Kerana Piala Dunia Perut Ditembus Peluru | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, June 13, 2010

Kerana Piala Dunia Perut Ditembus Peluru


Berita agak menakutkan buat individu yang suka melepak di mamak / kedai makan untuk menonton Piala Dunia secara langsung. Ikuti petikan artikel dari myMetro dan klik baca lagi untuk berita penuh.


Polis sedang menjalankan siasatan. Sumber: myMetro

PETALING JAYA: Kehangatan Piala Dunia yang bermula malam kelmarin memberi peluang keemasan kepada seorang pembunuh untuk menembak mati seorang pelayan restoran ketika beberapa pelanggan di situ asyik menonton siaran langsung kejohanan bola sepak di televisyen.

Dalam kejadian berhampiran Kota Damansara itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang menuju ke hostelnya yang terletak hanya dua unit dari premis tempatnya bekerja sebelum dihampiri suspek yang lengkap memakai topi keledar bertutup penuh, dipercayai menunggu kedatangannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abd Razak Elias berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari premis bersebelahan lokasi mangsa dibunuh, suspek dipercayai menunggu mangsa di laluan tangga menuju ke hostel.
[Baca lagi]


Adeh. Kenapalah manusia semakin kejam? Sudah tidak ada hati perut lagi agaknya. Nyawa manusia seperti sudah tidak bernilai lagi di mata penjenayah-penjenayah. Setiap kali aku sebut penjenayah mesti aku terfikir mereka ini tidak ada hati perutkah? Ketika membunuh, merompak, meragut adakah mereka sengaja melakukannya?

Kalau kita tengok rancangan dokumentasi di televisyen yang menemuramah penghuni penjara, kebanyakannya melakukan jenayah kerana terpaksa ataupun tanpa niat. Ada juga yang dituduh melakukan jenayah kerana dianiaya oleh manusia yang busuk hati. Mungkin betul kata mereka tapi aku nak sangat dengar apa penjelasan dari mulut penjenayah yang memang sengaja melakukannya. Bukan seperti mereka yang ditemuramah oleh pihak media.

Ada tak agaknya dokumentasi seperti ini. Kalau tidak ada, mungkin aku boleh cadangkan kepada wartawan-wartawan mengenai hal ini. Jika ada wartawan yang baca blog aku ini bolehlah pertimbangkan ye. Hee. Perasan lebih la kau Kie-yu ada wartawan nak baca belog kau.

Gambar hiasan pinjam dari sini.

Sekarang ini di kawasan aku boleh dikatakan setiap hari ada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis. Biasanya kalau ada sekatan polis mesti ada kes ala-ala gerak khas kat televisyen tu. Betul tak pendapat aku ini wahai abang-abang dan kakak-kakak polis sekalian? Kalau salah tolong betulkan ;)

Aku jadi takut walaupun berada di rumah sendiri sebab sudah macam-macam kes yang aku dengar. Terbaru, ingat lagi tak aku cerita pasal nenek yang peramah? Semasa berbual-bual dia ada memberitahu yang seorang pekerja telah diragut dan dicederakan semasa menunggu bas untuk ke tempat kerja di awal pagi. Mintak dijauhkanlah perkara macam ini.

Berbalik kepada berita di myMetro, pelayan restoran malang itu memang telah diperhatikan dan tunggu masa untuk dibunuh. Adakah suspek itu salah seorang kumpulan ah long? Ataupun seseorang yang menyimpan dendam kepada mangsa? Macam-macam boleh jadi kan.

Apa-apapun, kita tidak boleh buat spekulasi kerana kes ini sedang dalam siasatan polis. Apa yang aku paparkan di sini sekadar meluahkan apa yang ada di akal fikiran. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.


Aku rasa Malaysia semakin tak selamat sekarang. Setuju tak?


8 comments:

ZiLLa said...

Sangat setuju.

ardinihumaira said...

uisk... bahaya gak tu kan.. isk3 manusia skang ni macam2. semoga kita dijauhkan dari bahaya sebegitu, amin..

iemaZAIMAH said...

setuju sgt!malaysia dh makin xselamat..mcm makin sng je nk bnuh2 org skg ni..pistol mcm dh boleh dpt kt mne2 agaknye..sikit2 tembak sikit2 tembak

fikah © said...

nak keluar rumah,mesti berteman.
sebab tak tahu apa yang menanti.

bunuh-membunuh guna pembunuh upahan ni, sekarang jadi macam satu kebiasaan pulak.
gerun weh!!

drsshk said...

woh macam macam orang skang ni... fanatik gila. hehe

cengkerangcipot said...

wooo sgt bhwe ni..
tgk kt umah xde feel..
camne ni??
xyah tgk je lah..
hihihi

Miss Si Pipi Tembam said...

menakutkan je

Anna Boleyn said...

uikk ape motif die tembak pelayan restoran tu? huhu behaya nye lah malaysia skang ni makin bahaya,. huhu

p/s:hye..nak tak iklan free untuk blog Hana? Jom datang blog kalau nak tau sal tu :)