Cuti-cuti Malaysia di Kota Tinggi Waterfalls Resort [Episod 2] | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, June 10, 2010

Cuti-cuti Malaysia di Kota Tinggi Waterfalls Resort [Episod 2]


Meh nak sambung
Episod 1 Isnin lepas. Nyaris-nyaris terlupa u ols.

Snap dari dalam kereta. Lepas hujan.

Sedikit info mengenai KTWR a.k.a Wet World:

Dengan bayaran serendah RM110 hingga RM135 anda boleh menyewa mana-mana 43 unit bilik rumah panjang dan 20 calet untuk 1 atau setengah hari pada hujung minggu dan cuti umum. Selain itu terdapat juga enam dorm yang boleh memuatkan 15 orang setiap satu.

Anda boleh berekreasi dengan kemudahan yang disediakan seperti trek joging, bilik rehat yang dilengkapi karaoke dan pusat spa, kolam renang, restoran, kedai cenderahati atau menikmati kemudahan sukan seperti ping-pong, skuasy, sukaneka. Semuanya dilakukan di dalam suasana hijau sejuk mata memandang.

Beliau sedang ambil mood nak swimming. Jangan kacau.

Nak lagi adventure, ajaklah kawan-kawan atau rombongan sekolah untuk menyewa tapak perkemahan dengan kadar RM15 sahaja. Banyak aktiviti sampingan yang boleh dilakukan kerana resort ini juga menyediakan dewan yang dilengkapi sistem pembesar suara, memuatkan 250 orang dan sangat sesuai untuk penganjuran kursus dan seminar.

Kelebihan lain jika menginap adalah anda akan dikecualikan daripada membuang duit untuk bayaran masuk yang agak cekik darah la jugak. Kalau pergi macam rombongan cik kiah lebih baik jika anda menginap di sana. Sebabnya...

Dewasa: RM10/orang
Kanak-kanak : RM 5/orang
Kenderaan : RM 8/kereta @ van
Motor : RM 5/motor (kalau tak silap aku)

Tercekik tak darah rasa-rasa?

Okeh, lupakan sekejap darah tercekik tu. Meh kita tengok pula apa keseronokan yang akan dialami di sini. Selain daripada aktiviti berenang-renang, selam-menyelam, makan-makan dan sewaktu dengannya anda juga boleh menikmati servis terapi kaki menggunakan ikan secara percuma. Harga biasa yang aku survey di website 20 minit RM12. Mungkin lain tempat lain harga kot.

Tengok ikan jangan tengok kaki buruk tu.

Mula-mula kaki kena gigit manja dengan ikan tu memang geli tak ingat woh! Aku punya jerit je sudah bergema satu air terjun. Kekanda naik malu dengan perangai aku yang terjerit-jerit ni. Tapi bila dah lama-lama jadi seronok pula. Tak banyak pun ikan yang sudi datang dekat. Mungkin ada 2 je sebabnya, samaada kaki aku terlebih bersih atau terlebih busuk.

Sudah boring melihat ikan digigit kaki kaki digigit ikan, jom kita mendengki ikan pulak.

Sauk ikan di air terjun.

Mula-mula aku kutip daun besar dan ranting-ranting modified jadi sauk, guna dua tiga kali koyak la pulak. Sudahnya aku paksa kekanda buka baju dan aku berjaya sauk seekor ikan innocent yang sangat comel. Timang-timang kejap lepastu aku lepaskan, kesian beliau tercungap-cungap nak air.

Aktiviti lain adalah bermandi manda di swimming pool resort. Kemudahan ini percuma untuk yang menginap di resort tetapi RM5 untuk pengunjung biasa. Tercekik lagi darah nak membayar. Sekarang baru aku faham kenapa kekanda nak bayar RM110 rather than nak buat apa-apa kena bayar seba-serbi.

Mesti ramai yang menuju ke KTWR musim cuti sekolah ni.


5 comments:

Jieda said...

Bestnya..bilalah dapat pegi ni huhuhu

Mr PenyuBiru said...

menarik tempat ni. tapi cam jauh lah plak. kalu dpt jemputan kenduri kawin ko nnt, bleh aa singgah sini sekali.hee :D

Kie-yu said...

Kak Jieda & incik penyu :
mmg best! bersih pun bersih
kenduri aku lame lg laaaa..
hee~

ravishingpeacock said...

waaa..cmbest jek tmpat ni..kne pegi nih hehe

Tokabaut said...

Pergh...aku mmg suke giler la waterfall kota tinggi ni...mmg terbaik la...dh g dua kali pun xpuas...hehe..