Konsert Double Trouble 2 JB Terbaik! | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, June 6, 2010

Konsert Double Trouble 2 JB Terbaik!


Baru balik dari jalan-jalan di rumah incik gugel. Oh, belum ramai bloggers yang buat review mengenai Konsert Double Trouble 2 (DT2) di Johor Bahru semalam. Nak tahu tak apa cerita? Tak nak tahu pun aku nak bagitau juga. Tak kira.

Malam Sabtu (5 Jun 2010) adalah hari yang dinantikan oleh kekanda dan seluruh rakyat dan mat rock Johor. Ramai yang berpusu-pusu menuju ke Stadium Larkin tak kiralah yang tua, muda, kanak-kanak, mak orang, bapak orang, kucing (pun ada?) yang ingin menjadi sebahagian daripada sejarah dunia muzik tanah air.

Pemergian kami ke konsert DT2 ini ditaja oleh Nuffnang dan duit poket kekanda. Terima kasih yang entah kali ke berapa untuk incik Nuffy, jimat RM140 tau. Terima kasih juga kepada kekanda sebab belanja makan nasi goreng ayam sebelum jumpa Amy Search & Awie Wings. Lepas makan sesi marathon secara duet menuju ke stadium sebab carpark sudah penuh dengan gerai menjual air dan baju-baju.

Tiket yang di-tolong-collect oleh kawan kepada adik kekanda di KL.

Jalan Dato Jaffar dikerumuni manusia yang ingin menyaksikan kehebatan sepanjang zaman 2 band rock lagenda tanah air. Tapi tak pasti sama ada seramai pengunjung di Bukit Kiara pada konsert DT2 Mei lepas. Nak kira orang yang datang macam orang sudah hilang akal pula rasanya. Baik aku search di myMetro. Betul tak?

Aku ada snap gambar orang ramai yang macam semut tengah hurung gula pasir tapi malangnya tak berapa nak clear. Ok takpe, ada banyak gambar lain nak tayang hari ni. Jangan risau.

*Up-date: Encik penyu frust sebab tiada gambar Amy & Awie perform. Mintak maaflah encik penyu, kamera handphone tak dapat nak snap gambar dalam gelap gelita. Nak beli DSLR tak mampu lagi. Hee. Jemputlah tengok video pre-opening. Link ada di perenggan bawah.

Cuba teka mana satu kekanda aku. Tiada talian hayat disediakan. Hadiah pun. hee.

Gambar di atas adalah suasana luar stadium. Masa itu pukul 8:30 malam, pintu masuk sudah mula sesak dengan orang ramai yang datang. Yang nak bergambar lain, yang nak beli air untuk bekalan kalau-kalau haus masa konsertnya lain, yang buka booth jual eskrim, air tin, macam-macam ada! Nasib baik tak ada yang datang buat promosi Astro Byond ke jual insurans ke. Aku mencari juga kalau ada. Boleh snap gambar lepastu tayang kat sini. RARE apa? hee.



Suasana di dalam stadium

Dalam stadium pun ada orang jual air lah. Nasib baik aku tak beli kat luar. Kalau tak satu hal nak ke hulu-ke hilir dengan tin air. Lebih kurang setengah jam menunggu, konsert pun bermula. Kemunculan Awie disusuli Amy Search disambut dengan jeritan peminat-peminat fanatik mereka.

Lagu pembukaan untuk malam itu adalah Gemuruh yang dunyanyikan secara duet, Amy - Awie. Klik link kalau nak tengok video yang dirakam oleh salah seorang pengunjung. (Aku jumpa kat youtube. Kredit: QushairiRhysMeyer) Maaflah, kualiti rakaman kurang sedikit, kalau nak yang baik punya tunggu DVD keluar ok. Kekanda cakap ada. Cheh! Macam dia pulak pengurus konsert.

Selepas persembahan pembukaan konsert diteruskan dengan persembahan lagu dari Search. Gimiknya, penyanyi Amy Search tetapi muzik dimainkan oleh Wings. Masa giliran Awie pun sama. Ahli kumpulan Search yang menghidupkan muzik malam itu tetapi vokalis dan lagu dari Wings.

Nak lagi gegar, kemunculan eksklusif persembahan gitar solo oleh Joe Wings & Kid Search yang membuatkan orang kat bawah stage menjerit macam nak pengsan. Memang gerek. Aku yang tak tahu menahu pasal rock & muzik ni pun terpegun macam apa. Serius beb!

Jam 9 malam di konsert DT2.

Secara keseluruhannya, KONSERT INI SANGAT BEST. Terbaik dari ladang. Walaupun sudah berumur tetapi tenaga yang ditunjukkan masih sama seperti zaman kegemilangan mereka. Antara lagu-lagu yang menggegarkan stadium pada malam itu ialah Opera Hidup, Awang Spanar, Isabella, Pelesit Kota dan lain-lain. Aku bukan tau semua tajuk lagu, ini pun kekanda yang habaq mai.

Kata abang DJ ada 30 lagu yang akan dipersembahkan tapi setengah jalan aku countdown boleh lupa pula dah sampai mana. Kesimpulannya aku tak dapat nak sahkan yang mereka nyanyi 30 buah lagu ke tidak malam itu.

Lebih kurang pukul 12.45 malam, tirai konsert dilabuhkan. Pengunjung yang datang pada malam itu pulang dengan hati yang puas setelah 17 tahun menanti kemunculan semula Konsert Double Trouble ini.

Laporan lengkap konsert ini boleh di baca di
myMetro.

Sesiapa geng Nuffnang yang ada dalam stadium malam semalam?


13 comments:

adie said...

ala..mana gambar diorang perform.tak best aa camni.heee..

pepehal untung ko dpat tgk konsert free.

Mrs. Q! said...

Mr. Penyubiru :
hee~ maaplah. tiada gambar mereka. Gelap sangat la incik penyu. =p

iemaZAIMAH said...

wahhhhhhhhhhhhh...seronoknye..kwn kite yg pegi pun ckp best gilerh!huhuhuu..

**jeles2

Anonymous said...

wao!! bestnye!! jeyles2.. kat sini bulan lepas time exaaam. huuu
-----
WIN LAPTOP HERE

Atika Ramlan said...

huhu..geram tul xdpt nak gi...

Mrs. Q! said...

iemaZAIMAH & MaryamJamilah :
mmg best u ols. xmo jeles ye. nanti buat kt negeri lain korang pegi la ;)

~Blabberina~ :
ala, chill k. xde rezeki namanya tu.

emily said...

besh nye...lama kot diorang perform...
tp sayang...pic takde kan bro =)

Shuk said...

bestnye..shuk sempat lalu je malam tu.family jarang nak pi konsert2, termasuklah shuk..huhu~

hudhud said...

tak pernah menang apa2 dr nuff. teringin nak menang toy story tu. bg la tips cmne nak menang. hihihihi :P

- zuriey - said...

best ke konsert tu. saya tak layan sgt konsert ni. bingit..takleh tahan

Unknown said...

gamba time nyanyi xde ke??

Aishah Malik said...

hi Q mane contest yg ajak sy join tu :P

MizShuai said...

terbaekk!!! rock! rock! rock!