Kejadian Menakjubkan di Depan Mata: Pembentukan Gunung Berapi | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, June 16, 2010

Kejadian Menakjubkan di Depan Mata: Pembentukan Gunung Berapi


Entri bergambar paling banyak yang pernah wujud di R4T. Bak kata omputih 'A picture speaks a thousand words.' Maksud aku perkataan tetap ada tapi tak banyak mana lah. Aku copy & paste gambar sebijik-bijik dari peti Yahoo! dan translate ayat-ayat kepada kefahaman aku atau lebih tepat lagi jika dikatakan ikut suka hati aku.

Al-kisah, sebuah kapal layar sedang bersiar-siar di Lautan Pasifik yang indah permai tetapi tiba-tiba kru kapal layar itu menemukan sesuatu pemandangan yang aneh. Meh tengok gambar-gambar yang ada dan rasakan keseronokan yang dialami mereka ketika melihat kejadian bersejarah itu di depan mata.

Anda rasa ini pantai?

Teett. Salah! Sila cuba lagi.

Ini adalah serpihan batu gunung berapi yang terapung di atas air sehingga membentuk suatu kawasan yang kelihatan seperti daratan.

Batu dari Gunung Berapi? Celah mana gunung berapi itu? Tak nampak pun.

Laluan dari kapal layar pemilik gambar ini. Nak jadikan bukti katanya.

Tengah syok usha pemandangan ajaib ini, tiba-tiba..jeng..jeng..jeng..

Kelihatan debu asap seakan-akan gumpalan awan berwarna kelabu dan kemerah-merahan. SANGAT BESAR. Sehingga boleh dilihat sejauh ini.

Nampak tak dari laut yang tenang sudah wujud sesuatu di kawasan itu. Meh kita lihat apa yang akan terjadi seterusnya.

Kelihatan lebih banyak letupan dan debu-debu awan memenuhi ruang angkasa.

Maka terebentuklah gunung-ganang. Baru punya tau!

Tak percaya? Perhatikan betul-betul gambar ini dan bandingkan dengan gambar diawal entri.

Dapat bayangkan tak anda adalah insan pertama dan satu-satunya yang bertuah kerana dapat melihat pembentukan gunung berapi baru. Subhanallah!


Kredit kepada pemilik gambar sebenar. Aku tak tahu siapa sebab dapat dari e-mail yang diforward.



14 comments:

semut lelabah said...

Agungnya kuasa Allah...

Unknown said...

nk tengok... tapi gambar x dapat keluar setakat ni... nnt cuba lg. x sabar rasanya melihat keagungan Allah

ardinihumaira said...

ha ah dia kua www.... tu je. nak tengok gak gambo tu. huhu

adie said...

gambar takde pun. ni mesti gambar host dari tempat lain ni.

Mrs. Q! said...

to all:
mintak mahap. ada masalah teknikal sikit. sudah betulkan ;)

Unknown said...

sudah tengok...
subhanAllah...
bertuahnya dapat tgok depan mata

Hellioz said...

style...
gyler...

amazed...

n4dh!3r4 said...

subhanallah.. dahsyatnya..

ZR said...

besarnya kuasa Allah...subha'Allah

MaryamJamilah said...

ha! baru dapat tgk! subhanallah..
ngeri nye gunung brapi~

Aini said...

subahanaAllah

ravishingpeacock said...

dpt tgk live tu..xtakut ke huhu

Redbloodsnow said...

w/pun ia nya dangerous...tapi sgt indah weh..hehe. SUBHANALLAH!!! ciptaan ALLAH SWT mmg tersgt indah

adie said...

oo..gambar ni. pernah dapat dulu melalui emel.