Budi Bahasa Budaya Kita | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, June 8, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita


Pagi tadi aku naik bas untuk ke tempat kerja. Semalam pun naik bas. Kelmarin pun naik bas. Kesimpulannya hari-hari aku naik bas pergi kerja. Tapi hari ini tak sama macam semalam atau kelmarin.

Gambar hiasan [images.google.com]

Aku sampai di pondok-buruk-menunggu-bas sambil membawa sebungkus mee goreng untuk sarapan di pejabat. Ada seorang nenek tua menegur dengan ramah bertanyakan aku hendak kemana. Daripada sapaan itu kami terus berbual-bual sementara menunggu kedatangan bas.

Macam-macam yang kami bualkan dari topik kahwin-mawin sehinggalah ke isu semasa di Malaysia. Seronok berbual dengan nenek tersebut sebab banyak perkara yang dia tahu. Orang lamalah katakan. Nenek itu mahu ke Wisma Persekutuan JB untuk menuntut wang elaun Ibu Tunggal yang masih belum di terima. Sudah tertunggak 2 bulan katanya.

30 minit berlalu..

Sebuah bas datang dan kami pun naik. Nenek itu bertanya kepada pemandu bas kenapa mengambil masa yang lama untuk sampai. Nak tahu apa jawab pemandu bas itu?

"Tadi pergi kubur!" - Pemandu bas biadap

Kurang ajar. Dia tinggikan suara dengan orang tua. Pantang betul aku.

Tiba-tiba pemandu itu menekan minyak dan break emergency. Dangg!! Aku terhempas di pintu, tangan sudah perit terkena besi penghadang. Nenek yang sedang memasukkan duit untuk membayar tambang hampir terjatuh. Aku memandang pemandu bas itu dengan pandangan yang tajam, lagi tajam dari pisau memasak emak di rumah. Tapi dia buat dek je macam tak bersalah. Tiada kata-kata maaf dan aku yakin dia sengaja buat begitu sebab marahkan nenek yang terlebih peramah tadi.

Nenek yang sudah duduk menjerit sekali lagi "Aku masukkan RM4.20 kau letak RM4 je. Kau tipu aku ye?"

Tiket bas dulu-dulu. Memori. [images.google.com]

Aku tengok tiket aku pula. RM2.10 bukan RM2.50 tambang sepatutnya. Memang sudah melampau. Aku tak heran 40 sen itu ye kawan-kawan. Aku sayangkan nyawa aku ni. Tiket bas itu adalah satu insurans kepada penumpang bas. Sekiranya ada apa-apa yang berlaku semasa dalam perjalanan, tiket itu menjadi sangat penting. Jangan ingat sekeping kertas kecil itu adalah sampah selagi anda tidak tiba di tempat yang dituju dengan selamat.

Berbalik kepada pemandu bas itu, sudahlah kurang ajar menipu pulak tu. Aku dah lama bersabar dengan dia ni. Ye, memang orang yang sama. Kes sebelum-sebelum ni aku boleh bersabar lagi. Kali ini dia memang sudah melampau.

Aku simpan tiket dan mengambil nombor plat pendaftaran bas itu. Aku nak buat aduan kepada syarikat bas itu. Aku bagitau kekanda dan dia suruh aku buat juga aduan di Harian Metro dan hebahkan kes ini melalui blog dan Facebook sebagai peringatan bersama. Ok! Memang aku nak buat.

Jaga-jaga cik Salmah!

Aku tidak berniat nak memalukan pengusaha pengangkutan awam atau pemandu bas. Tak semua yang macam dia ini. Segelintir sahaja. Jangan marah ye pemandu bas atau sesiapa yang membaca blog aku yang bercita-cita untuk menjadi pemandu bas. Yang pastinya ini relaliti yang harus dijadikan iktibar kepada semua.

Aku tidak minta dilayan seperti VIP tetapi cukuplah sekadar dilayan sebagai seorang manusia. Kau marahkan nyamuk, yang kau bakar kelambu tu apehal? Kelambu tu tak bersalah tau. Silap besarlah kau buat hal dengan kelambu yang satu ini.

Ada yang nak tambah nasi pengalaman sendiri? Jemput komen.


12 comments:

ardinihumaira said...

dni perah kena tak dapat tiket.. sepatutnya bagi tiket.. kalo tak bagi tiket maknanya pemandu tu dapat duit tu la kan.. huhu

tahla... bukan semua pemandu cemtu. tapi adala segelintirnya.. cam pemandu teksi gak. ada yang baik, ada yang cekik darah kan... moga2 pemandu yang bersikap buruk tu ubahla sikapnya...


;)


Hai.. Jemput Ke Blog Dni ;)

iemaZAIMAH said...

tak jujurrrrrr...booo kt dye!booo!!

mcm mne la rezeki nk msuk kalau tak jujur?tak jujur..pstu tak berbudi bahasa..senyum pun ckup la..tak perlu nak tinggikan suara..ish..mmg pangkah r org2 mcm ni..

Fara Dee Dilah said...

paling tak suka org yg kurang ajar..tak kire la die muda dr kite ke, tua dari kite ke..apa slhnya ckp elok2 kn?

driver rapid KL rmai gak perangai cmni..dah la kalo kat kl sentral nk kejar bas satu hal, kne jerit dek pkcik driver lg satu hal..dah tu bwk laju mcm jln rya tu mak bapa die yg pnye..

kalo bas seranas kat seksyen 2 tu pulak, xnk bayar balik baki tmbg lebih..hurmm..

gooseberries said...

huh..ramai driver bas mcm nie.. mmg betul2 x suke diorang nie..

nas said...

aduss biadapnyer pemandu tue ckp cam2...kalau aku,xjadi naek ar bas tue....

erm...tindakan ko bgos tue,amek no plat bas tue...

slalu pemandu bas ade yg wat ak hangin jer...tp saba jela...thx comment my post..

hentakbelipat said...

mmg haram J la pemandu tu..report jgn x report

Mr PenyuBiru said...

memang betul la cara ko tu.buat aduan.hebahkan.biar pemandu tersebut dapat pengajaran.selagi tak disedarkan selagi tu pemandu tu alpa.

Shuk said...

waa..insiden nie jadi kat mane kie-yu? teruknya layanan pemandu tuh..kalau shuk, memang dah kena sound, keluar trus dari bas~

Kazaztan Team said...

betui..memori betui naik bas nie..semua benda dah rasa...tiket tak bg...bg tiket tak ikut harga tambang...smpi trauma bas gie hempit kancil..nak berebut tol..gile la...+ mengamuk sambil memandu..mcm dah tak ada agama...

KaiZeN SHiNoBi said...

erk? nape x sepuk je driver tuh?

weh... dia tipu der.... maksudnye dia makan r 40sen tuh....

adees... ko komplen je sume.... biar dia kena sekali...

tuh x kena lagi tuh... dah kena baru insaf der..

helena's said...

heyy vunguk betul pemandu bangang tu!~saya nak buat entry jugak pasal budak tak hormat org!eiii geram!

hellioz said...

ntah
gwa xtau nak ulas ape
meleisian bukan kaye budi bahase ke?
sigh~