff said...

saya punya 3 bintang jer
heee~
thanx for translate tau
ilmu berguna nie
=]

pawaka19 said...

adakah diorang dapat mengesan perclick di setiap bahagian ads dan adakah penilaian tu pada bintang tu?

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Alat Pengesan Laptop Di Kereta"

Fitrihadi.com said...

bintang tu akan mempengaruhi earning ke?? tak faham skit ar pasal ni

Sylarius said...

Timothy Tiah is a guy, it should goes to 'him'.

Bagus gak entry pasal nuffnang ni. Aku tengok orang lain taruk kat blog, aku pun ikut taruk jugak. Baru hari ni check earnings RM0.25. Haha. Beli gula-gula Hacks dapat 5 bijik =p

sop said...

good sharing..
sharing is caring..

Sya Isya said...

Sya bintang 3..komunis..semua 3 bintang...tapi bukan hijau, kuning..maksudnya sedia untuk berhenti ke?

najihah sahami said...

jap nak tnye...jwb tau....
mne nak tgk bulan bintang segala tu??
huhu..
xpandai r...