Keranamu Nuffnang dan Glitterati | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, June 28, 2010

Keranamu Nuffnang dan Glitterati


Minggu lepas (adeh! agak basi ceritera ini) tatkala syok sendiri melakukan sesi cuci mata di belog anda-anda sekalian, aku terjumpa seorang blogger yang telah berkongsi pengalaman pahit beliau tentang penarikan status Glitterati miliknya. Sebelum itu, aku nak refresh semula memori kita dengan komen encik NN mengenai status kesayangan ramai ini. Aku takmoh translate takut lari maksud.

"An Exclusive Nuffnanger (a.k.a glitterati membership status) is a Nuffnang blogger that has NO advertisements on his/her blog that originates from SEA and also from any ad network we deemed as competitors." - Nuffnang

Diculik dari album google images.

Sebelum ini memang sudah banyak kes seumpama ini. Tak percaya pergi search keyword 'Nuffnang' di GB dan lihat sendiri keputusannya. Ramai yang sudah frust menonggeng tau. Tetapi sekarang mereka telah pun mendapat semula status tersebut dengan usaha bersungguh-sungguh memujuk encik NN. Tahniah!

Aku sendiri pernah tepek kempen encik YS tetapi untuk sementara sahaja. Nasib baik tak kena cerai dgn encik NN woh! Beliau tak perasan rasanya. Tetapi sejak kebelakangan ini, ada visitor yang dok berkempen di peti surat shoutmix aku. Bahaya ni. Aku tak marah anda nak berkempen tetapi kalau sudah melibatkan sesuatu yang negatif berlaku haruslah cari jalan macam mana nak elakkan.

Aku tak pasti sama ada mereka ini memang letak kempen di blog atau kesan daripada komen-komen di shoutbox. Orang tua kata baik sediakan payung sebelum hujan. Ye tak?


Nampak? Aku sudah tukar setting shoutmix untuk banned mana-mana URL yang berkaitan dengan encik YS. Jadi jangan terkejut kalau komen anda tidak muncul ye. Di sini aku
nak share dengan anda bagaimana untuk membersihkan R4T dari anasir-anasir yang boleh menyebabkan encik NN merajuk.

1. Moh kita ke rumah shoutmix dan log in. Ops! Lupa nak habaq, sebelum log in kena dapatkan shoutbox ID anda dulu. Tengok balik kotak shoutmix anda dan tunjukkan tetikus ke 'refresh' dan lihat di bawah window ada ID yang anda cari. Tak faham? Meh tengok gambar:

Contoh shoutbox ID aku.

2. Kemudian klik link Ban Control di bahagian Security. Seterusnya anda akan nampak seperti gambar di bawah:


3. Ada dua pilihan sama ada anda nak ban IP atau URL. Sekarang anda boleh letak segala URL yang boleh mengancam blog dan akaun NN anda. Lepas dah siap jangan lupa save pula ye.

Mudah kan? Kalau ada fakta yang tersalah sila komen. Tq!


18 comments:

Kancilbiru said...

bagus tutorial ni tapi sy takdak shoutmix..:)

MiaSaidin said...

bagus2..

Nuffnang tidak serasi bersama Youthsay

Atika Ramlan said...

rasanya klu terang2 letak YS kat blog sendiri je yg kena tindakan tu. tp klu kat Shoutbox takkan Nuff nak caras gak kot..kejam tul tu..huhu..

i didnt banned YS kat my shout,unless Nuff kata mmg tak boleh

Faiz said...

dulu penah kne cerai gn nuff..pastu bia kn je lme2..hehe..redha kne cerai..haha..tp skng dh berubah..cr janda tu balik..hehe..so skang die dh terima..haha...

p/s : thanks komen kt blog td..membalas komen td..setiap kali komen..mst di balas cm nie..hehehe..itulah cara nya..ada fhmm??hehe..

ardinihumaira said...

dni pon rasa kes ni la buffered dni jadi metered tiap2 minggu.. pengunjung dari 500 ke 700 tapi buffered asik jadi metered. hairan betul.. skang dah pasti.. memang kes YS kat shoutbox.. sapai hati la mereka ni berkempen tapi buat kita hilang 'mata pencarian' kat blog kita. isk3.. banner mereka! :'(

Shahrul Yusof said...

YS tu hapa?

ftrhd said...

@ardinihumaira

eh metered earning tu asalnya dari buffered earning lah.. cuma metered earning tu tandanya iklan buffered earning tu dah tamat. jadi masuk list buffered earning.. buffered tu pulak iklan yang tengah keluar kat blog kita tu..

kalau dapat buffered earning, tugas kita kena naikkan trafik blog.. baru earning tu naik.. :)

Nas said...

@~Blabberina~
harap2 g2 lah...status saya baru ditarik smalam...hrap2 letak kat peti shoutbox xde effect..

En iLHAM said...

saya pun sudah kene turun status kepada ordinary
huhu
semua kerana youthsays..sadis

Mrs. Q! said...

@Sylarius
YS tu youthsay bro ;)

ardinihumaira said...

Kie-yu! kawan dni lom balik rumah sewa dia.. dni dah tanya tapi dia cakap mungkin dah sampai sebab ada beberapa surat untuk dia. tunggu buka semester ni dni ambil dengan dia. sebab alamat hari tu alamat rumah sewa kawan dni hehe :p thanks ya

nabilah_2908 said...

oh..mcm tu yer...thnks.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
CICAK I HEA*T YOU

RinnAzrinah said...

En.NN cuma bg can kat Adsense jerr... Kalo yg lelain mmg En.NN x bg can tepek kat memane blog yg berurusan ngan En.NN....

pawaka19 said...

jgn kasi can kat depa ni ban aje..nak untung dengan cara buat taik kat blog org..

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Pengila fan bola sepak argentina yang seksa dari china"

adie said...

dulu masa ada shoutmix,aku selalu gak ban² ip ni. lepas tu biler makin banyak,aku malas nak ban ip tapi aku ban terus shoutmix.setel! :D

kata kila said...

wahhh bagus bagus.suka entry ni.thanks taww

Miss Izah Mohamed said...

thanks for the info :)

Hizami Li said...

wow.
thanks a lot !
XD